Salam sejahtera untuk semua.
Sahabat-sahabat ku ... janganlah kita jadikan blog ini sebagai medan utk kita membuka cerita-cerita negatif tentang rakan-taulan dan sahabat-handai kita ... lets FORGIVE & FORGET. Marilah kita ambil hadith Rasulullah SAW di bawah ini sebagai ikhtibar:
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat.”
Sama-samalah kita renungkan.
Pandangan yang ikhlas amat dialu-alukan.Terima kasih Mamsin.Ambilah yang baik. Ikan busuk Jangan dibuang,buat perencah sidaun kayu. Bika Tunggal Eka.
ReplyDeleteCerita-cerita di dalam blog yang kami tulis merupakan hiburan,peringatan dan memberi sedikit pengajaran.Banyak kisah-kisah benar yang memberi kita iktibar supaya hidup ini perlu berhati-hati.Aku setuju pendapat mamsin dan shakir.Semoga kita dapat tulis perkara-perkara yang menjana minda.Kami mohon maaf sekiranya ada member-member kita yang terasa dirinya diaibkan.'Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiayai dirinya,kemudian dia memohon ampun kepada Allah,niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi maha penyanyang'-An-nisa ..110'
ReplyDeleteBenar seperti apa yang Tuan Salim katakan. Kami menulis ada makna. Bukan sekadar hiburan. Ia lebih merujuk kepada muhasabah diri. Kami tidak sebut pelaku sebenar seperti yang dilakukan oleh akhbar perdana.Contoh mengaibkan orang,anda bacalah dalam akhbar perdana.Disebut nama pelakunya,gambarnya(walaupun bukan gambarnya).Wa'LLahu a'alam bi 'l-sawab
ReplyDelete