Our Chat Room

Saturday, February 20, 2010

Kenangan Lama

Kiri,Salim Ismail,Mamsin,Badaruddin Khatib dan seorang anggota tentera.

Salim semasa muda cukup handsom dan bergaya.
Cuma tak kaya sahaja.
Tak kaya tak apa,gaya mahu ada punya.
Mamsin tentu setuju punya.
Pasal bergaya Aku tabikla kat Mamsin.
Sampai sekarangpun Mamsin memang ada gaya dan bergaya.

Salim dahulu tak kaya
Selepas balik England,
Bergaya,kaya
Ada kereta Mez
Dahulu ada -+ 1 isteri-2+=0+ = 1 sahaja
Sebagai seorang kawan yang baik dan duduk di bawah satu bumbung selama 2 tahun di Sabah,selepas menghilangkan diri(aku ingat ke alam ghaib atau duduk bertapa di Gunung Jerai)
selama 11 tahun terus menelefon Aku.

Aku semacam tidak percaya yang bercakap dengan Aku itu ialah Salim Ismail yang Aku kenal 30 tahun yang lalu.
Dia tetap mesra,melawak dan ada waktunya cukup serious(aku kira hantu pun takut waktu itu)

Aku masih ingat lagi sewaktu ke rumahnya di Balik Pulau.
Emaknya menghidangkan makanan yang cukup menyelerakan.
Aku makan tak tengok orang dah.
Kalau tak silap Aku, Mamsinpun ikut sama.

4 comments:

  1. Tuan shakir.... masa kat sabah dulu tang mana ada aku tang situ ada mamsin.masa makan,masa jalan,masa balik Penang dia pasti ikut aku.Masa posting kat Sandakan kami mengajar di sekolah yang sama selama 3 tahun.Lepas tu aku bertukar ke KK SMK Putatan.Pengetua aku masa tu Pn. Normah Gagoh(sekarang Pengarah Pelajaran Sabah). Pn. Normah ni cukup baik dgn aku.Dia selalu nasihat aku... cikgu salim kau mengajar betul2 di sini jangan kau rapat-rapat dgn Misia Nalu(anak murid aku paling cantik).Kalau tak percaya tanya Tuan Syed Hussein Al Edrous.Dia juga dari sekolah yang sama.Sebelum Pn. Normah tu En. Jaibin Sindam pengetua aku.Berbadan tegap dan garang( he was my best friend).Bila aku ke UK tahun 1988 kami terpisah.Tahun 1991 mamsin pula ke UK. kami tak pernah berjumpa. . Sehinggalah tahun 2009 bila aku bertemu dia di Politeknik Seberang Prai. Dia adalah Ketua Jabatan IT di situ.Wajah tak berubah.handsome,smart and well being.

    ReplyDelete
  2. Betui Shakir, memang kita pi rumah Salim di Sungai Burung bersama, masa nak ke rumah dia tu dia tunjuk kat kita rumah Cikgu Yeop Manan (yg masa tu tak boleh tengok Salim but then jadi Pak mentua dia, ha, ha, ha!!). Memang mak dia masak sedap, aku tibai banyak dan bapa dia pun baik, very friendly.

    Memang masa di college dulu aku dan Salim memang rapat, selalu sembang, keluar bersama dan balik Penang dari Sabah bersama. Masa tu dia tengah hebat dok bercinta dgn Su......., sampai ada anak virtual, aku masih ingat lagi dia selalu tunjuk surat cinta kat aku, kalau tak silap aku nama anak virtual dia Nino Zicky (macam tu la bunyi dia lebih kurang), dia pun pernah introduced marka dia kat aku masa tu, Su, yg after that jadi wife dia. Masa nak posting ke Sandakan pun kami pi bersama, dengan Omar dan Raja Azman. Aku ingat lagi flight ke Sandakan cancelled and kami dapat duduk hotel 5 star kat KK free, KIH (Kinabalu International Hotel), punya seronok bukan main, mana pernah dapat duduk 5 star hotel masa tu. Salim and his newly-wed wife macam dapat free honeymoon la, melompat-lompat kami atas katil hotel. Ha, ha, geli hati teringat masa tu, kami macam kongkang!

    ReplyDelete
  3. Mamsin,hampa yak yakyelah.Jadi hang boleh tulis story ini. Kita bolehlah dengar cerita yang kita tidak pernah dengar.KIH khabarnya sudah bertukar nama.

    ReplyDelete
  4. Salamullah.. nak campoq sama.. Aku ingat sangat dengan salim dan mamsin ni.. apa habaq semua dan juga shakir.. Thanks Bro Shakir

    Ahmad Din

    ReplyDelete