Our Chat Room

Wednesday, April 13, 2011

Taman Asuhan Kanak-Kanak di Sadao,Selatan Thai

Alat mainan untuk kanak-kanak yang belajar di taman asuhan kanak-kanak. Alatan ini disediakan oleh pihak sekolah.Sekolah agama ini diuruskan oleh orang Melayu warga Thailand. Mereka tidak sangat mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan Thai. Pun begitu usaha tetap diteruskan untuk memartabatkan bahasa ibuanda.

Waktu belajar bermula jam 9.00 pagi dan tamat jam 5.00 sore. Mereka belajar di sini bermula di kelas tadika sehinggalah tingkatan enam.

Mereka juga mengenakan pakaianyang berbeza mengikut tahun belajar. Menengah rendah yang lelaki berbaju tangan pendek mankala menengah atas berlengan panjang.

Bahasa Thai wajib diajar sebagai syarat mendapat sedikit bantuan kewangan daripada pihak berwajib Thai. Guru bahasa Thai dihantar oleh kerajaan Thai dan gajinya juga dibayar oleh kerajaan.

Gaji untuk guru-guru dibayar oleh pihak sekolah. Dalam hal ini Mudirlah yang memainkan peranan penting. Dialah yang mengurus hal ini. Beliaulah yang mencari dana untuk bangunan sekolah dan sebagainya.

Ada waktunya Mudir akan mengajar. Tapi Mudir sekolah lebih tertumpu dalam soal pengurusan sekolah.Biasanya Mudir terlibat dalam pengajian ummumi.


Oleh Shakir Md Taha

No comments:

Post a Comment