Our Chat Room

Wednesday, February 23, 2011

UPILIN@ABD.SAMAD

Wajahnya tidak banyak berubah. Aku mengenalinya dengan nama Upilin Abdul Rahman. Namanya yang Abd Samad jarang Aku sebut dan panggil. Di maktab dia seorang yang cukup berminat dengan bolasepak. Minatnya sama dengan Momin Awang Damit,suami kepada Marianah Yusof.

Aku selalu berjumpa dengannya semasa dia mengajar di SMK Tenom(1980-1984). . Selepas itu hilang lenyap dimata hilang.

Rupanya dia dilantik menjadi Guru Besar Malima dan kemudian di Apin-Apin Keningau. Aku hanya tahu Apin-Apin tapi tidak Malima. Malima Aku baru tahu. Itu diberi tahu oleh Abd. Samad@ Upilin.

Upilin kawanku ini terus menyambung pelajarannya ke Univesiti Sains Malaysia dalam bidang sejarah. Sekarang beliau sebagai PK I di SMK Sook, Keningau. Dan Keningau bukan pekan yang asing bagi. Aku,Salim,Momin dan Marianah ke sana tahun lepas tapi tidak tahu yang Upilin ada di sini.

Wajah Pekan Keningau sudah banyak berubah tapi Aku masih kenal dan ingat. Demikian juga dengan wajah Upilin masih Aku kenal walaupun 30tahun berlalu.

No comments:

Post a Comment