Our Chat Room

Sunday, April 17, 2011

'Datuk' oh 'Datuk'

Semasa sedang minum petang di sebuah restoran mamak aku diperkenalkan dengan seorang 'Datuk'.Orangnya simple ber T-shirt berkolar dan berumur di awal 50an.Dia ditemani seorang lelaki Indon yang agak sasa dan tampan tetapi telah menjadi penduduk tetap di sini. Gaya pertuturan yang berbahasa 'baku' dan gerakan badan yang seimbang apabila si'Datuk' menyebut frasa gayanya persis seorang ahli politik yang intelek.Bijak berbicara. Perbualan panjang,gelak ketawa yang merangkumi perjalanan dan pengalaman yang pernah dilaluinya.Beliau berbicara tentang KLCC dan pernah terlibat di dalam projek tersebut.Seorang jurutera dan pernah bekerja di Toronto, Canada beberapa tahun se hingga dipanggil pulang oleh orang kenamaan di Malaysia untuk satu lagi projek raksasa. Negara mana yang tidak pernah beliau lawati dan bersantai seluruh dunia semuanya tempat kencing beraknya. Dia telah menawarkan satu projek yang agak lumayan bernilai berjuta ringgit.Cuma mesti ada profile lengkap dan kontraktor kelas A.Aku menghubungi adik aku dan menerangkan situasi yang sebenar. Sebagai seorang kontraktor yang mempunyai ramai kawan dan kenalan setiap projek yang di offer oleh orang tengah atau individu tertentu mesti ditapis sehabis-habisan kalau tidak wang lesap projek pun lesap.Frust menonggeng. Suatu hari aku terjumpa seorang kawan lama juga seorang kontraktor.Kami berbual tentang kisah-kisah silam zaman remaja sewaktu sama-sama di Penang.Aku cukup gembira sebab tak lama lagi aku akan dapat membeli sebuah mercs baru apabila projek aku berjalan lancar.Aku membuka lembaran cerita tentang si'Datuk' misteri yang offer projek tadi.Ciri-ciri fizikal,tingkah laku dan tutur cara yang aku dedahkan kepadanya tentang 'Datuk' tadi membuatkan dia terkelepuk sejenak.'Sekok lagi dah terkena,dia meninggikan suara sambil tertawa.' Aku dah kena RM4,000 gara-gara percayakan 'Datuk' temberang.Aku dan seorang kawan berjumpa 'Datuk' di KLCC berbincang pasai projek.'Dia' minta RM4,000 untuk dapatkan projek. Mudah sangat percaya RM4,000 dan 'Datuk' menghilang tanpa dikesan. Menurut ceritanya 'Datuk' ini ambil wang tersebut untuk berkahwin kali ke ? di selatan Thailand. Seronoknya 'Datuk' dakap bini baru.Member aku ni 'putih mata' macam Sharir Mat Bangla. Sehingga kini 'Datuk' masih menghubungi aku tapi berbagai alasan aku berikan untuk mengelak bejumpanya.Setiap kali dia menghubungi aku menggunakan nos telepon yang berbeza.Kadang-kadang keluar 'private'.'Datuk ini ada 3 bini yang paling muda umur 24 tahun.Isterinya pernah belajar di US selama 6 tahun.Untungnya 'Datuk' dapat bini muda.'Datuk' 50 tahun bininya 24 tahun.Jodoh tangan Tuhan.Rezeki 'Datuk'.Ada perkara yang melucukan selepas makan di restoran mamak.Aku minum teh tarik dan roti'banjir' dan 'Datuk' pula makan nasi campur dan kopi ais.'Mamak kira' pekik 'Datuk'. Tolak campur tolak campur mamak kata, RM 9.00. 'Datuk pun menyampuk, masuk akaun'.Dia ada akaun dengan Restoran tersebut.Taraf restoran yang kami makan nak dapat satu bintang pun belum tentu.Sebab itu setiap hari dia akan menjamu selera di situ.Kalaulah dia betul-betul seorang Datuk dia akan berada di Restoran bertaraf 5 bintang bukan makan-minum masuk akaun untuk bayar bulan.Datuk-Datuk tulen akan mempamerkan Kad Visa untuk bayar.Hati-hatilah apabila anda didatangi oleh 'Datuk' yang belum tentu kesahihannya.Jangan terlopong'putih mata' macam Sharir.

4 comments:

  1. Aku kira Shahrun At Tipuing lagi hebat.Bila selesai makan dia pasti keluarkan not lima puluh. "Kira semua.".Kalimat yang cukup biasa. Tiada masuk akaun. Tapi dia tak kawin sampai 3.Takutkan bini tidak terkira.Shahruuuuuuun

    ReplyDelete
  2. Salim, since dah hang dok cerita pasai Dato' atau Datuk ni (ada yg dapat betui & ada yg beli di Msia, Di Jogjakarta/Surakarta, Indon & Sulu, Mindanau)aku pun ada cerita nak share. Ni bukan kes menyamar tapi kes Dato'/Datuk betui/tulin/original (beli atau tak beli tak tau la pulak aku). Aku dgn anak penakan akau dalah dok buat business in ICT sikit-sikit tapi tak penah la dapat projek juta2. So, akibat teringin nak dpt projek besaq, bila kawan-kawan rekomen kenalan@saudara mereka yang bertitle Dato'/Datuk yang ada line baguih punya dengan menteri itu dan menteri ini aku pun terjebak la jugak - 2 kali aku terkena dgn 2 orang Dato'; ada yg jadi Ketua Bahagian/ parti politik dan juga tokoh (???) korporat (atau keparat atak tau pulak aku!~). Berpuluh kali berjumpa disana sini, siang malam, pagi, petang sampai projek kecik2 yg kami dok buat pun kami tinggalkan selama hampir setahun ,menyebabkan syarikat yg sebelum tu tak pernah ada liabiliti jadi syarikat yg berhutang pulak! Buat kertas-kerja macam-macam, surat kat menteri, TPM dan PM pun dah banyak tapi9 last-last habuk pun tarak! Gebang saja lebih kenal semua orang samnpai ke PM pun! Dato' ni pun 2 bini jugak, yg muda sama bangsa dgn model yg hyancur kena bom tu. Tapi yang baguihnya, Dato' ni tak la pulak minta duit kami, dia selalu belanja bila jumpa tapi dia minta 60% equity share free dlm company kami la!

    Dato' yang sorang lagi pula di ibu negara, agak muda, rasanya bini 2 jugak, bukan orang politik tapi a BIG time contractor/developer (that he claims to be), yg ini cousin dia sendiri yang rekomen kat kami. Dia kata dia duduk disebelah rumah sorang menteri yg menerajui sebuah kementerian penting dan dia boleh tlg la dapatkan projek. Tapi si Dato' yg sorang ni beza dari Dato' yg mula tadi, awai2 lagi dah tanya berapa % cut nak bagi kat dia dan kat menteri tu (untuk belanja runcit urusan politik kononnya!). Macam tu jugak la, banyak jugak duit kami habis berulang-alik banyak kali ke KL jumpa si Dato' haprak ni di hotel2 5 bintang saja (itu saja tempat2 yg dia selalu tunggu kami). Tapi our first experience has taught us a lesson, aku dan anak penakan aku tak offer nak bayaq minuman or makanan yg diorder dan si cousin dia yg selalu berada bersama ada kenen-kenen kat kami suruh bayaq tapi kami buat poyo saja la (mampuih pi kat dia la!). Sama jugak, buat surat dan kertas-kerja 3,4 kali jugak untuk menteri dan PM tapi habuk pun tarak jugak la! Last2 ada satu kali Dato ni call kau, dia kata si Menteri tu every week balik lawat kawasan parlimen dia & setiap kali , dia spent around 20K (banyaknya duit menteri ni, gaji menteri berapa saja!) dan dia kata, kalau nak bauih lagi, bagi la 20K so that dia boleh bagi kat menteri as sumbangan drp syarikat kami (projek tak tau kepala ekoq lagi pun). Bila dah nampak tembelang si Dato ni aku pun bagi tau akat anak penakan aku, kita stop la , mengarut saja, dia call tok sah dok answer la.

    Itu la cerita Dato'/Datuk, ahli politik dan tip businessmen lani, aku pernah pi office2 depa ni, memang hebat dan juga beralamatkan ditempat2 yg tak kurang hebatnya tapi staff ada la 2, 3 kerat dan aku found out depa ni bukannya ada REAL business pun, cuma dok jadi middleman, makan commission saja (itu pun kalau jerat mengena la). Finally, aku kata kat anak penakan aku, tak payah la nak impikan projek juta2, kita buta kecik-kecik saja sudah la .....

    ReplyDelete
  3. Aku setuju dengan hang Mamsin.Aku buat kecil-kecil pun lebih daripada pencen Aku.

    ReplyDelete
  4. Aku dah kena banyak kali.Dah 8 profile aku bagi semuanya lesap.Kawan aku yang rekomenkan.Memang depa ni hebat-hebat.Kalau bercakap semua depa tahu.Semua menteri depa kenai termasuk KSU.Tapi yang aku heran tu minta duit dulu baru boleh dapat projek.Kawan-kawan aku kontraktor besak-besak mai dari Penang kerana nak dapatkan projek juta-juta.Buang masa sembang di coffee house dan makan di Restoran.Kami yang bayak.Bila depa minta duit dulu kami stop.Kami tau semua ni penipu.......Tanyalah kontraktor-kontraktor yang dah terkena.Kalau nak cepat kaya kena menipu kalau tidak kayap....

    ReplyDelete