Our Chat Room

Tuesday, June 29, 2010

Meniti Kenangan lalu di Bongawan

Dalam perjalanan ke Tenom Aku menceritakan pernah ke Bongawan kepada Marianah dan Momin. Lantas Marianah terus menelefon Bakar Tahir yang kini peneraju SK Nyaris-Nyaris. "Betul ke Shakir pernah marambat di Sungai Bongawan."tanya Marinah. Semasa aku tahun pertama di Maktab Gaya Bakar mengajak kami pergi ke Bongawan tempat kelahiran. Aku,Azizan Dahaman,Eswan dan Suhaimi ke sana dengan keretapi. Kami bertolak dengan keretapi dari stesen Tanjung Aru.Kota Kinabalu. Petang baru kami sampai di Bongawan. Kami bermalam dan tidur di surau. Bila malam tiba kami keluar merambat.Malam itu banyak ikan dan udang yang kami dapat. Bila malam bertambah malam api dinyalakan.
Ikan disiang.
Ikan dibasuh.
Udang disuci.
Ikan direbus,udang dibakar.
Ikan dimakan,udang diratah.Sedap manis rasanya.
"Burn kata jangan makan di kedai. Isterinya sudah masak banyak lauk."pesannya ke Marianah.
Hampir senja kami sampai ke rumahnya. Makanan sudah tersedia. Bakar mahu kami makan dahulu.Magrib sudah diambang pintu. Baru beberapa suap nasi masuk ke mulut suara azan sudah memanggil menyembah Ilahi.
Kami solat di surau yang tidak jauh daripada rumah Bakar. "Biasanya Si Nasir ini berjemaah disini."kata Bakar. Mungkin sekejap lagi datanglah dia." Dan yang ditunggu sudah tiba. Berbaju Melayu biru,bersongkok hitam dan berkain sarung buatan Indonesia.Kamibersalaman dan berpelukan. Tiga puluh tahun tidak bertemu muka. Nasir yang dahulunya putih kuning kulitnya hari ini kulitnya sudah dijamah mentari. Dia tetap senyum seperti dahulu dan tidak banyak berbicara.

Oleh Shakir Md Taha

7 comments:

  1. Akhirnya kami sampai juga di kampung Burn dan Nasir.Kami dijamu makan malam bersama keluarganya.Masakan sedap tentunya isteri Burn yang masak.Isterinya orang Semenanjung..orang johor.
    Kami sempat bersolat di surau.Di sini kami sempat berbual mesra dengan orang surau dan mereka cukup mesra.Ada di antara mereka yang pernah bertugas di semenanjung tetapi kini telah pension.Shakir tolong masukkan gambar yang kita ambil bersama pak cik surau.Hidup di sini cukup tenang jauh dari kesibukan kota yang rakus.Kalau umur panjang kamim akan ke sini lagi.

    ReplyDelete
  2. Ya betul seperti kata Salim. Hidup di sini tenang,setenang air dikali.Bakar@ Burn rajin sekali turun ke laut.Ikan ditangkap.Dimakan dibuat lauk.Buah-buahan yang kami makan pada malam itu hasil rangkuman titik peluh Bakar dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. hampa berdua makan sedap no...jangan lupa ajak mrk pula ke sini, biar pantun berbalas...

    ReplyDelete
  4. sembang... hang non lagu mana ? bila nak pii atau nak mai ????.

    ReplyDelete
  5. Kunjungan Shakir dan Salim Ke Kota Kinabalu membawa seribu makna kepada kami.. Rakan2 lama d MPG (kini IPG Kampus Gaya) yang sama2 dekat KK juga jarang ketemu. Dengan adanya mereka berdua ini dapatlah dipertemukan kita kembali.. Harap2 reunion dapat d percepatkan agar dpt mempertemukan lebih ramai lg rakan2 kita...

    ReplyDelete
  6. Kunjungan Aku dan Salim ke Kota Kinbalu,Tamparuli,Tuaran,Kota Belud,Kundasang,Ranau,Kota Marudu,Keningau,Papar,Tenom,Bongawan dan Pulau Gaya sekadar sebagai perintis ke arah reunion.InsyaLlah dengan bantuan kalian semua di Sabah ianya akan menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  7. Jangan risau Tuan shakir,kami di Sabah akan bantu sadaya kami untuk merealisasikan reunion MPG79/80.Kunjungan rakan-rakan lain juga dialu-alukan...

    ReplyDelete