Our Chat Room

Sunday, February 20, 2011

SEHARI SELEMBAR BENANG DI BANDAR HILIR,SIK, KEDAH

Hari ini kita berkumpul di Sekolah Pondok Bandar Hilir Sik Kedah. Kita berkumpul dengan nawaitu yang sama. KeranaMu Ya Allah. Dengan tulang empat kerat kami membangunkan kalimah Mu. Di rumah inilah zikir dialun siang dan malam. Biar namaMu disebut siang dan malam. Dengan rangkuman titik peluh dan kudrat yang ada. Bergotong royong sehari di sini.Tangan dihayut kata bersambut. Bersama WargaKilang.Bersama anak muda dari Universiti Utara Malaysia.Bersama PEMBELA. Bersama Nusantara Bikers.Mereka tidak mengharapkan apa-apa dari makhluk. Mereka datang mengharapkan rahmatMu. Itu sahaja yang diminta dan diharapkan, Mereka adalah kumpulan anak muda yang sedar tentang derita resah umat dan luka umat.

Walaupun ada makhluk mengintai dibalik tirai besi.
Mereka tetap istiqamah dengan kerja mereka.
Mereka itu pula dengan kerja yang sia-sia bergandingan tangan dengan Abdullah Bin Ubaid.
Anak muda tidak pernah kenal takut
Anak muda adalah angin perubahan.
Dengan tenang sabar kerja dijalankan.
Biarpun sehari selembar benang
Tiba waktunya akan menjadi kain jua.

Kain dipakai buat solat.
Kain dipakai buat mandi.
Kain dipakai apabila pulang mengadap Ilahi
Kerana kain adalah kita
Kerana kain adalah maruah diri

Biarpun waktu lahirnya tidak berkain

Wassaalam.

shakirtaha@gmail.com

No comments:

Post a Comment