Aku teringat kembali nama Bob bila Zakaria Hamid menyebutnya kelmarin. Zakaria dahulu mengajar di SMK Tenom. Sekarang Zakaria bertugas di PPD Seberang Perai Utara.Pulau Pinang. Bob,Zakaria Hamid dan Aslie Sahat(Sabah) mengajar di situ. Aku di SMJK Chung Hwa. Kami selalu berjumpa baik di rumah Zakaria ataupun Pekan Tenom.
Ceritanya pelajar-pelajar SMK Tenom mengadkan 'reunion'. Menurut Zakaria Hamid ataupun selalu kami panggil,Ya Pak Mid bekas-bekas pelajar SMK Tenom yang menganjurkan program ini.Tentulah bekas-bekas pelajar tahun 80an. Bob dan Toba turun ke Sabah. Zakaria tidak dapat hadir kerana ada urusan pejabat.
Kami memanggilnya Bob. Gelaran itu lekat sampai sekarang. Dan Bobpun tidak kisah orang memanggilnya Bob. Malah semacam sudah serasi dengannya.
Beliau seorang guru matematik. Dia cukup baik dengan anak didiknya. Dan anak didiknya cukup sayang dengannya. Mungkin sebab itulah Bob turun ke Sabah baru-baru menyahut panggilan anak didiknya.
Dia orang Perak. Ringan tulang. Peramah orangnya. Dia cukup minat dengan barang-barang 'second-hand'.Dia pasti membelinya dengan harga yang cukup murah. Kawan-kawan yang balik ke Semenanjung tidak berkira sangat dengan Bob. Aku ingat lagi Bob membeli motorsikal 'Vespa'. Kalau tak silap Vespa itu milik Mat Dollah. Mat Dollah menjualnya kepada Bob. Bob tersengih dapat memiliki Vespa 'tua' itu.
Suatu hari aku terdengar Bob hendak bertunang. Aku tidak bertanya dengan siapa dia hendak bertunang.
Suatu petang aku terjumpa Bob di Pekan Tenom. Hari tamu. Bob cukup riang. "Bob boleh tanya sikit,". Dari air mukanya aku nampak dia cukup gembira. "Boleh,banyakpun boleh," kata Bob.
"Betul ke kau nak bertunang." tanyaku untuk mendapatkan kepastian. "Betul."kata Bob selamba sahaja.
"Aku nak pesan satu saja Bob. Satu shaja. Kau kahwin nanti janganlah pilih isteri 'second-hand'."
No comments:
Post a Comment