Oleh Norhayati Adam (NORA)
PIS 79/80
Bil Matab 79/80
Kelas yang riang riuh sekali
Berbagai karektor boleh didapati
Pengajian Inggeris Sejarah kursus diberi
10 saja putra,16 putri!
Penghormatan pertama siwakil kelas
Penunggu surat yang paling setia
24 jam bergerak cergas
Waktu kuliah tak berdaya
Panglima Perang dan Mamak Penang
Borkhan dan Mamsin selalu kamcing
Bonus mark mereka ialah ponteng
Bikin Puan Chu selalu runsing
Sudahlah seopsyen tinggal sebilik
Di dalam kelas sememangnya rapat
Emy dan Nusia memang pelik
Susah betul beri pendapat
Shakir simpan janggut lebat
Orang Kuat Ayatullah Khomeini
Salim pula boleh tahan hebat
Sentiasa feeling ingatkan bini
Halidiah dan sharifah berbadan tegap
Cita-cita nak masuk arina gusti
Seorang Johor seorang Arab
Dalam kelas senyap sekali
Boleh senyum dalam marah
Walau hati mereka rasa terluka
Johny dan Joannes rajin ke kuliah
Sayang sekali asyik terlena
AJK makanan Paulina dan Nil
Sungguhpun gitu makan tak kurang
mazwin dan fauziah bersahabat baik
Maklumlah dua-dua 'Minah Padang'
Badaruddin pendekar sesat Baling
Dahulu pendiam sekarang peramah
Assignments bertimbun tak pernah bising
Pass up on time memang tak pernah
Lenggang lenggok sigadis Ranau
Siti Dayang manis sekali
Siang hari pun boleh mengigau
Sebab jawatan banyak sekali
badan kurus tinggal tulang
Saskiah dan Yati Salleh diam berisi
Turun tangga selalu melayang
Paling anti pendidikan jasmani
Wan Zainuddin teruna Penang
Mahu posting di Kota Belud
Dia ni jarang-jarang ponteng
Tapi sesekali tu adalah belot
Khor Yip Mau berkaca mata
Member senasib siYeop Mat
Kedua-dua lagak bak Professor
mana cerita lagi kami dok tunggu cerita baru hg pandai betul buat story
ReplyDeletehoi salim mana hg hilang lama tak contact aku
ReplyDeleteTulisan yatie Adam pertama kali menusuk jiwa.beliau masih lagi ingat sikap dan tingkah laku geng-geng PIS.Maafkan saya Yatie sb saya dah tak berapa ingat semua pelajar PIS terutama pelajar dari Sabah.Sapa tak kenal saya tiap-tiap penggal balik Penang.Pulang awal datang lewat.Mujur masa tu Pengetua Bakar Don.Dia kawin orang kampung aku.Kalau tidak dapat one way tiket...wook,wook,wook. Saya cadangkan kita kumpulkan semua maklumat pelajar PIS masa itu dan buat alumni.Rasa rindu sangat nak jumpa kawan-kawan dah semua bergelar Datuk/nenek.
ReplyDeleteHoi non..aku minta hang pi saloon dye rambut warna perang lebih kacak dari warna putih.kalau rambut hang perang baru boleh panggil Mr. Robert( mat salleh)....rambut putih kena panggil non siam laaa.
Salim,rambut Non tu oripunya. Aku buat teater bernama 'Tok Uban'. Jadi Aku naklah Non akting dalam teater Aku. Non boleh jadi 'Tok Uban'.Kah,kah,kah,kah.
ReplyDelete