Our Chat Room

Thursday, March 31, 2011

LAGU KU RANCAK. POCO-POCO.EWAH!

Pengerusi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad Turun Ke Padang

Pengerusi KBI Tuan Samsuddin Zainal bersama Ustaz Kamaruddin
Ustaz Kamaruddin bersama Dr. Khamis membuat baja kompos.


Koperasi Belia Islam Malaysia kali mengorak langkah memperkenalkan koperasi ini ke dalam masyarkat bandar dan desa.. Kali ini Presidennya Encik Samsuddin Zainal turun ke lapangan bagi 'memperkenalkan kembali "KBI" yang sudah pudar dari ingatan masyarkat Islam di Malaysia.

Kali ini dengan program menjana pendapatan kedua,KBI mengajar masyarkat bagaimana menghasilkan baja organik. Sambutan yang diterima cukup menggalakkan.


Oleh Shakir Md Taha


Saturday, March 26, 2011

Halang ceramah: Tindakan polis dikecam

Halang ceramah: Tindakan polis dikecam

ANDA PERNAH KE SINI?

Di sinilah video lucah dipertontonkan oleh Dato' Trio. Bukit Carcosa. Rumah kerajaan dipergunakan untuk tayangan lucah.

Kasihan Pak Utih yang tinggal di teratak tua.
Dan dia tidak tahu apa-apa.

"Pak Utih masih menanti dengan doa,
Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?

Sunday, March 20, 2011

Namanya Melayu

Aku diberi tahu oleh seorang kawan.Kawan itu kawan baik Aku. Dia pernah bekerja dengan surat khabar. Jadi pemberita. Selepas dia berhenti sebagai pemberita, dia melibatkan diri dalam perniagaan.

Perniagaannya berjalan baik. Isterinya masih bekerja dengan kerajaan. Selepas menghantar isterinya ke rumah dia singgah di kedai kopi. Aku menunggu dia di situ seperti yang dijanjikan. Dia bercerita pasal tsunami di Jepun. Katanya masalah sosial di Jepun sangat teruk. Macam di Aceh katanya. Kalau di Malaysia kita ada "Along". Malah di Acceh lebih banyak "Along".

Tapi kali ini dia bercerita tentang masalah sosial di Malaysia. Masalahnya semakin gawat. Tapi orang semakin tak kisah. Kisahnya tentang sepasang suami isteri.

Sepasang suami isteri ini bekerja dengan sebuah syarikat milik" Mat Salleh". Suami isteri cukup baik dengan "Mat Salleh". Mereka hanyalah pekerja biasa. Tapi kehidupan mereka cukup mewah. Ini semua kerana mereka cukup baik dan mesra dengan "Mat Salleh" itu. Mat Salleh ini bukanlah tangkal gering.

Kalau ke luar bercuti pasti bersama "Mat Salleh". Kalau jauh mereka pasti bermalam di hotel ternama. Si suami ini tidak tidur sebilik dengan isteri. Dia tidur berasingan. Isterinya yang bermalam dengan "Mat Salleh"itu. Bukan sekali dua. Malah sudah menjadi kebiasaan membiarkan isterinya 'bermalam' dengan "Mat Salleh" setiap kali mereka ke luar bercuti.

Kemewahan yang mereka kecapi adalah 'pemberian' "Mat Salleh" sebagai tanda terima kasih! Aku semacam tidak percaya dengan cerita kawanku ini.

Tapi selang beberapa hari Aku mendapat berita yang sama tentang Melayu ini. Ya dia Melayu tapi........... Melayu yang telah hilang akarnya. Melayu yang telah hilang akal budinya.



Oleh Shakir Md Taha

Wednesday, March 16, 2011

SINAR MENTARI DI YALA





Dua buah ambulans milik Mesjid Yala
Stesen radio milik Mesjid Yala
Perjalanan ke Yala tidaklah payah. Jalannya cantik. Kiri kanan jalan raya tumbuhan hijau hidup segar menghijau. Sejuk mata memandang. Bukit bukau tersergam indah. Subhanallah.
Aku cukup beruntung mempunyai rakan seperti Ustaz Kamaruddin yang cukup arif tentang bumi Pattani ini. Inilah kali pertama Aku menjejakkan kaki di bumi bertuah ini Bumi yang banyak menyimpan dan melahirkan para alim ulama. Negeri Sheikh Daud Pattani.

Ada waktunya ketenangan bumi Pattani dikocak,bergolak dan berdarah! Mangsanya umat Islam yang tidak berdosa. Biarpun begitu hidup perlu diteruskan. Umat Islam Pattani lebih banyak berdikari. Mereka membangunkan madrasah, pasentren, masjid, stesen radio dan menyediakan ambulans sendiri. Semuanya untuk ummah.

Stesen radio berlesen ini boleh menjangkau sejauh 15 kilometer dan ada waktunya sejauh 30 kilometer. Seorang DJ sepenuh masa bertugas di sini. Selebihnya diambil alih oleh sukarelawan bila tiba waktunya. Stesen radio menggunakan bahasa daerah Kelantan.

Ambulans milik Mesjid Yala ada 2 buah. Ia sentiasa siap sedia. Siang dan malam sedia menanti tanpa soal. Matlamatnya berbakti dan berkhidmat. Biar umat selamat. Mentari tetap bersinar di Yala. Cahaya bulan tidak dikuburan.




Semalam Di Yala,Pattani

Bersama Ustaz Kamaruddin di Yala
Masjid Yala,Pattani

Di daerah ini didiam oleh sebilangan besarnya terdiri daripada orang Islam. Dianggarkan terdapat lapan puluh peratus(80%) penduduknya terdiri daripada orang Islam. Ketenangan di daerah sekali sekala berkocak. Daerah ini diletakan di bawah pemerintahan tentera. Di persimpangan jalan ada tentera yang siap dengan sejata, M 16. Ini pemandangan yang biasa di daerah yang berkocak dan berdarah. Ummat di sini terus bergerak dan membangunan tanpa takut. Ada waktunya mereka bangun menentang ketidak adilan yang membarah dan mengakar. Pun begitu ketidak adilan tidak sempat merimbun.

Penduduk Islam di daerah ini lebih selesa menghantar anak mereka ke sekolah pondok ataupun sekolah agama rakyat. Ini bagi menjamin ketenangan akidah warisan mereka. Sekolah inilah benteng pertahanan ummat.

Jadi tidak hairan bila ada guru yang sanggup berkhidmat di sini dengan pendapatan yang tidak begitu lumayan. Ini dilakukan demi untuk kelansungan hidup ummah. Inilah suatu pengorbanan. Mereka cukup faham dalam hal ini. Ianya diterus dilakukan selagi hidup dikandung badan. Selagi ada bulan dan mentari.

Tuesday, March 15, 2011

Raudhah Di Selatan Thai


Anak kecil ini menghayunkan langkah dengan berpakaian yang cukup segak,manis dan sopan.Di sini mereka belajar Bahasa Thai, Bahasa Inggeris, Arab dan Bahasa Melayu. Mereka menamakannya sebagai Raudhah(Tadika). Murid yang berumur seusia 2 tahun diterima masuk. Kemudian mereka menyambungkan pelajaran ke darjah 1 di sekolah yang sama apabila meningkat usia 6 tahun.

Di sekolah ini namanya Ma'had Ehya As-Sunnah, Sadao Songkhala. Selatan Thai. Di sinilah mereka dididik supaya mengenal budaya bangsa dari kecil hingga dewasa. Di sinilah bahasa bangsa dihidupkan. Kata pujangga, bahasa itu menunjukkan bangsa. Lenyap bahasa lenyaplah bangsa.

Kata pantun Melayu:-
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa:
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Oleh Shakir Taha

Sunday, March 13, 2011

Nanaman Osman Dan Mustafa Kamal, Pemilik Restoran P.Ramlee

Kiri,Nanaman Osman bersama Mustafa Kaml,Pemilik Restoran P.Ramlee

Nanaman dengan koleksi gambar dan rencana tentang P.Ramlee. Nanaman mengumpulkan ratusan artikel,berita dan gambar tentang P.Ramlee. Manakala Mustafa Kamal lebih dikenali dengan panggilan 'Mus"mempunyai caranya yang tersendiri mengabadikan P.Ramlee dalam hidupnya. Beliau pemilik 'Restoran P.Ramlee' yang terletak di Pokok Sena kira-kira 10 kilometer daripada Kepala Batas, Seberang Perai Utara,Pulau Pinang. (bersambung)

Friday, March 11, 2011

Nanaman Osman- Peminat No. 1 P.Ramlee

Nanaman Osman dengan koleksinya berjumlah 100 buah lebih
Sebahagian daripada koleksi dalam simpanan Nanaman Osman
Keratan akhbar yang ada dalam simpanan Nanaman

Nanman Osman peminat nombor satu Seniman Agung Allahyarham P.Ramlee tidak pernah lepas daripada ingatannya. Siang dan malam P.Ramlee tidak lupus dari ingatanya. Tetap menjadi ingatan walaupun orang lain sudah banyak melupai P.Ramlee. P. Ramlee tetap menjadi pujaannya siang dan malam walaupun P. Ramlee sudah tiada di dunia. Tapi bagi Nanaman Osman hanya ada satu sahaja P. Ramlee di dunia ini. Kata pujangga Melayu, patah tumbuh hilang bergaanti.Tapi bagi Nanaman Osman patah tumbuh itu tidak sama. Yang hilang berganti tetap tidak sama.

Semua tulisan tentang P. Ramlee Nanaman dapatkan daripada pelbagai sumber. Kebanyakan sumbernya daripada surat khabar. Walaupun Nanaman jarang membaca akhbar tapi pihak pengedar akhbar atau majlah pasti akan menyimpannya untuk Nanaman Osman. Nanaman pasti membeli surat khabar atau majalah yang memuatkan cerita tentang seniman pujaannya. Tidak ada siapa yang menyuruh atau menggalakan Nanaman Osman berbuat demikiaan. Beliau berbuat kerana sayang dan kasihnya kepada P. Ramlee.

Beliau membuat kerja koleksi ini dengan mengeluarkan wang dari sakunya sendiri. Tidak ada siapa-siapa yang memberikan sumbangan dana kepadanya. Semuanya atas minatnya dan kasih yang mendalam terhadap P. Ramlee. Beliau sanggup melakukan ini semua. Itulah dia Mohd Khir Bin Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama glamornya Nanaman Osman.

Oleh Shakir Taha



Wednesday, March 9, 2011

AKU DIA dan LAGU.




Sejak kita berpisah wajahmu hilang entah di mana..Aku semakin resah. Antara kita ibarat langit dan bumi. Kau ibarat merak kayangan.Aku pula ibarat gagak di rimba.Aku berasal dari sebuah desa yang masyarakatnya hidup miskin . Kemiskinan itu membuat aku tabah dan berani menghadapi cabaran.Aku sering ke sawah bermandikan lumpur. Menangkap anak-anak ikan haruan, keli dan puyu yang melompat-melompat di kali yang tenang.Sebuah danau kecil beratap rumbia yang dibina oleh ayahnanda tempat aku melepas lelah . Di situ juga tempat aku mematikan keringat yang tidak pernah mengerti tentang keletihan.Aku anak kampung.Anak kampung bersifat waja.Anak kampung berani dan tabah menghadapi dugaan. Anak kampung adalah jaguh.Anak kampung jaguh silat. Aku sering membuat persembahan 'silat pulut' di majlis kahwin.Tapi aku tak mahu jadi jaguh kampung.Bukan. Aku tidak mahu jadi ayam kampung.Jaguh kampung tak akan ke mana-mana. Sejak dari kecil lagi tertanam sebuah impian yang tidak pasti.Aku ingin bermandikan salji putih.Aku ingin mengepal salji dan melontar jauh ke arahmu.Aku ingin memeluk tubuhmu yang putih bak salji.Aku suka lihat episod 'little house on the prairie.'Di situlah kita membesar anak-anak yang tersayang.


Aku sering menceritakan tentang kehidupan dan keindahan kampung. Aku akan bawa kau berbicara tentang pacat dan lintah.Di sawah banyak pacat dan lintah.Di swimmiming pool pun ada lintah.'Lintah darat.'Kalau yang ada penyakit boleh berbekam dengan lintah.Kalau ke tokoh jamu di Chow Kit Road boleh beli 'minyak lintah'.Lintah asal dari kampung.Di kampung ada sawah dan sungai mengalir tenang.Di dalam sungai ada anak-anak ikan.Anak belut pun ada . Shakir suka makan 'sup belut'.


Akhirnya kau tertarik dengan madah-madah indah yang aku lemparkan kepadamu tentang kehidupan di kampung. Manakan sama hidup di countryside dengan di kampung.Di sana ada ladang dan cottage yang cantik.Rumah kampung berdindingkan papan dan buluh.Orang kampung berendam di sungai dan minum air telaga.Orang kampung bermandikan keringat demi sesuap nasi.Itulah aku anak kampung.Bukan jaguh kampung.
Kedatanganmu ke daerahku lebih 25 tahun yang lalu membuka episod baru dalam sejarah hidupku .Mahligai pertamaku telah hancur tika itu .Kau terbang tinggi dan jatuh di lembah sunyi.Akulah penyambutnya. Kita ibarat merpati dua sejoli yang belum pasti arah tuju.Aku telah mengikat kaki kirimu dan kau mengikat kaki kananku.Kita sama-sama menuju ke satu arah yang samar-samar.Di sanalah kita tenggelam.
Selepas terpadu kasih sebutir permata telah lahir dan menjadi cahaya di dalam hidup kita buat seketika..Cahayanya masih bersinar walaupun dilindungi awan.Ingatanku padamu tidak pernah hilang walaupun kau jauh di mata.Itulah zuriat pertama kita yang lahir dari perasaan kasih sayang yang tidak ikhlas.Akhirnya kita kehilangan segala-galanya.

Surat Dari Ibu Kota, Telefon Daripada Pengetua



Menerima hadiah daripada pengetua,Puan Zainab Shafie

Ya,aku sudah bersara sebagai seorang guru. Tapi aku terus dengan kerja lain. Dalam erti kata yang sebenar aku belum bersara. Biarlah hal itu tinggal cerita. Tinggal dalam lipatan sejarah hidup aku.

Aku menefon sekolah yang terakhir aku mengajar. Pengetuanya seorang wanita. Puan Zainab Shafie namanya. Puan Mashitah Binti Rejab,Penolong Kanannya.

Aku menefon sekadar bertanya tentang alamat aku sudah diperbetul atau belum. Kata Puan Sharifah Din sudah diperbetulkan. Tapi pihak masih JPA masih belum memperbetulkan alamat aku. Tapi sampai juga ke rumah aku kerana semua posman kenal dengan aku. Aku bersyukur dengan kerja baik posman di Pekan Simpang Ampat.

Kata Puan Sharifah yang selalu aku panggil Sharifah Saja bila ada orang bertanya tentangnya. Bukan apa sebab ada dua Sharifah. Pertama Sharifah Farhan. Kedua Sharifah Din, yang aku panggil Sharifah Saja! Kadang-kadang aku panggil "Kak Pah". Orangnya masih muda,mudah senyum,putih kuning orangnya.

"Pengetua nak jumpa,''kata Kak Pah.
"Cikgu Shakir boleh datang ke sekolah tak? tanya Puan Pengetua.
"Petang boleh Cikgu."
"Petang saya ada mesyuarat."
"Okay,saya datang sekejap lagi."
Aku tertanya-tanya apa hal pengetua nak jumpa dengan Aku. Semua kerja sudah beres. Hutang pun tiada. Buku yang aku pinjam daripada perpustakaan sudah lama dihantar. Aku tak tahu kenapa pengetua panggil aku. Pergi sajalah. Aku malas nak bertanya tadi. Aku pergi juga kerana Puan Pengetua ini baik orangnya. Segan juga kalau tak pergi. Orang berbahasa,aku kenalah mengerti.

Di pejabat pengetua ada tetamu.Entah dari mana. Puan Pengetua mengangkat tangan tanda nampak kedatangan. Aku tunggu sambil baca majalah lalu disapa oleh Puan Mashitah.Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini.

Aku menunggu tidak lama. Tetamu keluar. Aku persilakan masuk ke pejabatnya yang kemas dan selesa itu. Puan Mashitah juga dipanggilnya masuk. Dia tidak berkata apa-apa. Dia berdiri,Puan Mashitah dan Aku pun terdiri. Tiada suara,tiada kata-kata. Di hadapan kami sudah bersedia seorang 'jurugambar'. Puan Pengetua menghulur 'benda' berwarna coklat empat segi. Gambar kami dirakam. Sebuah album kenangan hari aku bersara dihulur.

Lalu Aku buka lembarannya.
"Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan yang mana
Dapat kita bertemu lagi

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi."

Terima kasih Puan Pengetua.
Terima kasih Puan Mashitah.
Terima kasih Puan Sharifah Din@Sharifah Saja.
Terima kasih Puan Piza.
Terima kasih Cik Mahyun.
Terima kasih Kak Siti CC.

Kata pantun Melayu:-
Anak haruan lima-lima
Mati ditimpa punggur berdaun
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Shakir Taha.


Tuesday, March 8, 2011

Kami Masih Di Sini

Seorang wanita dalam usia yang Aku kira masih muda. Dia mendukung anak yang masih kecil. Masih tidak mengerti peritnya hidup di dunia dengan keadaan yang serba kekurangan
Kias pagi makan pagi.
Begitulah rutin hidup keluarga ini. Di rumah inilah mereka tinggal Tidak ada kipas angin, Tidak ada penghawa dingin. Udara pagi itulah penghawa dingin.

Rumah yang ada sekadar yang ada. Sekadar untuk berteduh dari hujan dan panas.Bumbungnya beratapkan zink. Bila mentari memanjat tengahari bahan panas menusuk kulit. Panas mengalir peluh ke dahi.

Rumahnya berdindingkan pelupuh, dari anyaman batang buluh yang tumbuh penuh di hutan.
Aku fikir sudah tidak ada rumah seperti ini di Malaysia. Aku hanya sehari di sini.
Negaraku Malaysia yang kaya raya masih ada insan yang hidup sebegini.

Rumahnya, rumah bambo.
Pintunya,pintu bambo.
Di sinilah wanita ini membesarkan anak-anaknya di daerah yang kaya dengan kemiskinan.
Aku hanya baru sehari di sini.
Kita seakan-akan lupa pada derita dan luka mereka ini.
Kita seolah-olah biarkan luka ini meroyak dan menanah.

Aku tidak menyangka adanya keadaan seperti ini di negaraku.
Aku baru hanya sehari di sini. Baru sehari merasakan kepedihan luka ini.
Hanya sehari melihat anak-anak berpakaian lusuh.
Baru sehari aku tidak menonton tv dan mengadap komputer.
Baru sehari jauh dari kebisingan kota.
Di sini serba tiada.

Dan selepas itu aku pulang menjalani kehidupan sehari-hari ditaman. Semua kemudahan ada.Lebuhraya,supermarket dan kehidupan yang serba moden, Melihat ibu-bapa membawa anak-anak ke Kenturky,ke MacDonald dan berpesta di pusat beli belah.

Aku teringat kembali pada keluarga di daerah pedalaman ini. Mereka terus menjalani kehidupan ini sampai bila. Mimpi buruk terus menghantui mereka. Tidur dan bangun mereka tetap melihat hari-hari yang penuh kelabu. Pun begitu mereka terus berjuang. Lawan tetap lawan!

Sungip Markon

Sungip Markon telah 10 kali dihubungi oleh Tuan Salim. Sekalipun tak dapat. Maklumlah Tuan Sungip Markon pegawai luar yang selalu keluar awal dari pejabat. Jadi sebab itulah kita jangan cepat-cepat 'talkin'kan dia. Mungkin di luar kawasan atau kualiti telefonnya tersangat canggih sehingga sukar dihubungi. Aku yakin Sungip masih sihat berdasarkan maklumat yang sampai ke tangan Aku.Demikianlah juga tilekan dan renungan segala pendita Melayu,Cina,Jawa dan Siam. Cuma mungkin sewaktu kami menghunginya dia diserang selsema. Suaranya yang tinggi 'idramnya' menyukarkan dia berbicara dalam telefon."HIDUP SUNGIP MARKON!

Wednesday, March 2, 2011

Aku Teringat Pada Sepasang Merpati Sejoli

Masa remaja hidup penuh pancaroba. Aku membuka lembaran lama Maktab Gaya Kota Kinabalu. Nama yang tidak lupus dari ingatanku. Nama yang amat keramat ini tersemat didada hingga kiamat.

Demikian juga merpati sejoli yang masih Aku ingat namanya. Ingat wajahnya. Khabarnya masih hidup di alam buana ini. Tapi yang Aku tidak tahu adakah mereka ini hidup bahagia.Adakah mereka beranak dan bahagia. Sehingga kini Aku hanya menemui seorang saja. Seorang lagi dari pasangan ini tidak Aku temui. Aku pernah sekali berbicara dengan dia tetapi dia tidak mengenali Aku. Aku tidak menyalahkan dia kerana tidak ingat atau mengenali Aku. Masa 30 tahun telah memisahkan kami.

Tapi Aku masih ingat kisahnya' dijerkah' oleh anjing yang berkeliaran di maktab. Dia menangis dan meracau.Pujuk oleh sang 'kekasih'. Tidak menjadi. Pujuk rayu tidak menjadi.Terus menangis lagi macam anak kecil. Malam. Malam sudah merangkak tua. Matanya masih menyala.Menangis lagi macam anak kecil kelaparan susu. Tapi sang 'kekasih' tetap setia menanti ditengah malam yang meningkat tua. Aku hanya lihat dari jauh drama sebabak ini kerana suara tangisan ini telah memecah kesunyian malam. Ketenangan malam telah dikocak.Tidur tadi yang dibuai mimpi indah terganggu dan terputus. Apapun biarlah ku tiduri malam ini kerana mata sudah dikucup ngantuk. Besok ada kuliah.

Khabarnya lelaki itu lari luar dari bilik. Dia berlari kencang. Seperti kuda di tempat lumba kuda.Tempat lumba kuda di Tanjung Aru. Tapi Aku hanya mengekori dengan mata sahaja. Aku fikir biarlah berlari. Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Tiba-tiba dia disergah oleh sekor anjing yang bermalam di tepi dewan. Lalu berlari lintang pukanglah Si Romeo ini dengan penuh ketakutan. Hilang lenyaplah semangat kejantanannya pada malam itu!Maka tertawalah segala pohon-pohon yang ada di situ. Dan pohon bamboo kuning itu menyaksikan segala aksi tari malam itu. Pohon bamboo kuning itu sebagai saksi dan sebagai penyimpan segala rahsia dan gerak tari makhluk yang bernama guru pelatih.