Our Chat Room

Saturday, June 26, 2010

Wan Zainuddin PIS 79/80

Orangnya tidak tinggi dan tidak rendah.Badannya agak kurus.Dia begitu aktif mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti yang dijalankan semasa di college.Jangan cuba provokasi dia nanti apa yang ada di tangannya akan terbang.Itu 30 tahun yang lalu.Aku dan mamsin juga perlu hati-hati bila berbicara dengannya.Jangan ada yang tidak puas hati.Walaupun aku dan mamsin pernah berguru tetapi kami belum lagi belajar cara mengelak piring terbang atau pinggan terbang.

Pertama kali aku bertemu dengannya selepas 30 tahun tidak berjumpa aku hampir tidak mengenalinya. Wajahnya tetap ceria.Dia banyak berfikir. Sekarang sedang menyiapkan thesis PHDnya. Shabas seorang lagi sahabat kita akan bergelar Dr.... Terlalu lama tidak berjumpa.Segala-galanya telah berubah.Dia bijak berbicara dan pandai mengambil hati.Semasa bersamanya kami merakamkan semula segala peristiwa yang pernah kami alami .Masing-masing menceritakan pengalaman suka duka sambil menikmati hidangan di Starbuck City mall, Loyang. Kami berbicara loghat Penang yang masih pekat.Kami menjadi tumpuan pengunjung cafe tersebut yang terdiri daripada anak muda dan gadis remaja.Mereka tentu hairan melihat telatah kami yang boleh di panggil 'Datuk'.Kegembiraan terukir di wajah masing-masing apabila dapat bertemu kembali seakan-akan pertemuan 30 tahun dulu semasa kami sedang'melepak' di bawah rumpun buluh yang kini telah lenyap.Di situlah tempat mamsin lari lintang pukang..................

Dia begitu baik hati menempah bilik hotel 5 bintang di KK selama 2 malam.Malam itu kami t berada di tempat yang sungguh exclusive yang di sponsor oleh sahabat kami iatu abang Wan atau Wan Zainuddin.Budi baiknya akan tetap dikenang selamanya.Kami juga di bawa berjalan-jalan di sekitar KK. Ayuh kita lihat wajah cerianya semasa minum malam di starbuck Loyang

2 comments:

  1. hampa begitu seronak berbicara, tahniah wan nanti bergelar DR..tahniah juga krn anak2 dah besar ...depa 2 tu bila lagi nak dapat cucu aku pun tak tahu,,,kalau balik Penang jumpa kami....

    ReplyDelete
  2. amboi-amboi hang perli aku noo?? Kalau hang jumpa wan kat Penang hang tak boleh cam dia.Dulu kurus sekarang dan berisi.Dia dah banyak berubah.Orangnya slow and steady.Bila berbicara penuh dengan Facts.Dia yang bawa kami berjalan-jalan ke sana-sini.Keluar masuk restoran,cafe dan gerai-makan.Kalau hang kat sini hang akan mati kerana terlebih makan.Wan dah jadi tauke besar.Terima kasih kerana sponsor 2 malam hotel mewah di KK.Katanya jangan bagi tau orang.Aku kena bagi tau wann..sebab benda baik.Nanti bila non datang ke sini hang boleh sponsor non pulak...Tapi aku tahu non datang ke KK kerana tugas Jabatan dan tentu ada hotel yang lebih istimewa.

    ReplyDelete