Our Chat Room

Monday, February 28, 2011

Singgah Sebentar di PPD Tenom
















Perjalanan ke Sabah Aku kira tidak akan lengkap tanpa ke Tenom. Di sinilahAku memulakan dunia pendidikan setelah tamat dari gelangang' alam persilatan' pendidikan Maktab Perguruan Gaya,Kota kinabalu. Tenom terletak di daerah pedalaman yang 30 tahun dahulu yang kaya dengan kesuyian malam. Di kawasan ini pahlawan Murut bangun menentang ketidak adilan penjajah Inggeris.

Aku tinggal di Tenom dari tahun 1981 sehingga Disember 1985. Mengajar selama 5 tahun di sini cukup indah. Banyak kenangan manis yang sukar dilupakan . Nama-nama seperti Puan Chiam, pengetua Aku yang cukup baik itu, Ustaz Awang(Kelantan) Cikgu Zulkifli. Cikgu Yusuf Maulud(sekarang di PutraJaya,Kuala Lumpur) Cikgu Idrus Othman( sekarang pengetua di Pahang).

Ramai setelah pulang ke Semenanjung melanjutkan pelajaran ke universiti. Ada yang ke PPD, ada yang menjadi pengetua, ada yang bertugas di jabatan pelajar negeri stelah beberapa tahun le;uar dari iniversiti. Dan tidak kurang pula yang meletakan jawatan kerana mahu terlibat dalam perniagaan sepenuh masa.

Tidak kurang pula yang terpaut dengan gadis di sini(sumandak) lalu berkahwin, beranak dan bahagia. Terus menetap di aini.....

No comments:

Post a Comment