Orangnya tidak ada kaitan dengan Bung Tomo tokoh ternama Republik Indonesia. Tapi khabarnya adalah bau-bau bacang dengan Wak Amin yang hanjut ke Maktab Gaya lalu dimasukkan ke wad PMIA 79/80.
Maka diriwayat orang tiadalah dia mahu menjadi guru adanya. Semasa dimaktab orang ini(lihatlah gambarnya disudut kiri itu) sangatlah pemalu. Hanjut dan dipunggut orang di lapangan terbang Kota Kinabalu lalu dalam keadaan duka nistapa dimasukkan ke wad PMIA 79/80.
Nama timang-timangannya Kamal. Nama glamornya Ah Chong kata orang yang ahlul ahli.
Setelah 12 purnama di Istana Hinggap 'Bukit Gaya' hatinya tergoda kena penahan cinta seorang sumandak keturunan Dusun. Cantik manis orangnya.Kelu lidah untuk berkata-kata.Memendam rasa. Tiada kira malam dan siang. Makan tidak lalu. Tidur lena-lena ayam. Badannya tiada naik. Semakin hari semakin kurus. Segala ramuan ubat penawar Cina,Melayu dan allopathy dimakan.
Tiada yang makul.
Segala tabib,segala dukun,segala sinsih,segala doktor ditemui tiada juga sembuh. Maka dikhabarkan orang ada seorang ahlul nujum dari negari entah berantah,termasyhur dari masyrik ke magrib. Segala haji dan lebai memanggilnya Belalang @ Pak Belalang namanya. Maka diminta oleh Bung Zahari disekan apakah penyakitnya. Maka dibuka pustakanya dan ditenung dalam kitab tajul al tahu. Maka berkatalah ahlul nujum itu," Tuan ini diserang penyakit "Layla Majnun" dan menurut ilmu yang ada pada hamba tiadalah ubat buat masa kini. Tapi ada ubatnya, kerana menurut guru hamba dari Gunung Jerai setiap penyakit ada ubatnya melainkan tua dan mati sahaja. Pertama Tuan hamba,Zahari Bin Abdul Manan kenalah bersabar. Menurut firasat hamba akan datang perawan dari Bukit Baling daerahnya, Kupang nama tempatnya. (bersambung)
Kata pantun Melayu,
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau kita berfikir panjang
Bolehlah kita menulis lagi.
(Apoloji kepada pujangga Melayu yang namanya tidak dikenali)
Ditulis oleh Shakir Md Taha(penulis tak terkenal)
Shakir ! aku masih menanti pesakit2 lain dlm wad yg sama. Mana depa2 ni. ??. Byk nak tanya pasal sakit kronik masing2 la.
ReplyDeleteDr sahkir tolong publisiti sikit la.
ahak3.
Nanti aku buka kitab dan buka pustaka,baru berasap sebab dah lama berakar,meresap dan merimbun.Kita bincang dengan Nana Mamsin dan Papa Salim.
ReplyDeleteAauuuwwwwww.......
ReplyDeleteDear to both of you sir, Shakir & Salim.
ReplyDeleteI'm yet to receieve severals photoes from your last tour visit in Sabah. In event of viewing old friends and old memories, maybe I can do something nice and cooling feeling to watch at. Perhalps both of you sir can upload the photoes via FB of attach to E Mail.
I do hope for your kindness of sharing the fasinating experiences there. ahak ahak.
Nanti aku email kat Tuan.Tuan boleh goreng seperlunya tanpa meminta copy right daripada aku.
ReplyDelete