Our Chat Room

Monday, September 12, 2011

Dahulu Memanglah Kawan Kita

Rata-rata orang buat rumah terbuka.Perdana Menteri buat,menteri-menteri buat. Pendek kata semua berebut nak buat rumah terbuka. Disamping itu ada buat kenduri kahwin. Kedua-duanya aku pergi. Bukan nak makan sangat. Sekadar hendak berjumpa kawan-kawan yang sudah kian lama tidak berjumpa.

Memang seronok berjumpa kawan lama. Macam-macam cerita ada. Dalam banyak-banyak cerita, ada cerita dari seorang kawan yang cukup mengejutkan aku. Aku teringat kata-kata Salim, "dahulu betul mereka tu kawan kita,baik dengan kita. Bila dah ada pangkat,kaya dan senang mereka buat tidak kenal dengan kita." Biasalah tu. Adat dunia.Malim Kundang.

Berbalik kepada cerita kawan tadi. Aku terkejut mendengar cerita itu. Tak sangka dia boleh herdik kawan dia sendiri di khalayak ramai. Di rumah kenduri. Banyak mata yang memandang. Kawan aku ini menggunakan perkataan "hang" sahaja.Lantas kawan itu, dengan nada suara yang kasar,"hang,hang,apa hang?

Mungkin kerana dia ada kedudukan sedikit dimata masyarkat, dia mahu dibahasakan dirinya dengan panggil Tuan dan sebagainya. Mungkin.

Sindrom Malim Kundang biasalah dalam mana-mana masyarkat yang lupa kepada kebesaran Tuhan. Lupa dia datang dengan tangan kosong,Kosong dada. Tak ada seurat benangpun yang menutup tubuhnya sewaktu lahir ke dunia. Lupa dia akan pulang bertemu Allah, berkain kapan putih sahaja.

Aku sendiri tidak tahu di mana orang itu tinggal. Dan aku juga lupa hendak bertanya di mana dia tinggal. Biarlah.

Oleh Shakir Md Taha

3 comments:

  1. Bak kata pepatah; sekali air bah, sekali pantai berubah; begitu juga insan, yang hidupnya seperti roda (aku tak ingat bait dari lagu apa ini. Dan kawan-rakan sahabat taulan kita pun serupalah, jangan samakan sewaktu menjadi guru pelatih lebih 30 tahun dahulu. Ada org yang kemana pun dia pergi, setinggi mana pun dia naik, dia tetapi pandang ke bumi tetapi bukan semuanya begitu. Tuhan jadikan manusia rambut sama hitam (bukan hitam sahaja, warna-warna lain jugalah) tetapi hati-budi lain-lain!

    ReplyDelete
  2. So, moral of the story, bila jumpa kawan-rakan sahabat-taulan lama, berhati-hatilah, mereka mungkin bukannya insan yang kita pernah kenali 3 atau 4 dekad yang lalu.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada semua yang memberi komen.

    ReplyDelete