Our Chat Room

Saturday, February 20, 2010

Pertemuan Di Awan Biru


Aku masih ingat lagi pertama kali menaiki kapalterbang Aeroflot buatan Russia sungguh menakutkan.Penerbangan yang sepatutnya mengambil masa 12-13 jam mengambil masa selama 24 jam.Ini merupakan perjalanan yang jauh .Tepat jam 10 malam penumpang berada di perut k/terbang. Penumpang-penumpang pada masa itu terdiri daripada berbagai bangsa Asia.

.

Pramugari/pramugara yang kurang fasih berbahasa Inggeris melayani penumpang berbagai ragam.Ada segelintir orang Barat ...tak tahu dari mana? terhoyong- hayang..bising selepas meneguk air sy............Aku dapat rasakan gegaran akibat melanda air-pocket dan bunyi enjin k/terbang seperti enjin 'turbo'.Melayang-layang seolah-olah akan terhempas.Ini bukan pertama kali aku menaiki k/terbang.Sebelum itu aku pernah ke Sabah.Mula-mula naik boeing 737 lepas tu Air-bus yang mula beroperasi dan lebih besar serta selesa boleh memuatkan lebih 300 penumpang.


Pukul 3 pagi kami mendarat di Airport New Delhi.Transit lebih 2 jam kerana mengambil penumpang.Ramailah yang naik berketurunan India dan Sikh.Airport New Delhi tak sibuk pada masa tu.Waktu pagi terasa lapar dan terdapat cafe dan restaurant di Airpot tersebut yang masih beroperasi.Makanan pilihanku masa tu tentulah nasi beriani.


Dari New Delhi kami di terbangkan ke Tashkent,Uzbekistan.Sebuah negara Islam di bawah jajahan Rusia.Negara ini pernah melahirkan seorang tokoh Islam Imam Bukhari.Airportnya kecil dan tidak sibuk.Terdapat penumpang yang tidur bergelimpangan di atas lantai.Gerai-gerai ditutup.Peniaga berdengkur di dalam gerai masing-masing.Ada seorang mat salleh yang ketagih rokok memukul-memukul pintu gerai mengejut pelayan gerai .Bangunlah seorang tua tanpa baju sambil menjual se kotak rokok.Tandas di sini cukup kotor dan menjijikkan.Agaknya pencuci tandas makan gaji buta.Atau kerja buta sebab tak dibayar gaji.Sebab itu busuk. Di sini k/terbang transit menunggu penumpang hampir 2 jam.Aku terlalu mengantuk dan tertidur bersama penumpang2 di atas lantai macam 'sardin'.Aku terjaga apabila dikejutkan untuk meneruskan perjalanan ke Moscow yang mengambil masa 5 jam.


Moscow airport is fully equipped with shopping opportunities.There are numerous food and beverage outlets represent both local and western food tastes.The airport is packed with shopping oppurtunities.You will find shops selling cigarettes,alcohol, books, electronic , sporting goods and clothes. It is an excellent place to buy souvenirs, whether inexpensive but attractive items made in the region or more expensive art and craft pieces. Today, Moscow airport is consistenely rated as one of the most efficient and welcoming airports in the world.

Kapalterbang meneruskan penerbangan ke Heathrow tanpa berhenti yang mengambil masa selama 6 jam melintasi beberapa negara Eropah.Sungguh menakjubkan apabila k/terbang berlegar rendah dan kita dapat melihat bentuk mukabumi merangkumi bukit bukau, gunung-ganang, sungai dan lautan.


Apabila sampai di Heathrow aku menaiki keretapi menuju ke Lancaster.Jill dan Terry masing-masing menuju ke Liverpool dan Blackpool.Sekali sekala kami bertemu untu melepaskan Rinduuuuuuu.(Dirakam di atas k/terbang aeroflot pada tahun 1988)


1 comment:

  1. Salim,bunyinya sedap,pertemuan di awan biru.
    Awan putih?
    Apapun tak pa.Biru ke.Putih ke.Cuma jangan siru,harubiru dan tak keruan sudahlah!Mana Mami Penang.Mami Banglapun ok apa.Tak percaya tanya Mamsin tapi jangan tanya Non Siam.Non nanti jawap bo siew hoo!kah,kah,kah,kah

    ReplyDelete