Our Chat Room

Sunday, June 27, 2010

Jambatan Gantung, Tamparuli


Pertama kali aku berada di atas hanging bridge (Jambatan Gantung) di Tamparuli.Kami dalam perjalanan pulang ke KK dari Kota Marudu bersama Paulina dan Hashimah Saidi.Singgah sekejap untuk bertemu Lassimi Durod.Dia bertemu kami di tepi jambatan Tamparuli.Orangnya tidak berubah.Wajahnya muda seperti aku mula-mula mengenalinya 30 tahun yang lalu.Orangnya masih cantik dan comel. Dia datang bersama dengan anak lelakinya yang telah dewasa.Aku dapat berbual mesra dengan suaminya iaitu Charles Spawa opsyen PJPS. Beliau adalah seorang pelari pecut di Gaya college waktu itu.Berliau aktif di dalam sukan.Charles tidak dapat menemui kami kerana tidak sihat.Charles mengalami Gout yang serious.Kini telah beransur pulih.Semoga Charles akan sempat sembuh dan menjalani hidup bahagia bersama anak-anak yang tercinta.

10 comments:

  1. Lasmie Durod sekarang mengajar SK Penimbawan,dan khbarnya sebagai PK KoKo. Tahniah Emy.

    ReplyDelete
  2. awat hang tak beli tape lagu Jambatan Tamparuli?

    ReplyDelete
  3. Nanti aku suruh zahari download didalam internet.Shakir nak ke Sabah pada 2 julai nanti aku akan suruh dia belikan.nanti hang boleh dengar lagu-lagu kadazan.Aku suka dengar siti dayang menyanyi lagu dusun dan wan zainuddin menyanyi lagu pakistan......Syakir menyanyi lagu ala padang pasirr.

    ReplyDelete
  4. Hampa tunggu la aku upload apa benda alah tu, dunia la ni mcm2 boleh berlaku oooo....
    Blog Gaya College ni dah makin berat ! harap2 tak ada space limit utk kita boh macam2 ni.

    ReplyDelete
  5. Zahari oi...berat tak berat aku tak kira hang kena boh juga lagu tu..ingat..kalau tidak, jaga kau...aku kasi silang nanti...

    ReplyDelete
  6. tu diaa..nonnn... !! hulubalang siam mai dah !
    Aku cuba la no, tapi kena ada idea beb.
    Pelan2 na.

    ReplyDelete
  7. Salim & Shakir tidak sudah kempunan naik jambatan gantung....

    ReplyDelete
  8. hashimah....jangan kau sebut ke tali gantung cukuplah..

    ReplyDelete