Our Chat Room

Sunday, June 20, 2010

Seorang Wanita Di Kaki Gunung

Kau masih ayu.Tutur katamu lembut selembut angin malam.Di sebalik wajahmu yang ayu tertanam sifat ketabahan,kecekalan mengharungi hidup suka duka dan akhirnya kau berjaya menjadi wanita tabah. Aku amat kagum dan terharu apabila pertama kali bertemu dengannya.Dia begitu mesra dan berperwatakan menarik seperti dulu.Aku masih lagi dapat mengenali wajahnya.Badannya maintain.Bersopan santun.
Itulah Srikandi Maktab perguruan gaya kelas Pis 79/80 .....Siti Dayang.........
Kami menerima telepon darinya sebelum bertolak dari KK.Apa yang telah diceritakan oleh Tuan Syakir perjalanan dari KK ke Kundasang mengambil masa lebih 2 setengah jam. Jalannya bengkang-bengkok.Jalanraya agak sibuk dan teksi di bawa laju di sepanjang jalan raya yang berbukit-bukau.Pemandangan sungguh menakjubkan.Kemuncak Gunung Kinabalu tersergam indah diliputi awan.Kami dapat lihat beberapa penempatan masyarakat Dusun di lereng-lereng bukit.Adakalanya perjalanan agak perlahan disebabkan gangguan lori terler .Maka berbaris-baris kenderaan kerana tidak dapat memotong.Cuaca di luar terasa begitu dingin.Hembusan angin Gunung Kinabalu menusuk hingga ke tulang .Aku mulai merasa pening waktu itu disebabkan jalan yangbengkang-bengkok.Tidur sekejap.
Aku cuba untuk mengenang kembali nostalgia dan kenangan silam semasa kami sama-sama berada di dalam kelas yang sama.Dia seorang pelajar yang rajin dan aktif.Dia pandai berbicara dan selalu menjadi 'MC' di setiap majlis keramaian yang diadakan.
Kami sampai di Kundasang selepas dua jam perjalanan.Kami singgah di sebuah restoran.Restoran ini milik keluarganya.Aku menerima telepon darinya dan dia hampir tiba di destinasi yang dijanjikan
.
Akhirnya kami dipertemukan dan perasaan terharu bercampur gembir terukir di wajah masing-masing.Begitu lama kita terpisah. Aku sangkakan dia telah berubah dari segi fizikal.Rupa-rupanya aku tersalah.Aku cuma dapat bayangkan wajahnya yang tetap ayu seperti dulu ketika itu. Aku terpegun. 30 tahun terlalu lama perjalanan ini..Perjalanan hidup kita selama 30 tahun mengharungi onak dan duri.Hari ini aku bertemu dengan seorang wanita yang tabah.
Kemesraan antara kita di pertemuan itu selepas 30 tahun menjadi sejarah di arena persahabatan.Aku berdoa ke hadrat ilahi semoga terjalin persahabatan ikhlas sehingga akhir hayat.
Selepas makan tengahari kami di bawa olehnya ke Cottage Hotel dengan kadar rm150 semalam.Hotelnya terletak di paras yang agak tinggi.Tempatnya sejuk.Di luar jendela kami dapat lihat rumah-rumah kaum dusun dan dapat menghirup angin Kinabalu yang dingin.Terasa sungguh nyaman. Di belakang penempatan tersebut tersergam indah Gunung Kinabalu. Di situ terletak rumah Paulina.Pemandangan cukup indah.
Semasa di Kundasang kami menerima sms dari Mamsin.Smsnya bertubi-tubi.Agaknya dia juga kerinduan.Di sini banyak kubis....mamsin.Aku tahu kau lebih gemar nasi kandar macam Non Robert.
Bersambung............

5 comments:

  1. Fulamakkk... class gitu ! ni yg dikatakan a picture can tell thousands of word !!, apa tah lagi dlm bentuk moving picture. Aku kagum !, ni yg tak sabar nak tunggu filem2 coming soon.
    Tahniah ! ni ni, nak bisik sikit ni, siti dayang tu bergetah lagi eekkk...
    macam kita, mana yg dahi jauh ke tengah, mana rambut dye putih, mana yg lapang di ubun2.ha ha ha, gurau je tuan salim, tuan shakir.

    ReplyDelete
  2. Tq for your comments.Of course, masih bergetah.Kalau tak percaya tanya Tuan Shakir.Di dalam kamus Tuan Shakir, istilah bergetah ertinya masih jelita dan menawan.Dia adalah Guru Besar di sebuah sekolah di daerah Kundasang.Sekolahnya pula terletak di tanah tinggi.Di sini juga terdapat perumahan kaum dusun.Kami di bawa oleh Siti Dayang menghadiri kenduri kahwin saudaranya.Hidangannya beraneka masakan daging lembu.Aku suka sup Sabah.Kami berjumpa bapa Paulina,bekas Guru Besar dan masih segak dan bergaya walaupun telah berumur sekitar 70an.Dia cukup mesra semasa berbual dengan kami.Kami mendapat penerangan daripadanya tentang kehidupan masyarakat Dusun di daerah ini.

    ReplyDelete
  3. Mulanya ingat Siti ituuuu sudah bertukar siz.Aku agak tergamam apabila dia berada dihadapan mataku. Mataku menyuluh raut wajahnya Benarnya inilah guru pelatih yang aku dkenali sejak di makta dahulu.Dari raut wajah dapat aku baca ada sedkit luka dihati.Tapi ketabahan yang ada didalam diri mendapat menyembuhkan luka itu.Itulah firasat ku apabila bertemu dengannya jam 4.30sore di Kundasang Kafe.

    ReplyDelete
  4. Tabik kpd hampa berdua, alamak'''' hebat betul rakaman tersebut...tak sia2 hampa pergi ke sana utk menjejak kasih yg lama tertinggal...tahniah kpd Shakir, Salim & Siti Dayang.

    ReplyDelete
  5. Tu la non aku ajak hang pi hang kata sibuk.Aku dan shakir makan di restoran Rahmat.Tuan Shakir dah tak mau cari tempat lain.Dia kata sedap.Lepas makan terus ke kaunter nak bayar.Dapat dia berbuat mesra bertanya khabar.Orangnya masih gitu...bah.makanan di sini juga murah.Aku suka makan nasi ayam.Shakir order soto.Dia suka makan soto di restoran Rahmat.Shakir kata dia nak ke sabah lagi pada 2hb ni.Anak dia masuk UMS.Jangan lupa beli mutiara Tuan Shakir...Aku nak hadiah pada si..dia.

    ReplyDelete