Our Chat Room

Sunday, June 20, 2010

Semalam Di Pulau Gaya, Kota Kinabalu



Kini kita dipertemukan semula selepas sekian lama menghilang diri bukan merajuk.Kita dipisahkan oleh Laut Cina Selatan.Kami terharu apabila bertemu dengan mereka yang masih kekal dengan perwatakan yang sama dan mesra ..cuma wajah telah berubah.Kami juga sukar mengenali mereka sekiranya bertemu di perjalanan.Itulah hakikat sebenar kehidupan.Bermula akan berakhir.Kami tetap bersyukur ke hadrat ilahi kerana perjalanan dipermudahkan.Pertemuan dipermudahkan.Ikatan persahabatan mula terjalin.Segalanya-galanya berjalan lancar .Walaupun tempat-tempat yang menarik seperti Kundasaang dan Ranau menjadi impian kami untuk bermastautin di tempat itu disebabkan ciri-ciri bentuk mukabumi dan cuacu sejuk yang membuatkan kami jatuh hati dengan alam sekeliling.Tidak dapat kami gambarkan keindahan alam semulajadi dan nilai-nilai kemanusiaan yang masih kekal di kalangan penduduk sewaktu kami berada di sini.Mereka begitu commited dengan tugas dan mendapat sokongan padu daripada penduduk setempat.Inilah ciri-ciri dan nilai kehidupan yang di tanam oleh masyarakat sini.Semoga Sabah maju jaya.


Kami melawat sekolah-sekolah di sini dan kebanyakan Pengetua dan Guru Besar adalah mereka yang kami kenal rapat....Begitu juga dengan Pengarah Pelajaran sabah yang begitu rapat dengan Tuan Syakir.
Kunjungan kami ke Pulau Gaya adalah nostalgia bagi kami.Aku pernah datang ke Pulau itu 30 tahun yang lalu berjumpa dengan Ustaz Abdul Rahman dan bermalam di sini.Aku bertemu dengan Bomoh Kilan yang amat handal dan terkenal.Sejak itu aku selalu berkunjung ke Pulau itu.. Hembusan angin laut yang nyaman disusuli dengan pemandangan yang indah. Kemesraan penduduk membuatkan kami sukar untuk melangkah keluar.Perjalanan ke Pulau Gaya cuma rm2 seorang tapi kami diminta bayar rm10. Kami menaiki bot yang dimiliki orang keturunan Filipina.Tak apalah Tuan Syakir kita sedekah sajalah.


Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat
kami yang banyak membantu kami ,belanja makan,membawa kami bersiar-siar.Semua nama yang dicatatkan oleh Tuan Syakir ada berkaitan.Merekalah sahabat kami dunia dan akhirat.Budi baik kalian akan tetap dikenang sepanjang hayat.


Encik Taidain dan sdr Momin telah membuat kami ceria sebelum berangkat.Mariana telah membawa kami membeli-belah di pasar Filipin pada pagi itu.Aku dan Shakir membeli hadiah istimewa untuk isteri.Maklum sajalah sudah lebih seminggu kami berpisah. Rindu teramat rindu......Jaafar Osman (Guru Besar SRK Bukit Padang) telah bersama kami di sebuah restoran.Itulah makanan yang pernah aku jamah 30 tahun yang lalu.Empat puluh lima minit lagi kami akan berangkat di dalam keadaan hujan renyai-renyai.Selamat tinggal negeri di bawah bayu.Kami akan kembali ke tempat asal menghadapi kehidupan yang sebenar bersama anak-anak dan isteri-isteri.


Siti Dayang,Paulina , Hartini,Fauziah Jepun,Wan Zainuddin,Taidin Suhaimin, Jaafar Osman , Suhaindo, Burn , Nasir,Momin dan Mariana, Siti Salmiah dan Sumardi ,Mustapha Johan dan Samatra...Jasmen ilahan (kau sudah jadi orang Penang bah..) Wajah-wajah kamu masih terbayang-bayang di ruang mata.Umur panjang kita ketemu lagi.

.
akan bersambung..............lebih daripada 20 rakaman videos yang akan dimasukkan ke dalam blog ini. Jangan lupa buka blog ini.

11 comments:

  1. Menarik Tuan Salim.Salim menggunakan video. Aku menggunakan 'still camera'.Kepelbagaian kerja.

    ReplyDelete
  2. Masa dah berubah tuan ! zaman semakin maju, umur panjang kita kongsi ilmu. seronok tgk gambar still dan video. TQ Mr Salim.

    ReplyDelete
  3. Zahari,aku menggunakan still sebab New York Institute of Photography lebih banyak mengajar aku kaedah still camera. Video aku baru sahaja belajar.

    ReplyDelete
  4. cantik SMK P.Gaya, sayang hampa tak jumpa member aku Che Ros dia pengetua d sana.

    ReplyDelete
  5. Salam persahabatan. Well done, my friend, Salim. Ada bakat jd wartawan. Syukur semuanya dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  6. Tak apa Tuan Shakir, asas fotografi bermula dari still. Dah advance sikit baru buat yg gerak punya. Step by step bah. Apa2 pun data / bahan serta kreativiti yg penting. tak dak tu, kira tak gunala.

    ReplyDelete
  7. Tq. kawan-kawan yang memberi komen.Setiap wajah yang ada di dalam videos nanti mempunyai kisah-kisah yang menarik.Kita akan mendengar cerita tentang paulina selepas Siti Dayang.Begitu juga cerita tentang Marianah,Wan Zainuddin dan Fauziah Jepun.Lebih menarik lagi certita En. Taidin dan Momin.

    ReplyDelete
  8. Cerita aku tak dak ka Tuan salim !
    Asyik2 cerita depa aje, dah la tak dpt ikut.
    Tahniah, ni kira kerja amal ni.

    ReplyDelete
  9. Nanti aku tulis pasal Tuan.Tunggu.Jangan tak tunggu.

    ReplyDelete
  10. alamak ! aku teruja dgn diri sendiri ( SS )
    Jgn yg bukan2 tau, aku tak larat nak sain autograf nanti. TQ, I lap U.

    ReplyDelete
  11. salam.nampaknya aku org pertama yg akan hulur autograf ,zam.Tak sabar nak dengar lanjut tentanh kisah 1001 malam, best gila....tulis cpt geng jgn tak tulis..........tq

    ReplyDelete