Our Chat Room

Friday, February 18, 2011

DI TAHAN POLIS

1983,TENOM,SABAH.

Telefon di pejabat berdering. Cikgu Chew mengangkat.Aku tengok dia dalam keadaan resah. Ya,ya,ya,betul. Dia cikgu! Saya jamin. Itu sahaja yang Aku dengar.Tak tahu. Aku malas hendak bertanya. Biarkanlah.Nanti dikatakan Pak Sibuk! Cikgu Mus ditahan polis!,itulah perkataan yang terkeluar dari mulut Mr.Chew. Aku tak sempat bertanya kepada Mr. Chew kenapa Cikgu Mus ditahan polis.

Dibilik guru hebuh tetang cerita penahan Cikgu Mus. Cikgu Chew diminta datang balai polis Kota Kinabalu. Tak pasti kenapa. Khabarnya sebagai penjamin Cikgu Mus .Aku ada kenalan seorang kawan berpangkat Inspektor. Tapi bukan di Kota Kinabalu. Dia di Kepayan. Kalau di Kepayan boleh aku tumpang tanya khabar berita. Ini di Kota Kinabalu. Sukar sikit. Ramai pendatang haram ditahan setiap hari. Balai polis Kota Kinabalu yang berdekatan dengan laut sentiasa penuh dengan puak PATI ini. Penat kerja polis,kata seorang kawan yang baru dihantar bertugas di Kota Kinabalu. Beliau berasal dari Pulau Pinang. Baru 3 bulan bertugas di Sabah.

Cikgu Chew tidak pula memberi tahu kami tujuan sebenarnya ke balai polis Kota Kinabalu. Besoknya Cikgu Mus pulang bersama Cikgu Chew. Jadi Cikgu Mus tidur di 'hotel' satu malamlah. Tak mengajar satu hari. Tak apalah bukan sengaja.

Petangnya Cikg Mus mula bercerita. Kami mendengar dengan penuh minat."Aku ke Beaufort dengan keretapi, Tidur semalam di rumah Kamil. Kalim ajak Aku pergi KK(Kota Kinabalu). Dekat dengan Putatan ada sekatan jalanraya. Kamil tidak ditahan. Aku dan 2 orang yang lain diminta turun dari kenderaan. Polis minta kad pengenalan Aku. Dalam poket Aku tiada. "Nanti saya ambil dalam beg." Kosong. Aku tertinggal di rumah Kamil. Jantung Aku berdebar-debar. Habis Aku. Encik ikut saya ke balai,kata sarjan polis yang bermisai taring( Bersambung)

No comments:

Post a Comment