Our Chat Room

Monday, March 5, 2012

Azizan Dahaman dan Azmi Tonggot

Gambar di sebelah kiri ialah Azizan Dahaman. Dia senior Aku. Opsyen matematik. Berasal dari Perlis. Sama negeri dengan Sdr. Zainal Abdin Yaakub. Tahun pertama aku tinggal sebilik dengan Azizan yang lebih dikenali dengan gelaran "Maulana". Dia dihantar bertugas di Sandakan.

Gambar kanan Azemi Tonggot. Dia orang Johor. Tongkang Pecah tempat asalnya. Melayu bangsanya. Berkulit sawo matang,berambut kerinting,berbadan kurus dan berjalan pasti membongkok ke hadapan.

Gambar ini dirakam di Sandakan.Rumah Azizan.Rumah bujang. Waktu ini waktu cuti penggal ke 2. Aku ke Sandakan seorang diri dengan menaiki pesawat MAS. Tambangnya mahal!

Semasa itu di Sandakan undang galah cukup murah. Aku beli dan masak di sini.Makan sampai puas.

Oleh Shakir Taha

1 comment:

  1. Teringat aku pada Azmi Tongot.Semasa aku nak bertukar ke KK aku telah menjual kereta wolkswagen Golf berwarna hijau dengan harga RM6ribu.Semasa di KK aku membeli sebuah kereta baru nissan sunny 120Y.Pada tahun 1988 aku telah menjual kereta aku dengan harga RM15 ribu.

    ReplyDelete