Our Chat Room

Tuesday, June 29, 2010

AUDIO FILE

Salam to all. Since blogspot does not provide the features to play or embedded or link audio files; I have created a "google sites" account to upload audio files and it can then, with some simple programming, be directly link and play in blogspot using embedded Oreo Audio Player.

Since hangpa semua dok sebut-sebut pasal Sabah folk song "Jambatan Tamparuli", it's the first audio file that I have uploaded. Just click on the PLAY button on the LISTEN/VIEW gadget on the right bar, the song will be uploaded and played. Non, hang cuba dengak.

Happy listening.

Meniti Kenangan lalu di Bongawan

Dalam perjalanan ke Tenom Aku menceritakan pernah ke Bongawan kepada Marianah dan Momin. Lantas Marianah terus menelefon Bakar Tahir yang kini peneraju SK Nyaris-Nyaris. "Betul ke Shakir pernah marambat di Sungai Bongawan."tanya Marinah. Semasa aku tahun pertama di Maktab Gaya Bakar mengajak kami pergi ke Bongawan tempat kelahiran. Aku,Azizan Dahaman,Eswan dan Suhaimi ke sana dengan keretapi. Kami bertolak dengan keretapi dari stesen Tanjung Aru.Kota Kinabalu. Petang baru kami sampai di Bongawan. Kami bermalam dan tidur di surau. Bila malam tiba kami keluar merambat.Malam itu banyak ikan dan udang yang kami dapat. Bila malam bertambah malam api dinyalakan.
Ikan disiang.
Ikan dibasuh.
Udang disuci.
Ikan direbus,udang dibakar.
Ikan dimakan,udang diratah.Sedap manis rasanya.
"Burn kata jangan makan di kedai. Isterinya sudah masak banyak lauk."pesannya ke Marianah.
Hampir senja kami sampai ke rumahnya. Makanan sudah tersedia. Bakar mahu kami makan dahulu.Magrib sudah diambang pintu. Baru beberapa suap nasi masuk ke mulut suara azan sudah memanggil menyembah Ilahi.
Kami solat di surau yang tidak jauh daripada rumah Bakar. "Biasanya Si Nasir ini berjemaah disini."kata Bakar. Mungkin sekejap lagi datanglah dia." Dan yang ditunggu sudah tiba. Berbaju Melayu biru,bersongkok hitam dan berkain sarung buatan Indonesia.Kamibersalaman dan berpelukan. Tiga puluh tahun tidak bertemu muka. Nasir yang dahulunya putih kuning kulitnya hari ini kulitnya sudah dijamah mentari. Dia tetap senyum seperti dahulu dan tidak banyak berbicara.

Oleh Shakir Md Taha

Sunday, June 27, 2010

Gambar Terkini Dari Blog GayaCollege

Sedutan dari imej2 yg dihantar oleh Shakir & Salim
dari BLOG : pisgayacollege

Jambatan Gantung, Tamparuli


Pertama kali aku berada di atas hanging bridge (Jambatan Gantung) di Tamparuli.Kami dalam perjalanan pulang ke KK dari Kota Marudu bersama Paulina dan Hashimah Saidi.Singgah sekejap untuk bertemu Lassimi Durod.Dia bertemu kami di tepi jambatan Tamparuli.Orangnya tidak berubah.Wajahnya muda seperti aku mula-mula mengenalinya 30 tahun yang lalu.Orangnya masih cantik dan comel. Dia datang bersama dengan anak lelakinya yang telah dewasa.Aku dapat berbual mesra dengan suaminya iaitu Charles Spawa opsyen PJPS. Beliau adalah seorang pelari pecut di Gaya college waktu itu.Berliau aktif di dalam sukan.Charles tidak dapat menemui kami kerana tidak sihat.Charles mengalami Gout yang serious.Kini telah beransur pulih.Semoga Charles akan sempat sembuh dan menjalani hidup bahagia bersama anak-anak yang tercinta.

Perjalanan ke Kota Marudu Singgah Sebentar di Kota Belud

Perjalanan ke Kota Kelud tidak lagi payah.
Tiga puluh dahulu bagi kami terlalu payah.
Letih dan pening cukup terasa.
Sekarang ini semuanya sudah tiada.

Di sini kami dinantikan oleh Suhaindo Rambayau.
Mantan Yang DiPertua Maktab Perguruan sessi 79/80
Anak kelahiran Kota Kelud yang cukup tenang-cooool,kata Wak Zahari Ad Jawa.
Sekarang ini sebagai Penolong Pegawai Pelajaran di Kota Belud.
Aku,Salim,Sharina dan Neda Hashimah Sadi D'Kanyu(Neda= Nenek Muda) diajaknya ke Restoran Rasa Sayang.
Makan tenghari di situ. Cukup menyelerakan.
Sebelum itu kami ke pasar di Kota Kelud.
Bermacam kuih muih ada.
Ada yang hijau.
Ada yang kuning.
Ada yang kelabu
Ada yang merah.
Ada yang nama kuih cincin.
Sayurnya pun cukup segar.

Marianah bergambar bersama Sharina dimajlis perkahwinan anak lelakinya..

Di Taman Putera Jaya,Telipok kami sempat merakamkan gambarMarianah Yusof dan Sharina. Marianah kelihatan cukup ceria.
Cukup gembira.
Katanya,"Dah lama kita tunggu."(Bermenantu)
Dan nak lama lagi, aku pinjam istilah Tuan Zahari Manan boleh join kelab nenek muda yang dipengerusikan oleh Hashimah Sadi.

Wartawan PIS Gaya College.


Menjelajah Sabah adalah tidak mencukupi sekadar mengambil masa beberapa hari. Lebih-lebih lagi apabila mencecah umur 50an seperti kami dan perlu mengatur langkah perlahan agar tidak jatuh dan terseliuh.Kami perlu membuat persediaan awal.'Jangan lupa bawa minyak angin...shakir', pesanku kepada Shakir.Maklumlah 'kuda yang dah pancit'.Aku cukup kagum dengan Shakir tidak ada istilah penat.Dia memang kuat berjalan.laju. Gopoh.Makanan tidak ada pantang.Semuanya dia sebat.Dia suka makan kambing.Aku takut sebab cholesterol Kalau tak percaya tanya Bang Non.... Tuan Shakir membawa bersama-samanya segala jenis ubat dan supplement. Katanya untuk menambah tenaga.

Untuk mendapat tambang murah Airasia perlu membuat booking 1 tahun atau 6 bulan sebelum bertolak.Kalau booking lewat kita perlu bayar lebih.Lebih daripada setengah harga tiket murah.Alhamdulillah cita-cita untuk mencari sahabat yang hilang telah kami temui walaupun tidak semua bekas pelajar Gaya kami temui.Terdapat juga yang menelepon kami apabila kami berada di sini.Ada yang sibuk dengan tugas tetapi mereka meluangkan masa berbual mesra bertanya khabar.Kami cuma dapat mendengar suara tetapi wajah mereka hilang. Cukup mendengar suara mereka melepaskan rindu.Aku dapat berbual dengan Nusia Martin dan Anuar Raden.Nusia tidak dapat bertemu kami sebab dia tidak sihat.Anuar Raden tidak sempat kami temui selepas bertolak dari Kota Belud.Paulina cuba meneleponnya tetapi telepon berdering tanpa jawapan.Kami cuba dial beberapa kali tetapi masih tidak berjawab.Setelah meninggalkan Kota Belud hampir 1 jam barualah kami menerima panggilan darinya.Gurauannya macam dulu.Mesra..Mungkin wajahnya telah banyak berubah selepas 30 tahun.

Di sepanjang perjalanan dari Kota Marudu Ke KK kami singgah di beberapa gerai. Kami singgah di gerai-gerai yang jual kacang goreng(kat mana shakir...?) dan juga singgah di gerai yang jual jagung bakar.Aku dan shakir dapat bergambar dengan gadis Dusun yang cantik.Jarak perjalanan dari Kota Marudu ke KK lingkungan 150 km.Paulina menggunakan jalan ini pergi balik 2 kali seminggu.Dia adalah Pengetua di SMK Bandau.Kami dibawa Paulina melawat ke sekolahnya.Aku suka sekolah tersebut kerana terletak di kawasan kampung.Sekolahnya pernah dilanda banjir.Dia mendapat kerjasama daripada orang tempatan..orang kampung itu.

Kami juga sempat singgah di Pasar Kota Belud.Aku pernah ke Kota Belud tahun 1980 tetapi tidak sampai kerana jalannya bengkang bengkok hampir 40 batu.Kini jalannya cantik lurus,lebar dan perjalanan cukup mudah.Kami singgah di Pasar Kota Belud sambil membeli kueh-mueh tempatan.Kueh cincin juga murah di sini.Di sini banyak dijual ikan masin dan sayuran kampung.Di Kota Belud juga kami bertemu bekas YDP Maktab Gaya Sdr. Suhaindo.Dia bertugas di Jabatan pelajaran Sabah.Kami menjamu selera di sebuah restoran.Makanannya enak.Suhaindo begitu mesra.Dia tidak banyak berubah dari segi wajahnya.Masih segak dan bergaya.Tanpa pemandu pelancong Paulina dan Hashimah Saidi kami tidak tahu arah tuju.Mungkin kami akan berkeliaran di sekitar KK sahaja.

Kota Kinabalu cukup unik dan istimewa dan malamnya macam siang. Bandarnya besar dan banyak berubah.Bangunannya cantik tersergam indah. Moden.Makanannya juga agak murah.Hotel-hotel juga murah dan selalu penuh dan perlu booking awal. Ramai pelancong yang melawat Kota Kinabalu terutama dari Brunei dan Semenanjung. Kupu-kupu malam juga ramai yang berkeliaran di kawasan tempat kami tinggal. Antara business yang tertua di dunia.Amaran juga tertulis di dinding hotel..'Jangan bawa masuk pondan'.Aku dan shakir tersenyum sinis.Tempat-tempat begini sudah pernah aku lalui semasa di Eropah.Nama bandaraya terkenal seperti Amsterdam,Copenhegan,London,Paris , Frankfurt tidak pernah lekang di mata pelancong yang datang ke tempat tersebut. Papan-papan tanda juga terpampang memberi peringatan....AIDS KILL.Semasa aku menaiki train ke Germany terpampang notis yang besar..Drug is illegal.Gaya hidup bebas tanpa amalan agama akan membawa kita ke arah kehancuran.

Bersambung...................Semalam Di Kota Kinabalu.

Saturday, June 26, 2010

Salim Bersama Anak Menantu Siti Dayang





















Pagi itu kami bertolak ke rumah emak Siti Dayang dengan tropernya. Ada sebahagian jalan yang belum diturap. Rumahnya dikaki gunung.Biarpun sudah tengahari angin sejuk tetap mengigit kulit kami. Sejuknya terasa hingga ke tulang hitam. Dalam perjalanan kami berselisih buah kereta."Kereta anak saya tu."kata Siti.
Dan kereta itupun berhenti. Pintu dibuka dan keluar sepasang anak muda dengan wajah yang penuh ceria.

"Ini anak saya,Alvin,ni Dezeree.'' kata Siti. Kami sempat bergambar bersama anak menantunya.

Aku Bersama Momin Dihari Perkahwinan Anak Lelakinya
















Hari itu Momin cukup sibuk.
Hari yang bersejarah.
Kali pertama menerima menantu.
Pun begitu Momin tetap sudi meluangkan masa untuk bergambar dihari yang penuh bersejarah ini.


Wan Zainuddin PIS 79/80

Orangnya tidak tinggi dan tidak rendah.Badannya agak kurus.Dia begitu aktif mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti yang dijalankan semasa di college.Jangan cuba provokasi dia nanti apa yang ada di tangannya akan terbang.Itu 30 tahun yang lalu.Aku dan mamsin juga perlu hati-hati bila berbicara dengannya.Jangan ada yang tidak puas hati.Walaupun aku dan mamsin pernah berguru tetapi kami belum lagi belajar cara mengelak piring terbang atau pinggan terbang.

Pertama kali aku bertemu dengannya selepas 30 tahun tidak berjumpa aku hampir tidak mengenalinya. Wajahnya tetap ceria.Dia banyak berfikir. Sekarang sedang menyiapkan thesis PHDnya. Shabas seorang lagi sahabat kita akan bergelar Dr.... Terlalu lama tidak berjumpa.Segala-galanya telah berubah.Dia bijak berbicara dan pandai mengambil hati.Semasa bersamanya kami merakamkan semula segala peristiwa yang pernah kami alami .Masing-masing menceritakan pengalaman suka duka sambil menikmati hidangan di Starbuck City mall, Loyang. Kami berbicara loghat Penang yang masih pekat.Kami menjadi tumpuan pengunjung cafe tersebut yang terdiri daripada anak muda dan gadis remaja.Mereka tentu hairan melihat telatah kami yang boleh di panggil 'Datuk'.Kegembiraan terukir di wajah masing-masing apabila dapat bertemu kembali seakan-akan pertemuan 30 tahun dulu semasa kami sedang'melepak' di bawah rumpun buluh yang kini telah lenyap.Di situlah tempat mamsin lari lintang pukang..................

Dia begitu baik hati menempah bilik hotel 5 bintang di KK selama 2 malam.Malam itu kami t berada di tempat yang sungguh exclusive yang di sponsor oleh sahabat kami iatu abang Wan atau Wan Zainuddin.Budi baiknya akan tetap dikenang selamanya.Kami juga di bawa berjalan-jalan di sekitar KK. Ayuh kita lihat wajah cerianya semasa minum malam di starbuck Loyang

Monday, June 21, 2010

Beginilah Jadinya










Orangnya tidak ada kaitan dengan Bung Tomo tokoh ternama Republik Indonesia. Tapi khabarnya adalah bau-bau bacang dengan Wak Amin yang hanjut ke Maktab Gaya lalu dimasukkan ke wad PMIA 79/80.

Maka diriwayat orang tiadalah dia mahu menjadi guru adanya. Semasa dimaktab orang ini(lihatlah gambarnya disudut kiri itu) sangatlah pemalu. Hanjut dan dipunggut orang di lapangan terbang Kota Kinabalu lalu dalam keadaan duka nistapa dimasukkan ke wad PMIA 79/80.

Nama timang-timangannya Kamal. Nama glamornya Ah Chong kata orang yang ahlul ahli.
Setelah 12 purnama di Istana Hinggap 'Bukit Gaya' hatinya tergoda kena penahan cinta seorang sumandak keturunan Dusun. Cantik manis orangnya.Kelu lidah untuk berkata-kata.Memendam rasa. Tiada kira malam dan siang. Makan tidak lalu. Tidur lena-lena ayam. Badannya tiada naik. Semakin hari semakin kurus. Segala ramuan ubat penawar Cina,Melayu dan allopathy dimakan.
Tiada yang makul.
Segala tabib,segala dukun,segala sinsih,segala doktor ditemui tiada juga sembuh. Maka dikhabarkan orang ada seorang ahlul nujum dari negari entah berantah,termasyhur dari masyrik ke magrib. Segala haji dan lebai memanggilnya Belalang @ Pak Belalang namanya. Maka diminta oleh Bung Zahari disekan apakah penyakitnya. Maka dibuka pustakanya dan ditenung dalam kitab tajul al tahu. Maka berkatalah ahlul nujum itu," Tuan ini diserang penyakit "Layla Majnun" dan menurut ilmu yang ada pada hamba tiadalah ubat buat masa kini. Tapi ada ubatnya, kerana menurut guru hamba dari Gunung Jerai setiap penyakit ada ubatnya melainkan tua dan mati sahaja. Pertama Tuan hamba,Zahari Bin Abdul Manan kenalah bersabar. Menurut firasat hamba akan datang perawan dari Bukit Baling daerahnya, Kupang nama tempatnya. (bersambung)

Kata pantun Melayu,
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau kita berfikir panjang
Bolehlah kita menulis lagi.
(Apoloji kepada pujangga Melayu yang namanya tidak dikenali)

Ditulis oleh Shakir Md Taha(penulis tak terkenal)


Angin Sejuk Menampar Muka Di Kundasang

"Di Kundasang nanti ada Siti, dia 'jaga' kamu di sana."kata kawanku yang kini sudah bertaitel pengetua. Suaranya selembut dahulu,cumanya saiznya sudah XL.Tetap peramah. Sharina namanya.

Perjalanan ke Kundasang telah dikisahkan Tuan Salim. Di sini aku cuma sekadar menambah sahaja. Seperti kata pengarang kitab Sejarah Melayu,"nanti jemulah segala yang membacanya,maka tiadalah hamba menambah yang tiada ada."

Kami bertolak dari stesyen teksi Padang Bandaran,Kota Kinabalu pada jam 2.30 sore. Sharina yang menghantar kami ke situ.Turut sama menghantar kami Soraya, senior MPG. Di situ ada bas dan teksi. Kami memilih teksi kerana lebih cepat dan mudah. Tambang ke Kundasang RM20.00 seorang. Kami mengucapkan terima kasih kepada Sharina. Aku merenung wajah Sharina sebelum bertolak nampak semacam kerisauan. Dalam hati aku berkata,"insyaLlah kami selamat sampai ke Kundasang."

Alimun pemandu teksi kami memandu dengan agak laju. Dia pernah bekerja di Tajung Malim,Perak dengan Proton. Bila ada kesempatan dia akan memotong trailer satu demi satu. Jalanraya bengkang bengkok seperti ular kena palu. Salim nampak keletih dan pening-pening(Aku lupa nak beri ubat perancang kat Salim,maaf ya Tuan Salim). Angin sejuk terus menampar muka apabila cermin teksi dibuka. Salim kesejukan tapi aku tidak terasa. Aku asyik memerhati awan putih yang terapung di Gunung Kinabalu dan pohon-pohonnya yang kaya dengan kehijauan.Terasa tenang dan damai.

Sekali sekala aku sms kepada Siti Dayang yang kini menjadi Guru Besar di SK Kinasaraban. Di Kampung Kinasaraban kami dibawa oleh Siti ke majlis kenduri perkahwinan setelah bermalam di Hotel Cottage.

Pemandu teksi memecut laju. Perjalanan masih jauh. Ada waktunya kabus menutupi perjalanan kami. Di kaki Gunung Kinabalu nampak rumah orang Dusun yang pandai tertani. Rumahnya kelihatan tersusun rapi. Di kawasan lembah Gunung kelihatan sayur-sayuran melambai-lambai kepada kami. Daun-daunnya penuh kehijauan. Segar mata memandang.

"Dayang kami sudah sampai di Kundasang Kafe,"kataku. Oleh kerana terlalu haus Aku dan Salim terus meminta minum panas. Minuman panas di sini cepat sejuk.

"AssalamuAlaikum," aku jadi tergamam hingga tidak mampu berkata-kata kepada wanita yang berbaju putih,bertudung coklat,beranak tudung hitam itu. Dalam fikiran aku tentunya wanita ini
sudah bersaiz XL. Tapi sebaliknya,seperti tahun 80an dahulu. Cumanya sekarang ini berkacamata. Itulah Siti Dayang Suhaimin yang pada suatu dahulu menjadi exco tertinggi maktab perguruan gaya(Setiausaha Asrama Perempuan) dan rakan sekelas dengan Aku ,Salim dan Mamsin.

"Katanya,"Shakiiirr kalaulah kau perempuan aku sudah peluk kau." Aku membalas balik,"kena buat pembedahanlah." Kami ketawa berderai.

BERSAMBUNG

Tajuk: Aku 'tahan' oleh 'kaki pukul' di Ranau Inn

Sunday, June 20, 2010

Seorang Wanita Di Kaki Gunung

Kau masih ayu.Tutur katamu lembut selembut angin malam.Di sebalik wajahmu yang ayu tertanam sifat ketabahan,kecekalan mengharungi hidup suka duka dan akhirnya kau berjaya menjadi wanita tabah. Aku amat kagum dan terharu apabila pertama kali bertemu dengannya.Dia begitu mesra dan berperwatakan menarik seperti dulu.Aku masih lagi dapat mengenali wajahnya.Badannya maintain.Bersopan santun.
Itulah Srikandi Maktab perguruan gaya kelas Pis 79/80 .....Siti Dayang.........
Kami menerima telepon darinya sebelum bertolak dari KK.Apa yang telah diceritakan oleh Tuan Syakir perjalanan dari KK ke Kundasang mengambil masa lebih 2 setengah jam. Jalannya bengkang-bengkok.Jalanraya agak sibuk dan teksi di bawa laju di sepanjang jalan raya yang berbukit-bukau.Pemandangan sungguh menakjubkan.Kemuncak Gunung Kinabalu tersergam indah diliputi awan.Kami dapat lihat beberapa penempatan masyarakat Dusun di lereng-lereng bukit.Adakalanya perjalanan agak perlahan disebabkan gangguan lori terler .Maka berbaris-baris kenderaan kerana tidak dapat memotong.Cuaca di luar terasa begitu dingin.Hembusan angin Gunung Kinabalu menusuk hingga ke tulang .Aku mulai merasa pening waktu itu disebabkan jalan yangbengkang-bengkok.Tidur sekejap.
Aku cuba untuk mengenang kembali nostalgia dan kenangan silam semasa kami sama-sama berada di dalam kelas yang sama.Dia seorang pelajar yang rajin dan aktif.Dia pandai berbicara dan selalu menjadi 'MC' di setiap majlis keramaian yang diadakan.
Kami sampai di Kundasang selepas dua jam perjalanan.Kami singgah di sebuah restoran.Restoran ini milik keluarganya.Aku menerima telepon darinya dan dia hampir tiba di destinasi yang dijanjikan
.
Akhirnya kami dipertemukan dan perasaan terharu bercampur gembir terukir di wajah masing-masing.Begitu lama kita terpisah. Aku sangkakan dia telah berubah dari segi fizikal.Rupa-rupanya aku tersalah.Aku cuma dapat bayangkan wajahnya yang tetap ayu seperti dulu ketika itu. Aku terpegun. 30 tahun terlalu lama perjalanan ini..Perjalanan hidup kita selama 30 tahun mengharungi onak dan duri.Hari ini aku bertemu dengan seorang wanita yang tabah.
Kemesraan antara kita di pertemuan itu selepas 30 tahun menjadi sejarah di arena persahabatan.Aku berdoa ke hadrat ilahi semoga terjalin persahabatan ikhlas sehingga akhir hayat.
Selepas makan tengahari kami di bawa olehnya ke Cottage Hotel dengan kadar rm150 semalam.Hotelnya terletak di paras yang agak tinggi.Tempatnya sejuk.Di luar jendela kami dapat lihat rumah-rumah kaum dusun dan dapat menghirup angin Kinabalu yang dingin.Terasa sungguh nyaman. Di belakang penempatan tersebut tersergam indah Gunung Kinabalu. Di situ terletak rumah Paulina.Pemandangan cukup indah.
Semasa di Kundasang kami menerima sms dari Mamsin.Smsnya bertubi-tubi.Agaknya dia juga kerinduan.Di sini banyak kubis....mamsin.Aku tahu kau lebih gemar nasi kandar macam Non Robert.
Bersambung............

Semalam Di Pulau Gaya, Kota Kinabalu



Kini kita dipertemukan semula selepas sekian lama menghilang diri bukan merajuk.Kita dipisahkan oleh Laut Cina Selatan.Kami terharu apabila bertemu dengan mereka yang masih kekal dengan perwatakan yang sama dan mesra ..cuma wajah telah berubah.Kami juga sukar mengenali mereka sekiranya bertemu di perjalanan.Itulah hakikat sebenar kehidupan.Bermula akan berakhir.Kami tetap bersyukur ke hadrat ilahi kerana perjalanan dipermudahkan.Pertemuan dipermudahkan.Ikatan persahabatan mula terjalin.Segalanya-galanya berjalan lancar .Walaupun tempat-tempat yang menarik seperti Kundasaang dan Ranau menjadi impian kami untuk bermastautin di tempat itu disebabkan ciri-ciri bentuk mukabumi dan cuacu sejuk yang membuatkan kami jatuh hati dengan alam sekeliling.Tidak dapat kami gambarkan keindahan alam semulajadi dan nilai-nilai kemanusiaan yang masih kekal di kalangan penduduk sewaktu kami berada di sini.Mereka begitu commited dengan tugas dan mendapat sokongan padu daripada penduduk setempat.Inilah ciri-ciri dan nilai kehidupan yang di tanam oleh masyarakat sini.Semoga Sabah maju jaya.


Kami melawat sekolah-sekolah di sini dan kebanyakan Pengetua dan Guru Besar adalah mereka yang kami kenal rapat....Begitu juga dengan Pengarah Pelajaran sabah yang begitu rapat dengan Tuan Syakir.
Kunjungan kami ke Pulau Gaya adalah nostalgia bagi kami.Aku pernah datang ke Pulau itu 30 tahun yang lalu berjumpa dengan Ustaz Abdul Rahman dan bermalam di sini.Aku bertemu dengan Bomoh Kilan yang amat handal dan terkenal.Sejak itu aku selalu berkunjung ke Pulau itu.. Hembusan angin laut yang nyaman disusuli dengan pemandangan yang indah. Kemesraan penduduk membuatkan kami sukar untuk melangkah keluar.Perjalanan ke Pulau Gaya cuma rm2 seorang tapi kami diminta bayar rm10. Kami menaiki bot yang dimiliki orang keturunan Filipina.Tak apalah Tuan Syakir kita sedekah sajalah.


Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat
kami yang banyak membantu kami ,belanja makan,membawa kami bersiar-siar.Semua nama yang dicatatkan oleh Tuan Syakir ada berkaitan.Merekalah sahabat kami dunia dan akhirat.Budi baik kalian akan tetap dikenang sepanjang hayat.


Encik Taidain dan sdr Momin telah membuat kami ceria sebelum berangkat.Mariana telah membawa kami membeli-belah di pasar Filipin pada pagi itu.Aku dan Shakir membeli hadiah istimewa untuk isteri.Maklum sajalah sudah lebih seminggu kami berpisah. Rindu teramat rindu......Jaafar Osman (Guru Besar SRK Bukit Padang) telah bersama kami di sebuah restoran.Itulah makanan yang pernah aku jamah 30 tahun yang lalu.Empat puluh lima minit lagi kami akan berangkat di dalam keadaan hujan renyai-renyai.Selamat tinggal negeri di bawah bayu.Kami akan kembali ke tempat asal menghadapi kehidupan yang sebenar bersama anak-anak dan isteri-isteri.


Siti Dayang,Paulina , Hartini,Fauziah Jepun,Wan Zainuddin,Taidin Suhaimin, Jaafar Osman , Suhaindo, Burn , Nasir,Momin dan Mariana, Siti Salmiah dan Sumardi ,Mustapha Johan dan Samatra...Jasmen ilahan (kau sudah jadi orang Penang bah..) Wajah-wajah kamu masih terbayang-bayang di ruang mata.Umur panjang kita ketemu lagi.

.
akan bersambung..............lebih daripada 20 rakaman videos yang akan dimasukkan ke dalam blog ini. Jangan lupa buka blog ini.

Bergambar Di Rumah Sharina

Selepas majlis kenduri di rumah Momin dan Marianah kami berjalan kaki pulang ke rumah Sharina. Di hadapan rumah Sharina aku lihat wajah yang pernah aku kenali.Memang aku pernah dilihat wajah ini. Dia berkaca matagelap. Cuacana panas.

Aku hanya memandang dari jauh. Aliran fikiran ku menari-nari mencari siapakah geragan wajah ini. Tak beberapa kemudian arus jalannya menuju ke rumah Sharina. Dia masuk ke rumah dan bersalaman. Sharina memperkenalkan,"Senior kita,Suraya." kata Sharina.

Sharina menghantar kami pulang ke Padang Bandaran,Kota Kinabalu. Suraya ikut sama. Dia sekarang di Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu. Cukup berminat bincang pasal isu semasa. Beliau sentiasa mengikut perkembangan politik semasa di Semenanjung.

Kami tiba di stesyen teksi Padang Bandaran,Kota Kinabalu untuk menuju ke Kundasang. Perjalanan ke Kundasang agak perlahan. Kata pemandu teksi kami, Alimun kalau tiada 'gangguan' lori dia boleh pecut laju. Perjalanan ke Kundasang memakan masa selama 2 jam. Siti Dayang Suhaimin menunggu kami di Kundasang,"berhenti di Kundasang Kafe",pesannya kepada kami melalui hanfon.
BERSAMBUNG: Kami di Kundasang.

Saturday, June 19, 2010

Remember Yesteryear

Sekadar Mengimbau Kenangan Shakir & Salim
Ke MPG Jun 2010

Biarpun mereka berdua sahaja yg ke sana, rasanya kita juga dapat merasainya melalui kiriman khabar berita dari mereka.
Selamat Pulang KeTanah Air.

Dihari Majlis Perkahwinan Anak lelaki Momin dan Marianah



Aku dan Salim dihari majlis perkahwinan anak lelaki Momin dan Marianah. Cuaca cukup cantik
Sebelum itu hujan turun pagi dan petang. Aku dan Salim agak risau juga dengan cuaca yang tidak menentu. Kami bersyukur kepada Allah yang mengurnai cuaca girang pada hari itu. Cerang dan tenang.

Kami singgah sebentar dirumah Sharina dan bertemu dengan suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Suraya(senior,SRT) dirumah Sharina sebelum jamuan makan.

Friday, June 18, 2010

KAMI ANAK DIDIK LEPASAN INSTITUT PERGURUAN GAYA
















Di sinilah kami didewasakan dengan ilmu.
Di sinilah 30 tahun yang lalu dihari
pertama menjejak kaki lalu bercucuran airmata membasahi pipi.
Di sinilah kami makan bersama.Tidur bersama dengan mimpi yang berlainan selama 2 tahun.

Selepas 2 tahun kami 'dilepaskan' ke gelanggang persilatan pendidikan untuk berdepan dengan masyarkat.


Dan sepanjang perjalanan selama 9 hari mencari rakan semaktab Aku dan Salim berjaya menemui lebih daripada satu tem bolasepak
Mereka yang kami temui.
1.Sharina Majimin dan suami
2.Marianah Yusof
3.Wan Zainuddin
4.Siti Dayang Suhaimin
5.Fauziah Sulaiman
6.Hartini Salikan
7.Mumin(suami Marina Yusof)
8.Suhaindo
9.Hashimah Sadi
10.Samatra
11.Bakar Tahir(78/79) dan isteri
12.Nasir Ghani
13.Emy Durod
14.Jasmin Elahan
15.Siti Salmiah dan suami
16.Jaafar Othman
17.Mustafa Johan

Hanya berbual dalam telefon

1.Liasin Kaluh
2.Annuar Raden
3.Charles Spawa
4.Nusia Martin (sakit)

Rakan Homeopathy
1. Raja Ahmad Shah Bin Raja Abd.Rahman(Medigate Sdn Bhd )

Dalam lawatan ke Tenom Aku bertemu dengan mantan Pengetua SMJK Chung Hwa,Puan Chiam Mei Yiam dan bekas kerani(sekarang pegawai pembantu tadbir). Puan Chiam masih sihat dan mampu menguruskan kedai runcitnya.





Wednesday, June 16, 2010

Fasa-fasa Kehidupan - 3 + 1


Salam Kembali Teman-teman MPG 79/80, KK.

Ketika sahabat kita Sdr Shakir dan Salim menyingkap kembali teman2 lama yg dah 30 tahun ditengelami zaman, aku terfikir pd satu ceramah agama yg pernah aku hadiri, mungkin boleh kita renungkan dan kongsi bersama kebaikannya. Insyallah...

Bahawa umur purata kita adalah mengikut nabi Muhammad SAW iaitu sekitar 60 tahun. Maka adalah pulak bijak pandai membahagikannya umur itu kepada 3 Fasa + 1 fasa bonus.

FASA 1 - sejak dilahirkan hingga Umur merdeka ( 0 - 21 tahun )
FASA 2 - merdeka hingga peluang kedua - where life begins again at 40 - 2nd chance ( 21 - 40 tahun )
FASA 3 - macam umur kita sekarang ( 40 - 60 tahun )
FASA + 1 ( bonus ) dah pencen, dah tua dan menanti masa ( 60 tahun ke atas )

FASA 1 ialah segala bekalan ilmu dunia akhirat, asas kehidupan dan tunjuk ajar dari individu lain. Ajaran ibubapa sejak kecil di rumah, cikgu di sekolah, rakan sebaya, rakan sepermainan dan seumpamanya. Tiada dosa dan salah pd ketika ini. Semua perbuatan kita akan ditanggung oleh yg bertanggungjawab terhadap kita. Waktu ini paling seronok dan menyeronokan. Kalau dalam P&P ini dikira set induksi la kononnya. Baru nak mula segala-galanya.

FASA 2 ialah ekoran dari FASA 1, dengan berbekalkan segala tunjuk ajar, pengetahuan sedia ada dan sudah mula mengambil keputusan sendiri. Segala apa yg kita lakukan akan ditanggung sendiri. Pada waktu ini kita banyak mencuba, terkena, menjadi, terjerumus dan sebagainya. Padah dan keuntungan kita yg dapat sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kalau dlm P&P dah mula pengajaran sebenar, segalanya dihitung di sini. Waktu ini kita dah berdikari dan bebas sebebas-bebasnya. Keputusan tindakan adalah pd tangan dan hati kita.

FASA 3 ialah keputusan dari kelakuan FASA 2, awas teman2, ini dah waktu liputan kita !. Segalanya akan ditentukan pd waktu ini jika dpt hikmah dari NYA. Apa kata org tu, dunia balas dunia. Untungla kalau begini sbb masih boleh perbaiki kesilapan di FASA 2. Kalau P&P tu, ini dah masuk bahgian refleksi, mengukur kembali samada perlu dibaiki atau meneruskan amalan sedia ada. Mudah2an kita selamat dan berada dilandasan yg betul. Selepas ini, kita berserah.

FASA + Bonos ialah saki baki dari kehidupan melebihi 60 tahun. Menanti masa sbb FASA 3 sudah selesai. Selebihnya adalah bonos. Kalau P&P kira mcm pengayaan la gitu. Biasanya jika dapat hidayah semasa FASA 2 atau 3, pada ketika FASA bonos ni lah kita menyudahkannya. kalau org Utara dan mula memondok la ( mengaji agama di sekolah Pondok )

FASA Tamat - Tamat la kisah hidup kita di alam diniawi ni. Aku doakan semoga kita dimasukkan ke dalam pihak yg menguntungkan . Aminnn ....

Maaf teman2, aku kupas sendiri dari fahaman yg aku terdengar dan faham. Kalau salah, semuanya dari benak fikiran aku semata-mata. Maaf.

Zahari AB Manan.
PMIA 79/80

Tuesday, June 15, 2010

PERJALANAN MENCARI KAWAN-KAWAN

Assalmua'alaikum Sdraku Selepasan Maktab Perguruan Gaya(sekarang Institut).

Didoakan kalian semuanya dirahmatahi Allah.
Hari ini 15 Jun 2010 dan menurut kiraan hari sudah 6 hari Aku berada di Sabah.
Aku dan Salim dengan izin Allah telah berjaya menemui ramai rakan maktab yang bersembunyi dalam kira waktu selama 30 tahun.

Aku dan Salim bersyukur kepada Allah kerana dapat bertemu semula dengan rakan-rakan di Sabah.

Mereka cukup gembira sekali bertemu dengan kami.
Terlalu sukar untuk menulis dengan kata-kata.
Banyak cerita yang terbongkar dan dibongkar.
Dan akhirnya kami ketawa berderai.

Perjalanan agak letih dan melelahkan.
Tapi apa bila bertemu dengan mereka letih dan lelah hilang lenyap.

Setelah hilang dalam hutan belantara masa selama 30 tahun wajah-wajah yang ditemui tentulah mengalami perubahan.
Ada yang bertambah saiznya,
Ada yang mantain saiznya.
Ada yang luntur warna kulitnya,

Tapi tetap ceria dan peramah bila bertemu dengan kami.
Perjalanan kami dipermudah dengan adanya
Saudara Taidin Suhaimin
Wan Zainuddin,
Siti Dayang Suhaimin
Sharina @Paulina,
Momin Awang Damit dan isterinya,Marianah Yusof.

Walaupun kabus masa berarak kami tetap dapat melihat satu demi satu wajah yang pernah kami kenali dan bergurau 30 tahun yang lalu.

BERSAMBUNG.


















Friday, June 11, 2010

Dagang Pak Malau dagang bertempat



Kami tiba di Institut Perguruan Gaya pada pukul 4.30 petang. Masih banyak kereta yang tersusun rapi ditempat letak kereta. Wan Zainuddin yang menjadi pemandu lawatan ini cukup kenal Pengarah Institut Perguruan Gaya,Puan Salmah Binti Abdullah.

Wan memperkenalkan kami kepada Peengarah IPG,Kota Kinabalu. Aku memperkenal diri,graduan IPG pada 79/80. Beliau cukup peramah. Dibawanya kami melawat bahagian pentadbiran IPG Kota Kinabalu. Bilik pensyarah Bahasa Inggeris sudah diubah suai menjadi bilik pentadbiran.

Oleh kerana waktu pejabat hampir 'senja' beliau meminta laluan pulang dan memberi kebenaran untuk mengambil gambar disekeliling Institut. Dan pengawal keselamatan lelaki dan perempuan cukup mesra dengan bila ditahu kami adalah lepasan Institut pada tahun 79/80. Kami datang semula setelah 30 tahun untuk menagih rindu.

Thursday, June 10, 2010

Bersama Encik Taidin Suhaimin di Restoran Nasi Padang Ibu,Kota Kinabalu.Taidin,abang kepada Siti Dayang Suhaimin.Beliau adalah rakan baik Salim semasa di United Kingdom. Kami makan tengahari bersama beliau.

Wednesday, June 9, 2010

Shakir & Salim in Sabah

Both of them are already in Sabah at the moment. They flew AirAsia fr LCCT at 11 this morning. They were met on arrival at KK Airport by CT Dayang's brother who happens to be Salim's buddy. More news will follow.

Kenangan Lama Mengusik Jiwa

Just For Fun

Monday, June 7, 2010

Come Wednesday, 9 June, off to the Land Below the Wind for Salim & Shakir for a week of ... soul searching .... looking for long lost souls, ha ha ha ...



Aku betul-betul teringin nak ikut ... hopefully can join 'em later ...

Nostalgia MPG 79-80

Hanya sekadar suka-suka. Cubaan movie.



Maaf, kalau download lambat - Berat !!

Sunday, June 6, 2010

CERITA MELALUI GAMBAR

Aku yang telah berada di SABAH Negeri di Bawah Bayu sejak 1 Feb 1979 hingga KINI. Banyak CERITA nak kongsi.....











Gunung KINABALU yang tak pernah berubah. Kita geng PIS mesti ramai yang dah berubah.



RANAU YANG SEJUK DAN BANYAK SEJARAH BUAT KEKAWAN KITA

DAERAH TELUPID/TONGOD YANG MENINGGALKAN KENANGAN MANIS SETENGAH RAKAN KITA.

SIMPANG BATU 32 JALAN SANDAKAN TELUPID/LAHAD DATU (INTERCHANGE KK-SDK-TWU) TEMPAT MAMSIN, SALIM DAN GENG SANDAKAN KEKADANG LEPAK .... ADA LAH TU.


ADA LAGI. ....... NANTI AKU KONGSI CERITA MELALUI GAMBAR DENGAN KALIAN... BANYAK LAGI GENG.
Wan Z

Saturday, June 5, 2010

Bapa Pembangunan Malaysia


Siapakah Bapa Pemodenan Malaysia? Beliau ialah Tun Dr. Mahathir bin Hj. Mohamad. Di manakah beliau dilahirkan? Beliau dilahirkan di sebuah rumah di Lorong Kilang Ais,Seberang Perak,Alor Setar,Kedah pada 20 Disember 1925.
Tun Dr. Mohathir amat popular di kalangan pemimpin dunia.Seorang politikus Malaysia dan merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke empat dari 16 Julai 1981 hingga 31 oktober 2003. Tahun 1981 semasa kita mula bertugas sebagai guru.Beliau terkenal sebagai Bapa Pemodenan dan pembangunan Malaysia.
Di zaman kegemilangan beliau terbina bangunan tertinggi di dunia iaitu Twin Towers dan jambatan yang ketiga terpanjang di dunia iaitu Jambatan Tamparuli.Bukan. Jambatan Pulau Pinang.Beliau meletakkan jawatan sebagai PM pada 31 oktober 2003 dan digantikan oleh Datuk Abdullah Ahmad Badawi.
Tahun 1989 beliau ke London bertemu pelajar Malaysia .Siapakah yang di sebelah kananTun Dr. Mahathir? Tuan Shakir sila jawab............

Wednesday, June 2, 2010

Aku Tak Mau Jadi Cikgu




Episod 1 : Aku Nak Balikk... !!!

Se awal umur 19 tahun, aku telah meninggalkan kampung halaman kerana menyahut panggilan Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu. Sabah. Aku tak minat nak jadi cikgu, tapi apa nak buat ! ayahanda dan bonda yang suruh, ikut aje laa..

Di airport KK, aku disambut dgn baik dan senyum simpul oleh Majlis Pelajar MPG. Tappiiiii...... sampai aje di maktab.. tu diaa... !!! beg aku tah ke mana !, senyuman mesra dia org tadi tu tah ke mana !!. AKu diseret ke hulu ke hilir oleh seniur2 yg lapar lagi ganas !. Dia org ni bukan saja orentet, malah ragging gila punya. Main saiko dan marah2 aje kerjanya. bayangkan, dari subuh hari aku bertolak dari rumah dgn linangan air mata ayah ibu dan adik2, tiba2 macam ni pulak jadinya. Jam 12 tgh malam, baru aku dapat ke bilik penginapanku iaitu Bilik 004 atas LG. Lembik aku dikeroyok seniur2 tu. Aku Nak Balikk... !!!!

Kau org pun dah rasa macam mana kita diganyang. kalau la aku ada kekuatan luarbiasa, org2 mcm King Rudra, Nomad Tuaran, Ghani Kota, dan ramai lagi seniur bengis yang aku dah erase nama mereka dlm memori ku, akan aku fire dgn kuasa ultraman - teknik silang tangan berhambur bunga api pd mereka. Tapii... apa kan daya, aku hanya manusia biasa2 aje. Lemah dan tak berdaya maya. Sebab tuuu... Aku Nak Balikk... !!!!!

Namun, aku insaf, biarpun aku pernah memaki hamun mereka dalam hati, mendoakan mereka dihancurkan dari bumi ini, mengharap agar mereka tidak selamat hidup dan byk lagi kata2 nista dan sumpah seranah yg tak gamak aku katakan di sini setimpal dgn apa yg telah mereka lakukan, mereka ni baik ! ( baik ada makna tu ) mungkin takut dipulau atau didendami selepas itu. Ada ramai seniur yg baik dan bersopan seperti abang seniur sebilik ku iaitu abg mastan ahmad of Weston dan abg ali Ghaffar of Beaufort. Seniur2 kadazan dusun yg offer aku rasa air tapai dalam tempayan kecil yg disedut dgn batang betik. Aku tak minum, cumaa jamah sikit aje sebagai tanda persahabatan. Eeeeeee... haaa... Abasi Montok Liauu.... ( agaknya la tu ), mcm telinga kena tampar kucing, berdengungggg.... ingatkan mcm tapai di kampung, lain rupanya.
Malamnya, aku dah kira duit simpanan akaun bank simpanan pej pos, cukup tambang fligt ekonomi malam. Aku nekad... Aku Nak Balikk... !!!

Aku tanya pd abg Ali Ghaffar, macam mana nak pergi KK, ambil duit simpanan, dan booking tiket MAS. Aku tak tahan lagi dah, nak balik.. Nahhh.... kau !, kena taskirah aku olehnya. Jgn begitu, jgn begini, nanti itu, nanti ini, nyesal la, sabar la, dugaan la, tak jantan laaa.. . Hisshhhh.... lemah pulak aku dibuatnya !. Tak cukup dgn itu, dipanggilnya pulak yaa maulana janggut ( opsyen matematik ), taskirah lagiiii..... . Terkedu aku sampai jam 4 pg. Sikit lagi ni karang, nak kena hadap seniur2 buas tu.

Alhamdullilah, tamat juga akhirnya orentasi setelah sebulan lebih. Pada masa tu, MAS mogok. Tiada flight ke Sabah dr Semenanjung, sbb itu ramai freshie terkandas dan belum sampai. kami yg sampai awal ni, jgn katakan garing, hangus dan rentung dibakar seniur. Biarpun tamat orentasi, masih tersemat di hati, Aku Nak Balik !!

Abang2 seniur yg pernah meragging aku, aku pohon ampun dan maaf kerana telah menyumpah, memaki seranah serta mendoakan yg tidak baik buat kalian. Terfikir pulak aku, aku jauh lebih zalim dari mereka yg menyakiti hati aku ketika itu. Jika sumpahan ku dan rakan2ku ( kalau menjadi ) membuatkan hidupmu susah dan perit, aku pohon maaf. Ampunn.. Ampunn.. Ampunnn.... !!!. Untuk pengetahuan seniurku, aku dah maafkan kalian 6 tahun kemudian, setelah aku pulang ke Johor.
Akhirnya... Aku Dah Balikk... !!!!!

....bersambung, Episod 2 : aku Tak mau Jadi Cikgu !!

Luah rasa terpendam semasa freshie 79/80
Zahari Ab Manan - PMIA.


Tuesday, June 1, 2010

Episod 2 : Aku Tak Mau jadi Cikgu

Alhamdullilah, akhirnya tamat juga kesengsaraan bulan orentasi sesi 79/80 gila tu !!. Aku memang serik dengan orentasi sebegitu rupa, namun life must go on, memang la, sembang senang beb, tapi yg menanggung ni, sendiri aje yg tahu. Lantaran itu, sejak hari pertama aku jejakkan kaki di bumi Gaya College, aku dah patah semangat, Aku tak mau jadi cikgu !

Teringat aku peristewa semasa kami merasakan, belajar di maktab nak jadi cikgu ni, tah apa2 la. Ada seorg pensyarah gantian perempuan, mengajar bahasa, cukup bosan dan memenatkan. Dibuatnya kami mcm budak2 sekolah, diajarnya penjodoh bilangan la, pantun la, bidalan kata la, dan entah apa2 lagi. Jadi, atas hasutan kawan2 sePMIA, aku memulakan kata2 provokasi kpd pensyarah tu dgn mengatakan P&P nya bosan dan kami pd masa itu tak faham pedagogi yg disampaikan untuk diajar pd pelajar kelak. Pada mulanya dia mcm terima, tapi ransangan kwn2 lain yg menokok tambah dan mengkritik gila, dia mula merah telinga dan menangis. Habiss... aku kata, aku, bahauddin, Salmah, Jaafar, Azmi, siti salmiah dan ramai lagi dah mula gelabah. Memang betul, keesokan harinya kami dipanggil seorg2 ke Jabatan bahasa yg kemudiannya dibasuh suci bersih oleh En Adnan. Yg lain akur minta maaf kecuali aku dan bahauddin yg kena buat maaf rasmi, bengkak betul hati masa tu, Kami buat juga surat tu, tapi tak ikhlas, kami masukkan surat tu bawah pintu pd waktu cuti selepas merenyuk2 beberapa kali. Pada masa itu aku mula patah semangat nak jadi cikgu.

Masa praktikal pun satu hal, aku kena di SMK Lok Yuk, Likas. Budak2 masyallah !! huakbar ! Aktif terlajak ! Aku, Allih Marjaman, Rosli Prof Ayam dan ramai lagi opsyen lain naik Van kura2 maktab ke sana. Dengan bekalan ilmu yg ada sekadarnya, kami pun berjuang ibarat org plastine baling batu dgn askar Israel yg bersenjata canggih. Tak ada satu pun ilmu maktab dapat aku gunakan, apatah lagi budak2 tak faham langsung cakap melayu pelat TV3. Semasa aku diobserve oleh ketua Jabatan Bahasa - En Adnan, tah apa yg tak disetujunya, dia menghempas bag james bond yg salalu dibawanya lalu beredar dari kelas peralihan tu. Aku terpinga2, apahal dia ni. Esok, aku dipanggil ke pejabat utk dibasuh. BUKAN !! begitu cara awak ajar budak2. ( topik peribahasa - mendukung biawak hidup - cuba anak2 murid dukung biawak yg hidup, susah tak ?, nahh.. begitu la rasanya mendukung biawak hidup, faham semua !!! . ) Dah ! aku kata, macam mana lagi, itu aje cara yg aku tau, macam cikgu aku ajar dulu tu la. Dia punya tenung muka aku, mcm nak cair dibuatnya. sebab itu awak mesti ada ilmu, semasa micro dalam kelas buat tak kisah, Tak cukup dgn lecture extra, Ust kamaruddin pun kebetulan ada, menambah mengikut laras bahasa Arabnya. Senoning aku, bertambah2 la perasaan aku tak mau jadi cikgu.
Tahun 2 selepas posting, baru la aku faham cara mengajar bahasa pd budak2 yg bukan dr bahasa ibundanya. Kenapala aku sengal sangat pd masa tu.???.

En Jalil concord pun satu hal juga, dengan tikus putih la, monyet mkn pisang pakai galah la, anjing meleleh air liur la, tah berapa byk punya haiwan uji kaji, satu pun kami tak faham apa kaitannya dgn P&P di sekoalah kelak. Mengimbas kembali ketika itu, byk yg aku tak faham. Dah keluar masuk U baru la semuanya dtg, oo patut la mcm tu, ooo patut la ini, semuannya oo, ooo. Tapi kemudiannya, ia byk membantu aku memahami isi topik yg disampaikan masa kuliah di U, dr kesilapan lalu.

Itu, belum lagi peristewa dgn pensyarah pompuan Jepun ajar PJ, ngendap pensyarah Mat salleh of Amerika dr ops SP. Pensyarah Jerman - matematik dan byk lagi. Mcm itik dgn ayam menyembang, yg dengar lembu dgn kambing. payahhh....

Masa di SMK Bugaya, Semporna, aku amat seronok. Dah dpt gaji, apa taknya.!!. Aku sayang dgn anak2 murid bajau. Mereka baik dan amat menghormati guru2nya. Ada sekali tu, anak murid aku bernama Sarang Patah - pompuan tidak hadir ke sekolah, aku tanya kenapa ?, bekas nenekku meninggal bah cikgu ! katanya. Aku templak, kan awal tahun sudah meninggal ?!!. Bah cikgu ini, kan nenek ku ada 4, baru pergi 2, ada 2 lagi kan !! Tak terkata aku dgn budget budak ni, wawasannya jauh..
Yang seorg lagi lelaki, Buslangan Ambutung, Kau apa hal pulak ?. Anu cikguh, bekas meneman beliauku ke laut menangkap raing. Kasian si beliau bah, ka ongan ( seorg )ke laut menangkap raing ( ikan ). Belum sempat aku meragging budak ni, dah dihulurnya sesuatu yg tak dpt aku tolak. Nah cikguh, beliau kirim salam, ni ada sikit ole2. Ikan kering kurau, suatu jenis suapan yang tidak boleh aku tepis. Bah !, lain kali jgn dibiar beliau kau seorg2 ke laut. kesian dia kaongan. ddusshhh..... !!!
Tahun ni dah 2010, 30 tahun berlalu. gaji dah besar berbanding dulu RM465.65 sebulan, ngajar dah no hal, tengah drive dah boleh fikir topik apa nak diajar, budak2 sekolah bestari, suruh aje, pasti jadi. Aku pun dah GC Geografi. nak apa lagi, masih lagi tak nak jadi cikgu ???.

Pengalaman dulu semasa di Gaya, Semporna, Sabah sebenarnya menjadikan aku sekarang ini. Aku bersyukur. Alhamdullilah !!! Tapi kalau boleh aku tak nak jadi cikgu, aku nak pencen !.

Aku dah terjebak jauh!! . Mati pun masih dipanggil cikgu.

Bersyukurlan dgn apa yg ada. salam teman lama.

Gambar Kalian Masih Segar

Gambar 80an

Salam Kawan-kawan.
Aku doakan kalian semua dirahmatiAllah
Blog Gaya College Class of 78/80 sentiasa dikunjungi oleh kawan dan rakan.
Dalam manis dan pahitnya.
Itu semua perkara biasa.
Adanya waktu Aku dan Mamsin terpaksa delete gambar kawan kita.
Bukan apa-apa.
Itu adalah permintaan mereka.
Seperti kata Mamsin,"Siapa yang kata ok,oklah".
Mamsin tak banyak kerenah.
Dalam pengurusan blog ini Aku selalu berbincang dengan Mamsin dan minta pandangan Salim.
Ada kawan-kawan yang minta disiarkan gambar 80an. Yang lelaki tidak ada masalah.
Mereka tidak banyak kerenah.
Cumanya rakan perempuan.
Suami tak izin.
Gambar lama tu tidak bertudung.
Hampir semua gambar kalian masih ada dalam simpanan Aku.
Aku akan siar setelah berbincang dengan Mamsin dan Salim.