Pagi itu terasa lapar. Jam baru pukul 8.00 pagi. Biasanya pukul 7.30 pagi aku sudah bersarapan. Lama juga aku tidak kena nasi kandar. Nama saja nasi kandar. Tapi lauknya biasa sahaja. Nasi kandar ini orang Melayu yang masak. Dia belajar kat mamak. Mamak itu saudara dia. Di sebelah mana aku tidak pernah tanya. Yang aku tahu isteri mamak itu saudara dia. Yang nombor wahid ada di India. Tiga bulan sekali mamak tu balik India. Dahulu bila mamak balik India perniagaan ditutup. Tapi sekarang tidak lagi. Ada yang boleh masak sesedap mamak. Mungkin sebab itulah perniagaan tidak ditutup. Anak-anak mamak ada yang pandai masak. Memang sedap. Mamak hanya berniaga waktu petang. Biasanya pukul 2 petang. Di sebelah pagi, bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari saudara mamak yang berniaga. Nak makan terpaksa berbaris macam hari mengundi. Pukul 10.00 pagi ke atas terpaksa berbaris panjanglah. Nak makan juga kena berbaris. Kalau tak nak berbaris datang awal pagi.
Tapi awal pagi tidak banyak hidangan. Hidangan belum siap betul. Tidak banyak 'mata' kata orang Seberang. Aku orang yang tidak suka berbaris. Jadi aku datang awal sedikit pagi itu. Aku kira 8.30 pagi cukup selesa. Dan memangpun cukup selesa. Aku tak perlu berbaris. Tak sibuk.
Aku makan dengan tenang.
Semasa aku ke kaunter bayaran datang sekumpulan manusia berunifom.Kalau tak silap aku lebih kurang 10 orang. Mereka bukan polis. Aku pasti mereka bukan polis. Kata kakak yang menjaga kedai itu, "Mereka makan macam-macam,kadang sampai tak habis." "Takpa Kak,"kata Aku. "Mereka banyak duit."
"Bukan mereka yang bayar! jelas Kakak itu sambil senyum.
"Nanti adalah." jelas Kakak Mas.
"Tengok tu siapa....
"Dialah yang bayar semua ni."
Dia ialah pemilik 'drivering school'
Hai! senangnya dalam hati!
Oleh Shakir Md Taha
No comments:
Post a Comment