Our Chat Room

Tuesday, March 20, 2012

PULAU AMAN




Pulau Aman yang sentiasa aman.Sebuah pulau yang agak terasing tetapi tetap mendapat kunjungan ramai pada hujung minggu atau cuti sekolah.Perjalanan ke pulau aman hanya mengambil masa10 minit dari Jeti Tambun menaiki bot penumpang dengan bayaran RM6 pergi balik.Di sini terdapat chalet yang dikenakan bayaran RM60-RM200 bergantung kepada jenis chalet yang ditempah.Sepanjang pejalanan kita akan dapat merasai tiupan angin laut yang syahdu.Percikkan air laut pada muka memberi kesegaran dan ingatan bahawa hidup ini ada masin dan ada manis seperti ombak laut tenang dan mengganas.
Lima tahun yang lalu aku berkunjung ke pulau ini.Tika itu masih jeti lama yang berlandaskan papan dan kayu.Bot penumpang juga sekadar sampan yang disangkut dengan injin bot yang begitu kurang dari segi keselamatan.Sampan itu boleh memuatkan 5-6 0rang sahaja.Tambangnya aku sudah lupa.Terdapat sebuah restoranyang menjual mee udang dengan harga RM5 yang dibanjiri dengan udang yang segar.Kini restoran itu tidak lagi mendapat sambutan dan ramai pengunjung meghala ke restoran terapung yang tidak jauh dari jeti pulau aman.Restoran ini yang agak lengkap dan bersih dan ramai pengunjung terdiri daripada berbilang bangsa.Aku di beritahu oleh seorang lelaki yang agak sebaya denganku berbangsa Cina bahawa dia gemar berkunjung ke pulau ini dihujung minggu setelah kematian isterinya yang tercinta.
Pulau ini terdiri daripada dua buah pulau yang besar.Hanya sebuah pulau sahaja yang didiami oleh lebih kurang 3oo penduduk tempatan.Sumber rezeki mereka ialah laut yang tenang dan kadang-kala bergelora sebagaiimana geloranya kehidupan manusia.Sumber rezeki seperti ikan,ketam dan udang dapat menampung kehidupan sebuah keluarga di sini.Di sini terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Aman.Beberapa tahun yang lalu kawan aku dari kampung aku menjadi GURU Besar di sini.Tapi kini dia tiada lagi.Dia dan keluarga tinggal di sebuah rumah di tepi pantai menikmati tiupan angin laut dan desiran ombak pantai di waktu malam yang syahdu.Anak seorang nelayan tidak akan lupa pada ombak yang kadang-kala mengganas sehingga meragut nyawa.Ombak yang tenang juga menjadi sumber inspirasi untuk aku menulis bait-bait tentang keresahan,kesunyian dan kerinduan.Rindu kepada yang maha esa kekal dan abadi.
Di sini aku menempah sebuah chalet yang agak murah tetapi selesa.Chalet itu bertentangan dengan sebuah pulau yang tidak ada penghuni.Dapatlah aku menikmati angin laut dan mendengar lagu ombak memecah kesunyian.Di sini terdapat aktiviti berkayak dengan sewanya RM12 untuk sejam.Sebuah kayak dapat menampung 2 orang.Bagi yang berbulan madu dapatlah menikmati keindahan suasana yang segar dan nyaman.Bagi yang inginkan percutian budget jika dibandingkan dengan Pulau Tioman atau Pangkur serta ingin menikmati suasan kehidupan kampung yang mesra berkunjunglah ke Pulau Aman.Banyak tempat-tempat menarik yang dapat dilawati seperti telaga emas,gua lanun,berbasikal (RM10 sehari) dan hiking.Bagi yang kaki pancing dapatlah menyewa bot untuk dibawa ke kawasan memancing yang terdapat disekitar pulau legenda ini.Tapi jangan lupa merasai mee udang special dengan harga RM10 dan anda akan teringat dan terbayang untuk datang lagi menikmati kelazatan mee udang tersebut.Walau jauh di mata mee udang PulauAman tetap memikat hati..............................................................

2 comments:

  1. Dahulu orang panggil pulau ini, Pulau Kera.Memandangkan panggil itu tidak manis,ditukarkan kepada Pulau Aman.

    ReplyDelete
  2. Semasa di Pulau Aman adakah Tuan menulis sajak atau surat cinta. Kalau tulis surat cinta Tuan cukup hebat. Tentu beratus-ratus muka!.

    ReplyDelete