Our Chat Room

Sunday, June 27, 2010

Wartawan PIS Gaya College.


Menjelajah Sabah adalah tidak mencukupi sekadar mengambil masa beberapa hari. Lebih-lebih lagi apabila mencecah umur 50an seperti kami dan perlu mengatur langkah perlahan agar tidak jatuh dan terseliuh.Kami perlu membuat persediaan awal.'Jangan lupa bawa minyak angin...shakir', pesanku kepada Shakir.Maklumlah 'kuda yang dah pancit'.Aku cukup kagum dengan Shakir tidak ada istilah penat.Dia memang kuat berjalan.laju. Gopoh.Makanan tidak ada pantang.Semuanya dia sebat.Dia suka makan kambing.Aku takut sebab cholesterol Kalau tak percaya tanya Bang Non.... Tuan Shakir membawa bersama-samanya segala jenis ubat dan supplement. Katanya untuk menambah tenaga.

Untuk mendapat tambang murah Airasia perlu membuat booking 1 tahun atau 6 bulan sebelum bertolak.Kalau booking lewat kita perlu bayar lebih.Lebih daripada setengah harga tiket murah.Alhamdulillah cita-cita untuk mencari sahabat yang hilang telah kami temui walaupun tidak semua bekas pelajar Gaya kami temui.Terdapat juga yang menelepon kami apabila kami berada di sini.Ada yang sibuk dengan tugas tetapi mereka meluangkan masa berbual mesra bertanya khabar.Kami cuma dapat mendengar suara tetapi wajah mereka hilang. Cukup mendengar suara mereka melepaskan rindu.Aku dapat berbual dengan Nusia Martin dan Anuar Raden.Nusia tidak dapat bertemu kami sebab dia tidak sihat.Anuar Raden tidak sempat kami temui selepas bertolak dari Kota Belud.Paulina cuba meneleponnya tetapi telepon berdering tanpa jawapan.Kami cuba dial beberapa kali tetapi masih tidak berjawab.Setelah meninggalkan Kota Belud hampir 1 jam barualah kami menerima panggilan darinya.Gurauannya macam dulu.Mesra..Mungkin wajahnya telah banyak berubah selepas 30 tahun.

Di sepanjang perjalanan dari Kota Marudu Ke KK kami singgah di beberapa gerai. Kami singgah di gerai-gerai yang jual kacang goreng(kat mana shakir...?) dan juga singgah di gerai yang jual jagung bakar.Aku dan shakir dapat bergambar dengan gadis Dusun yang cantik.Jarak perjalanan dari Kota Marudu ke KK lingkungan 150 km.Paulina menggunakan jalan ini pergi balik 2 kali seminggu.Dia adalah Pengetua di SMK Bandau.Kami dibawa Paulina melawat ke sekolahnya.Aku suka sekolah tersebut kerana terletak di kawasan kampung.Sekolahnya pernah dilanda banjir.Dia mendapat kerjasama daripada orang tempatan..orang kampung itu.

Kami juga sempat singgah di Pasar Kota Belud.Aku pernah ke Kota Belud tahun 1980 tetapi tidak sampai kerana jalannya bengkang bengkok hampir 40 batu.Kini jalannya cantik lurus,lebar dan perjalanan cukup mudah.Kami singgah di Pasar Kota Belud sambil membeli kueh-mueh tempatan.Kueh cincin juga murah di sini.Di sini banyak dijual ikan masin dan sayuran kampung.Di Kota Belud juga kami bertemu bekas YDP Maktab Gaya Sdr. Suhaindo.Dia bertugas di Jabatan pelajaran Sabah.Kami menjamu selera di sebuah restoran.Makanannya enak.Suhaindo begitu mesra.Dia tidak banyak berubah dari segi wajahnya.Masih segak dan bergaya.Tanpa pemandu pelancong Paulina dan Hashimah Saidi kami tidak tahu arah tuju.Mungkin kami akan berkeliaran di sekitar KK sahaja.

Kota Kinabalu cukup unik dan istimewa dan malamnya macam siang. Bandarnya besar dan banyak berubah.Bangunannya cantik tersergam indah. Moden.Makanannya juga agak murah.Hotel-hotel juga murah dan selalu penuh dan perlu booking awal. Ramai pelancong yang melawat Kota Kinabalu terutama dari Brunei dan Semenanjung. Kupu-kupu malam juga ramai yang berkeliaran di kawasan tempat kami tinggal. Antara business yang tertua di dunia.Amaran juga tertulis di dinding hotel..'Jangan bawa masuk pondan'.Aku dan shakir tersenyum sinis.Tempat-tempat begini sudah pernah aku lalui semasa di Eropah.Nama bandaraya terkenal seperti Amsterdam,Copenhegan,London,Paris , Frankfurt tidak pernah lekang di mata pelancong yang datang ke tempat tersebut. Papan-papan tanda juga terpampang memberi peringatan....AIDS KILL.Semasa aku menaiki train ke Germany terpampang notis yang besar..Drug is illegal.Gaya hidup bebas tanpa amalan agama akan membawa kita ke arah kehancuran.

Bersambung...................Semalam Di Kota Kinabalu.

5 comments:

  1. Gambar ini dirakam di hadapan pejabat Jasmin Ellahan,Guru Besar SK Pulau Gaya.Sewaktu kami berkunjung di situ beliau berkursus. Sebelah malamnya dia menghungi kami dan membawa ke restauran di Tajung Aru. Berbual panjang disitu hingga larut malam.

    ReplyDelete
  2. pertama cerita hampa berdua sangat menarik, kami tumpang seronak, tahniah kpd kawan2 kita d Sabah yg. bersusah payah melayan kedatangan hampa berdua, macam, pergi kendurila ,bawa sini sana, ..Anuar Raden mukanya sebiji macam Salim. jagung bakar Salim biasa bisnis..apapun memang seronak dpt pi Sabah..nasin baik hampa berdua dulu masuk GaYA.

    ReplyDelete
  3. Betul tu non, aku sejak shakir perkenalkan blog ni setelah mengesan aku dari FB, sentiasa mengikuti perkembangan yg dibawa oleh depa.
    Seronok !!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Zahari dan Mr.Robert @Non yang sudi komen. Terima kasih dan kamiharap ramai lagi yang sudi memberi komen.

    ReplyDelete
  5. Yes, Tuan shakir...kalau tak nak tulis tolong beri komen supaya lebih meriah.Kita tulis kita yang komen...Mana lagi bah itu!

    ReplyDelete