Aku berkesempatan mengikut program Encik Abdul Wahab ke sekolah pondok Teloi Tua,Sik Kedah. Nama ini cukup asing bagi Aku. Rasanya inilah kali pertama Aku mendengar nama ini. Encik Abd. Wahab seorang Ir. secara profesionnya di sebuah kilang di Pulau Pinang. Aku pernah berguru dengannya dalam bidang masakan dan memproses bahan dari kacang soya. Jadi secara tak langsung dia adalah guru Aku. Dia menjadi ahli NGO. Mereka menamakan pertubuhan ini WARGAKILANG. Ia adalah pertubuhan berdaftar dengan ROS. Dia menceritakan serba sedikit mengenai aktiviti WARGAKILANG. Aku kira aktiviti sebegini cukup baik dan indah sekali.
Selalunya aktiviti seperti ini banyak dijalankan oleh pihak misionari Kristian.
Seperti kebanyakan sekolah keadaannya menyedihkan sekali. Keadaan fizikalnya cukup menyesakkan dada. Ia hidup dengan penuh keterbatasan. Ada waktunya keadaannya cukup parah sekali. Menyayat sekali. Anda lihatlah sendiri keadaan asrama yang ada. Negara kita kayaraya. Asramanya tanpa katil,tanpa tilam,tanpa kipas buat penyejuk badan ketika bahang mentari mengamuk rasa. Pun begitu dengan berkat doa,anak-anak di sini,bisa melelapkan mata. Dan malamnya jauh sekali tidur berpelukkan penghawa dingin. Malam bertemankan Sang Nyamuk dengan dendangan lagu yang menyakitkan telinga..
Sekolah pondok ini digerakan oleh jiwa yang sedar dengan serta keterbatasan. Pun begitu pengasasnya Ustaz Abu Bakar dan pewaris perjuangannya, Ustaz Ismail Mahmud terus membangunkan sebuah harapan. Harapan bagi membentuk generasi penerus yang berpaksikan Islam sebagai cara hidup.
Aku cukup kagum dan bangga dengan semangat dan dedikasi yang ditunjukkan oleh Ustaz Ismail dan rakan-rakannya dalam usaha mentarbiyyah anak didiknya tanpa mengharapkankan imbuhan yang tinggi.
Mereka bekerja dalam diam di kesunyian hutan getah.
Mereka bekerja tanpa mendabik dada
Mereka bekerja jauh dari kebisingan kota
Mereka bekerja jauh dari hiruk piruk slogan-slogan.
Mereka adalah orang yang hebat bekerja dalam kesunyian
Di sini tenang dan damai. Udaranya nyaman.
Jauh dari kebisingan hiruk piruk kota.
Jauh dari penghargaan.Mereka berbuat sesuatu atas rasa tanggungjawab.
Dan mereka adalah pahlawan sejati.
shakirtaha@gmail.com
Itulah pengorbanan mereka terhadap agama.Kita perlu tanya diri kita apakah yang kita dah buat untuk agama? Pelajar-pelajar di sini mempunyai kekuatan fizikal dan mental.Aku pernah lihat seorang alim dari Afghanistan yang menjual batu cincin,kitab-kitab agama dan tasbih di tengah panas terik tanpa berselindung di sebalik payung dan duduk berjam-jam lamanya sambil berzikir.Tanpa kekuatan spiritual melemahkan keyakinan pada yang maha esa.Tn. Shakir bila kita boleh ke sana lagi.Bolehkah kita tinggal di sana untuk mendalami agama? Sekurang-kurangnya kita dapat hulurkan bantuan kepada mereka.Harap hang dapat hubungi ustaz Abd. Wahab.
ReplyDeleteAku fikir tiada masalah untuk kita tinggal dua tiga hari.Aku kenal dengan Mudir dan beberapa orang ustaz di situ.Mereka cukup berbesar hati jika kita sudi bersama mereka.
ReplyDelete