Our Chat Room

Sunday, February 20, 2011

CHOW KIT ROAD dalam kenangan



Sebut saja Chow Kit Road semuanya ada.Tempat tumpuan orang Melayu dan Indon di sekitar Kuala Lumpur membeli-belah.Pasar borong chow kit menggamit anda dengan bermacam-macam aneka jenis ikan laut dan sungai, sayur-sayuran,buahan-buahan dan juga ulam-ulam kampung seperti petai,jering,pegaga,BURUNG TENGGEK( khasiat burung tenggek ni banyak.. sesiapa yang memandu perlahan boleh berulamkan daun ajaib ini....) ,DAUN SELASIH atau holy basil amat terkenal di dalam masakan Italy, Perancis, Inggeris dan Sepanyol.Kalau kita makan pizza,spaghetti dan pasta ramuan daun selasih atau holy basil pasti dicampur untuk menaikkan aroma di dalam masakan tersebut. (kalau yang banyak angin seluruh badan elok cuba daun selasih...) dan berbagai-bagai jenis ulam lagi dengan harga yang murah. Apa yang ada di kampung terdapat di chow kit. Kalau yang tidak terdapat di kampung di chow kit ada.Kalau musim durian gerai-gerai di sini di buka hingga jauh malam.Boleh dikatakan kawasan di chow kit tidak pernah mati. Nak makan ayam kampung,itik,kepala lembu, kepala ikan,otak lembu,telur ikan,udang galah, ketam dijual di pasar chow kit.Gerai-gerai makanan seperti sup ayam,sup kambing,sup belut (aku dan shakir suka makan sup belut sebab banyak khasiat....) ,sup tulang dan macam-macam sup semua ada.Menu atau masakan Indon juga terdapat di sini seperti Bakso dan sebagainya.Di sini kita boleh dengar lagu-lagu danggut berkumandang dari gerai-gerai menjual kaset dan CD.Waduhh..waduhh..waduhhh mana tahan......
Di sini tempat aku berlepak di sebuah warung mamak sambil memerhati gelagat manusia sambil menghirup kopi Janda. Di sini kita lihat berbagai ragam manusia menjual dan membeli,berjalan dan berlari senyum dan ketawa terkebek-kebek macam kambing gurun jantan memburu kambing betina.Lorong-lorong gelap juga terdapat di sini tetapi sudah dibersihkan dan dipasang lampu neon.Terdapat sebuah pondok polis yang menjaga keamanan.Sekali sekala kita ditegur suara garau 'ladyboy'dengan senyuman yang menawan ala pergawati.'Ladyboys 'banyak terdapat di bangunan lama bersebelahan Eon Bank, Jalan Raja Laut.Kita perlu mendengar suaranya terlebih dahulu sebelum menilai kecantikan yang terdapat pada dirinya.Ada sebuah bangunan tinggi tersergam indah dengan jualan borongnya yang terbesar di negara kita.Nama bangunan tersebut ialah GM( aku kurang pasti ejaannya).Barangan seperti jam,pakaian ,aksesori wanita,kasut,beg dsb dijual dengan harga borong dan terlalu murah.Kalau hujung minggu tempat ini menjadi pesta membeli belah.
Di chow kit road ada sebuah masijd bernama Masjid Pakistan.Di sinilah tempatjemaah tabligh berkumpul. Malek Nor bekas juara bina badan 'Mr. Asia' selalu ke masjid ini beribadat.Kalau ke chow kit jangan lupa berkunjung ke Masjid Pakistan untuk beribadat.Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita di masa lalu.Kita dah sampai penghujung dunia.
Haji Johan yang aku temui sewaktu aku bersantai di sebuah gerai sambil minum kopi Janda amat menarik perhatian.Berasal dari Jitra, Kedah dan telah lama menetap di Kuala Lumpur.Aku memanggilnya Pak Cik. Walau pun baru sekejap berjumpa dia begitu petah berbicara tentang dirinya.Berumur 88 tahun dan masih sihat walaupun menjadi penghisap rokok tegar iaitu 2 kotak sehari. Tidak ada penyakit jantung atau kencing manis.Itu yang menghairankan.Kawan-kawannya yang kaki rokok ramai yang dah meninggal.Yang tidak merokok seperti aku ramai yang 'mati muda'.Ajal maut itu Allah yang tentukan.

Bapa aku berumur 90 tahun dan kegemarannya mengunyah tembakau tetapi masih lagi sihat.Datuk mentua aku yang sepanjang siang dan malam menggintil rokok daun masih lagi hidup dan berumur lebih 100 tahun.Sebut saja Wan Murad di Tunjang, Kedah semua orang tahu.Orang yang paling tua di daerah itu.Menurut Hj. Johan dia bukanlah penggemar daging kambing atau lembu.Dia gemar memakan ikan saja. Katanya kurang lemak.Orangnya kuat beribadat dan gemar membaca Kitab Al-Quran.Itulah rahsia umur panjang,katanya.Wallahu alam.

1 comment:

  1. Kisah yang menarik.Amalan yang sesuai boleh diambil.Kajian perlu dibuat tentang rahsia panjang umur.

    ReplyDelete