Our Chat Room

Monday, February 15, 2010

Kau Bunga Pujaanku


Segala-galanya masih kekal dalam igauan

Ketika ku mula dekati taman kenangan

Betapa sukarnya untuk kunyatakan kesetiaan

Pada musim yang penuh bermukim

Pada badai yang melanda

Di tangkai tanya


Kini setelah sekian lama

Kau kusunting

Lintuk bayumu

Dan harum baumu

Masih segar dalam taman.


Musim Bunga
University of Manchester
1996.


(sajak ciptaan Abdullah Ngah seorang sahabat baik saya yang pernah menuntut di University of Lancaster. Bekas Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan JPWP, KL)

6 comments:

  1. Salim,Mak We mana tu? Ceritalah lebih jelas lagi tentang Mak We tu.Hang tak bawa balik Mak Mat Saleh.Yang untung Non juga,kah,kah,kah.

    ReplyDelete
  2. Hoi Shakir si Salim tu biasalah merantau ke England gang Penang memang macam tu

    ReplyDelete
  3. Mamsin tarakpun!Ingat Mamsin nak bawa balik Aswaramalaya @Sarabanu ke!

    ReplyDelete
  4. Ini Mamsin baik punya olang, talak main pelempuan-pelempuan punya looo.

    Hang dok kepit "kuda putih" mana pulak Salim ooii .., nampak kat bini hang nanya punya kes nanti, ha, ha, ha ....

    ReplyDelete
  5. Biasalah la tu masa muda2. Lu orang pun macam tu masa muda. kalau tak percaya tanya non siam.kalau non tak mengaku tanya che Li sekalang masing2 sudah pakai serban.kalau tak ale kenangan masa muda tak syok no.nanti aku masukkan gambar aku semasa kat Dubai.

    ReplyDelete
  6. Serban Salim dah hilang.Tersangkut kat pokok di Gunung Kinabalu kot! kah,kah,kah,kah!

    ReplyDelete