Dua tahun di Maktab Gaya banyak melakarkan kenangan yang sukar dilupakan.Musim kemarau. Tiada air. Biasanya waktu petang. Air cukup sekadar untuk berwuduk. Hendak mandi sukar. Mandi sebelah pagi sahaja. Kena bangun awal. Kalau tidak nasiblah.
Air perlu dicari.
Air untuk mandi perlu.
Air untuk minum tidak perlu.
Air untuk membasuh tidak perlu.
Ya air untuk mandi.
Mandi perlu banyak air.
Air cukup penting untuk mandi manda.
Suatu petang hampir senja.
Mentari sudah kabur matanya.
Aku,Badarudin dan Wan Z ke sebuah 'tasek'yang cantik.
Airnya tenang.Tanpa tangguh Aku,Wan dan Badar terus menceduk yang tenang itu.
Dalam pada itu kelihatan sebuah tasek lagi yang lebih luas.
Wan dan Badar begitu ghairah nak ke tasek itu. Mereka pun pergi mandi.
Aku tidak ikut sama.
Aku hanya menunggu mereka di darat.
Mereka mandi sampai puas.
Dan besoknya Aku diberi tahu oleh Badar itu bukan 'tasek' yang dia dan Wan mandi.
Itu adalah air buangan.
Itulah air 'Indah Water'!!
Dulu masa zaman kanak-kanak sungai dan telaga adalah sumber air.Bagi yang mampu dapatlah mandi air paip atau 'pili'.Aku masih ingat PBA menyediakan sebuah 'Paip' di tepi jalan.Penduduk kampung akan menggunakan air tersebut untuk kegunaan harian.Aku kerap juga mandi di tepi jalan dengan kawan-kawan.Kerap juga mandi air sungai yang mengalir dari bukit.Air telaganya cukup jernih dan boleh minum tanpa campur klorin.Kini air sungai telah tercemar oleh bahan toksin dari kilang, binatang dan manusia.Jangan cuba mandi nanti 'panau' seluruh badan.
ReplyDeleteMasa zaman tak ada air di Gaya, memang cukup menyeksakan. aku simpan air bukan untuk mandi saja tapi untuk basuh air kecil dan besar. Itu yang paling dharurat sekali. Ada sekali tu, aku terpaksa sembunyikan air di bawah katil kerana simpan air di bilik air risikonya tinggi. Tah macam mana, selepas basuh secalit dua air di muncung pistol ku, benda alah tu membengkak dan amat gatal campur pedih.
ReplyDeleteAku mengadu pada Omar Ateng, dia minta tengok sebab manalah tau kena pugai, jangan sampai benda tu naik ke dahi sudahla. Aku pasrah dan menyerahkan pada pandangan mata ateng. Punya la malu sebab dia kutuk macam kepala penyu umur 100 tahun. Tak guna betul, akhirnya aku terpaksa mengadu pada matron dan dia bawa ke hospital pakar di Luyang. Apa taknya ! dah semakin membengkak macam belon panjang yang orang pintal-pintal buat gubahan bunga tu.
Dipendekkan cerita, pakar tu kata benda tu kena gigit semut merah ! dan aku kopak RM50 yang amat bernilai pada ketika itu.
Moral of the story : Jangan simpan air bawah katil, nanti semut masuk. !!!
Kah,kah,kah, keluar habis....cerita lama. Rahsia yang tak rahsia...Tuan Zahari.Kesiaan
ReplyDeleteAku terima SMS dari Hastarija:- Salam..like u me to xtahanlucu dan lucah sikit citer air dan semut merah dari Zahari,hilang tension d office ni.HASTARIJA.
ReplyDelete