Our Chat Room

Sunday, April 17, 2011

Bangla Kahwin Free

Selesai solat subuh aku melangkah keluar dari masjid menuju ke taman untuk 'brisk walk' sementara menunggu matahari terbit.Aku ditegur oleh Islam ,seorang pemuda Bangla yang sama-sama berjemaah tadi.Islam agamanya dan namanya juga Islam.Kami berbual mesra di pagi subuh sunyi sejuk dan hening.Soalan pertama yang dikeluarkan dari mulutnya dengan accent Bahasa Inggeris ala Bangladeshi yang aku perlu amati untuk difahami.'U married,tanya Islam'. Aku menjawab, 'three bini'. 'Bagus, bini three'. 'U bini three room house' together(bini awak dok sekali ke?). Aku tidak memberi jawapan hanya tersenyum sini.Dia masih bujang berumur awal 20an.Seorang yang taat pada suruhan ilahi. Dia memulakan episod dan bercerita tentang adat-adat meminang orang Bangladesh di negaranya.Kalau di Malaysia orang lelaki yang akan meminang orang perempuan tetapi di Bangladesh orang perempuan meminang orang lelaki.Beruntunglah lelaki Bangla tidak payah keluarkan sesen pun. Lelaki di negara kita mengeluarkan wang beribu-ribu ringgit untuk meminang bakal isteri tetapi perempuan di Bangladesh meminang lelaki bakal suami dengan memberi television, sofa, katil dsbnya .Ini merupakan budaya di sini yang masih lagi diamalkan . Ramai lelaki Bangla yang keluar negara mencari nafkah.Ada yang menetap di Timur tengah, Eropah, US dan UK.Tidak kurang yang mencari nafkah di Malaysia.Mereka bekerja di kilang-kilang dan juga di tapak pembinaan.Di kalangan mereka ada yang kaya raya memiliki restoran Tandoori yang terkenal di seluruh dunia.Orang Bangladesh yang keluar negara tidak lagi terikat dengan adat meminang oleh perempuan terhadap lelaki.Mereka tidak lagi mengikut budaya dan adat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka yang dianggap lapuk. Kawan aku bernama Sharir telah berkahwin dengan Minah Indon begitu mudah dan mempunyai seorang cahayamata berumur 2 tahun.Kini Minah Indon pulang ke negaranya dan tidak kembali lagi ke Malaysia.Sharir 'putih mata'.Minah kilang juga ramai terpikat dengan Mat Bangla yang hidung tinggi kacak macam Shahruk Khan.Mudah sungguh mereka memikat dan berkahwin dengan wanita di luar negara.Ramai yang terpikat dengan Mat Bangla kerana mereka pandai melagukan lagu hindustan..chal chal mere hate naik basikal tak sampai kaki. Islam mengajak aku berkunjung ke negaranya pada musim cuti.Tambang kapalterbang pergi-balik murah hanya RM800 sahaja.Wang sebanyak RM400 boleh makan seramai 5 orang untuk sebulan,katanya.Murah.Kataku kepada Islam, 'cari gadis Bangla yang come lote macam bollywood, aku akan masuk meminangnya.Gadis itu tidak perlu susah payah meminang aku.'No problem' kata Islam bersungguh-sungguh.Kami ketawa gatal terkekeh-kekeh sambil berjalan memecah kesunyian di pagi subuh itu.Lalu matahari pun terbit tersenyum sinis. Wajah gadis Bangla terbayang di ruang Mataaa.

4 comments:

  1. Aku kalau Hindustan mahu la tapi Bangla gadis tak maulah!kah,kah,kah,kah

    ReplyDelete
  2. Hangt ni gatai jugak Shakir noo ... miang buluh ka miang tebu, tak tau la aku. Tapi aku nak correct fact yg hang tulis sikit, Yang aku tau, masa aku di UK dulu yang ramai operate restoran tandoori (juga di mainland Europe) ialah orang Pakistan yg dikenali di sana sbg Paki dan restoran2 tu dipanggil "Balti Restaurant" dan aku tak ingat pernah jumpa restaurant operatad by the Bengalis. Satu lagi the correct spelling for Shahruk Khan is Shah Rukh Khan.

    ReplyDelete
  3. Tulisan ini Salim yang tulis Tuan Mamsin. Bukan Aku.

    ReplyDelete
  4. Thank you Tuan Mamsin pasai komen.Kalau di Portsmouth dan Lancaster ramai Bangladesh dan di Birmingham ramai Pakistan begitu juga dengan Southampton ramai Pakistan dan Indian Muslim.Kalau hang ke Portsmouth ada satu Restoran Tandoori nama Bombay restoran(sound likes Indian) dan taukenya aku kenal berbangsa Bangladesh.Begitu juga Akram Store dan beberapa mini market lagi dimiliki oleh orang Bangladesh . Aku selalu makan kat sini.Yang paling special ialah Bryiani kambing dan harganya 10PNDS sepinggan(macamRM10).Kalau 'Kebab House ' paling popular dimiliki oleh bangsa Turki.Ada juga dari Jordan dan Lebanon.Kalau salah harap perbetulkan.

    ReplyDelete