Our Chat Room

Friday, April 15, 2011

1980- Maktab Perguruan Gaya

Sekali sekala melihat gambar lama ingatan kembali berputar kepada kenangan silam. Di bilik LG 2 tahun 1980.

Bermacam kisah melompat keluar dari ingatan. Lucu,sedih dan duka. Semuanya sudah menjadi sejarah. Aku teringat pada seorang super senior yang bernama Shahrun At Tipuing. Khabarnya dia orang Utara. Tiadalah aku tahu hidup atau mati.



Malam itu Shahrun At Tipuing datang ke LG2. Selepas solat magrib Shahrun At Tipuing terus tidur. Dia tidur ditempat Badar. Dan Badar cukup baik dengan dia. Dia kata nak tidur sampai pukul 9.00 malam sahaja. Bila cukup waktu Badarpun gerakan dia. Tak bangun. Gerak lagi, tak bangun juga. Azmi Tuan sudah gelisah. Dua tiga bilik air. Buang air kecil katanya. Badar dah gelisah macam kucing hilang anak. Kadang-kadang macam perempuan gila meriyan. Kesian Aku tengok badar Tuan belum pulang bertandang. Dia pulang larut malam. Mungkin pergi Luyang.

Shahrun At Tipuing belum bangun. Tidur mati. Macam mayat. BilikLG2 muat untuk 6 orang sahaja. Ini sudah jadi 7 orang. Kalau Bulldog datang buat 'spot check' nahas. Malam Jumaat 'Bulldog' jarang buat 'spot check'. Tapi manalah tahu. Minta-minta 'Bulldog'tak datang. Biarlah malam itu dia peluk bini sampai pagi.

Jam sudah 11.30 malam. Tidak ada tanda-tanda hendak bangun. Nanti Aku 'ajar' dia. Aku ke surau ambil buku Yaasin. Empat buku. Badar yang jadi kepala. Bacaannya bagus. Anak Ustaz.
Badar mula baca. Nak sampai 10 ayat Shahrun At Tipuing terkejut. Dia bangun. Badannya berpeluh. Basah. "Apa ni? Aku belum nak mati". Dia terus meluru keluar dari LG2 dan terus menuju ke keretanya yang sudah dibasahi ebun. Dia terus menderum dan hilang dalam malam pekat. Dan malam bertambah malam.

Oleh Shakir Md Taha
shakirtaha@gmail.com

Gambar dari kiri ke kanan:-Badaruddin Khatib,Azmi Tuan,Md Khir Orang Kampung dan Shaari Md Dali.

1 comment:

  1. Aku cukup kenal dgn Sharun-Al Tipuing.Aku cuba mengelak tapi terkena juga.Kenakan kawan-kawan sekali sekala bagus juga.Kata pepatah melayu berniaga buluh kasap untung tarak modal lesap.Berniaga kena berani.mesti adaa corner-sikit-sikit baru boleh kaya raya.Berniaga betul jadi betul bendol.Malam tadi aku terjumpa seorang yang memperkenalkan dirinya Datuk.Katanya ada Dr(Phd).Bila aku tanya beberapa soalan teragak-agak nak jawab.Biarlah dia dengan 'Datuk'nya asalkan dia happy cukuplah.Bila lagi aku dapat jumpa Shahrun Al Tipuing ???

    ReplyDelete