Sewaktu beliau menjadi freshie beliau dihentam betul-betul oleh senior dan akulah yang menyelamatkannya.Beliau pernah menuntut di Maktab Adabi Bukit Mertajam dan seluruh penghuni Adabi tika itu memanggilnya dengan nama 'Shah Kobat' ( mungkin mirip pelakon Hindi masa itu) . Dato K (suami Siti Nurhaliza) dan kakaknya Zaiton pernah menuntut di Maktab Adabi dan aku sudah lupa tarikhnya.
Aku sering ke Maktab Adabi disekitar 70an berjumpa saudara aku yang menjadi guru di sana iatu Cikgu Suhaimi. Cikgu Suhaimi pernah mengajar Dato K pada masa itu.Semasa di Adabi beliau amat aktif .Beliau pernah menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Tengku Bainum. Mr. Nathan(pensyarah Bahasa Inggeris MPG) pernah mengajar aku di MPG 79/80 juga berkhidmat di sini.
Apabila diberitahu oleh sdr Zainal beliau telah pergi meniggalkan kita untuk selamanya aku terlalu sedih kerana selama ini aku sering teringat dan tercari-cari di mana beliau berada.Semoga Roh Allahyarham di tempatkan bersama para salihin.Aku pernah tinggal sebilik dgn Allahyarham semasa di MPG. Allahyarham seorang yang mesra dan sering menceritakan tentang'S' kerana mereka satu kelas semasa menuntut di Tingkatan 6 di sini. Kadang-kadang kami berborak sampai ke pagi. Besoknya aku terus ponteng kelas sebab tak dapat bangun keletihan.
Semoga keluarganya tabah menghadapi hidup tanpa orang yang tersayang. Al-Fatihah.
(Gambar kenangan bersama Allahyarham sekitar tahun 1980)
Salim,Aku memang baik dengan Mazlan. Dia berasal dari Baling.Allahyarham suka bergurau.Sekali sekala aku berjumpa dengan semasa dia mengajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Al-Fatihah!
ReplyDeleteYa aku sempat mengajar dgnnya semasa di Maktab Tengku Bainun baik orngnya alfatihah.
ReplyDelete