"Di Kundasang nanti ada Siti, dia 'jaga' kamu di sana."kata kawanku yang kini sudah bertaitel pengetua. Suaranya selembut dahulu,cumanya saiznya sudah XL.Tetap peramah. Sharina namanya.
Perjalanan ke Kundasang telah dikisahkan Tuan Salim. Di sini aku cuma sekadar menambah sahaja. Seperti kata pengarang kitab Sejarah Melayu,"nanti jemulah segala yang membacanya,maka tiadalah hamba menambah yang tiada ada."
Kami bertolak dari stesyen teksi Padang Bandaran,Kota Kinabalu pada jam 2.30 sore. Sharina yang menghantar kami ke situ.Turut sama menghantar kami Soraya, senior MPG. Di situ ada bas dan teksi. Kami memilih teksi kerana lebih cepat dan mudah. Tambang ke Kundasang RM20.00 seorang. Kami mengucapkan terima kasih kepada Sharina. Aku merenung wajah Sharina sebelum bertolak nampak semacam kerisauan. Dalam hati aku berkata,"insyaLlah kami selamat sampai ke Kundasang."
Alimun pemandu teksi kami memandu dengan agak laju. Dia pernah bekerja di Tajung Malim,Perak dengan Proton. Bila ada kesempatan dia akan memotong trailer satu demi satu. Jalanraya bengkang bengkok seperti ular kena palu. Salim nampak keletih dan pening-pening(Aku lupa nak beri ubat perancang kat Salim,maaf ya Tuan Salim). Angin sejuk terus menampar muka apabila cermin teksi dibuka. Salim kesejukan tapi aku tidak terasa. Aku asyik memerhati awan putih yang terapung di Gunung Kinabalu dan pohon-pohonnya yang kaya dengan kehijauan.Terasa tenang dan damai.
Sekali sekala aku sms kepada Siti Dayang yang kini menjadi Guru Besar di SK Kinasaraban. Di Kampung Kinasaraban kami dibawa oleh Siti ke majlis kenduri perkahwinan setelah bermalam di Hotel Cottage.
Pemandu teksi memecut laju. Perjalanan masih jauh. Ada waktunya kabus menutupi perjalanan kami. Di kaki Gunung Kinabalu nampak rumah orang Dusun yang pandai tertani. Rumahnya kelihatan tersusun rapi. Di kawasan lembah Gunung kelihatan sayur-sayuran melambai-lambai kepada kami. Daun-daunnya penuh kehijauan. Segar mata memandang.
"Dayang kami sudah sampai di Kundasang Kafe,"kataku. Oleh kerana terlalu haus Aku dan Salim terus meminta minum panas. Minuman panas di sini cepat sejuk.
"AssalamuAlaikum," aku jadi tergamam hingga tidak mampu berkata-kata kepada wanita yang berbaju putih,bertudung coklat,beranak tudung hitam itu. Dalam fikiran aku tentunya wanita ini
sudah bersaiz XL. Tapi sebaliknya,seperti tahun 80an dahulu. Cumanya sekarang ini berkacamata. Itulah Siti Dayang Suhaimin yang pada suatu dahulu menjadi exco tertinggi maktab perguruan gaya(Setiausaha Asrama Perempuan) dan rakan sekelas dengan Aku ,Salim dan Mamsin.
"Katanya,"Shakiiirr kalaulah kau perempuan aku sudah peluk kau." Aku membalas balik,"kena buat pembedahanlah." Kami ketawa berderai.
BERSAMBUNG
Tajuk: Aku 'tahan' oleh 'kaki pukul' di Ranau Inn
Semasa di Kundasang kami bermalam di Cottage Hotel.Hotel ini agak selesa.Cuaca di luar sejuk lebih-lebih lagi di waktu malam.Di dalam bilik hotel tidaklah sejuk sangat walaupun tidak ada heater.Di Hotel itu terdapat sebuah cafe sekiranya lapar di tengah malam.Kalau nak berjalan ke Pekan lebih kurang 10 minit.Malam gelap menampakkan cahaya lampu yang samar-samar dari rumah-rumah persekitaran.Malam itu aku tidur cukup nyenyak.Shakir dengan tugasnya....menulis dan menulis.Katanya ilham datang di tengah malam.Keesokannya kami di bawa oleh pemandu pelancong kami iaitu Siti Dayang ke Ranau dan kami tinggal di Ranau Inn.Di Pekan Ranau kami dapati banyak hotel-hotel untuk penginapan.Ada sebuah supermarket dan banyak kedai makan.Di sini kami bertemu Fauziah Jepun dan Hartini di sebuah restoran di Pekan Ranau sambil menjamu selera.
ReplyDelete