Our Chat Room

Saturday, March 10, 2012

Mamsin di Sandakan Zaman 80an

Zaman 80an perjalanan ke Sandkan paling mudah ialah dengan penggunakan pesawat MAS.
Jalan darat mengambil masa yang panjang,letih dan melelahkam. Masa itu jalan berdebu dan menyesak dada. Tuan Mamsin pada masa itu mengajar di sekolah menengah vokasional Sandakan.Dia tinggal di rumah yang luas,lapang dan selesa.
Di sini beliau mengajar bahasa Inggeris bersama Tuan Salim Ismail. Mereka ini kemudiannya melanjut pelajaran ke England.

Sekarang Tuan Mamsin bertugas di PutraJaya. Statusnya sebagai pegawai yang dipinjamkan. Beliau berulang-alik dari Pulau Pinang ke PutraJaya. Sampai bila keadaan ini akan berterusan tidaklah dapat dipastikan.

Oleh TS Lanang.

1 comment:

  1. Masa ini hang berada di rumah aku dengan mamsin.Ini adalah rumah warden SEK Vokasional Sandakan.Selepas 3 tahun di sini aku berpindah ke Kota Kinabalu . Semasa di KK abang non selalu datang ke rumah aku.Masa tu abang non mengajar di Papar.Aku tinggal di sini dr Jan 1981-Disember 1983.Banyak kenangan pahit di sini.Kenangan manis pun banyak juga sebab mengajar anak murid yang boleh jadi mak dan bapak budak.Abang Omar( kubur panjang) mengajar di sini juga.Dia ke hulu ke hilir bersama vespanya yang tercinta.Anak murid aku yang paling favourite ialah yang berdiri di sebelah kiri barisan belakang (lihat gambar sebelah kanan).kalau tak percaya tanya mamsin.

    ReplyDelete