Our Chat Room

Sunday, February 20, 2011

Uncle Musy Alexander James




Orangnya tidaklah sekuat dulu lagi. Lima belas tahun yang lalu pertama kali bertemu dengannya sewaktu aku berkunjung ke carboot sale yang terletak di Southampton.Aku tidak menegurnya kerana wajahnya mirip seorang Jepun atau Korea.Aku dapat mengenali wajah-wajah Melayu di situ.Aku ditegur dengan loghat Melayuny yang kurang fasih.Ada sedikit-sedikit telo'Penang.' Menurutnya dia terpisah daripada masyarakat Melayu lebih 40tahun dan hidupnya dikelilingi oleh suasana hidup masyarakat Inggeris.Bekerja sebagai seorang Jurutera di lapangan terbang dekat Heathrow tentulah suasana pekerjaan dan pekerja-pekerja kebanyakan terdiri daripada masyarakat Inggeris. Kedatangan aku ke daerah ini membuka tirai suasana kemelayuan dan sejak itu aku sering berbahasa Melayu dengannya dan kekadang ada perkataan yang dia sukar memahaminya.Lama kelamaan dia fasih berbahasa Melayu semula.
Aku memanggilnya Uncle Mus dan nama Inggerisnya Musy Alexander James. Menetap di England hampir 50 tahun.Beliau beragama Islam.Kini beliau telah berumur 71 tahun tetapi masih kelihatan segak dan bergaya seperti berumur 60an.Beliau masih sihat dan begitu aktif sukan renang di tempatnya.Mempunyai seorang isteri yang penyayang berketurunan Inggeris bernama Crissie berjawatan sebagai Akauntan dan isterinya masih lagi bekerja sehingga kini.Anak sulungnya bernama Sarah ialah seorang Peguam dan yang bongsu bernama Sophia masih lagi menuntut di salah sebuah universiti di UK. Kedua-dua anaknya begitu rapat denganku.

Uncle Mus menetap di Mooring Ways.Rumahnya berdekatan dengan laut.Suasana tempat tinggal mempengaruhi kesihatan uncle dan beliau masih sihat walaupun tidak segagah dulu.
Aku mengenali uncle sebagai seorang yang cukup tegas. Beliau pandai bercerita .Cerita tentang sejarah silam begitu berkesan.Beliau dapat mengingati tarikh-tarik dan fakta sejarah dengan tepat. Aku kagum.
Pada 26 Jan 2011 uncle berlepas dari Heathrow ke Penang.Tinggal di Golden Sand beach Hotel bersama isterinya.Setiap tahun uncle berkunjung ke Malaysia akulah yang akan menjemputnya di KLIA.Kali ini aku tidak dapat menjemputnya kerana perjalanannya terus ke Penang.

Banyak kenangan dan pengalaman pahit manis bersama uncle semasa aku menetap di England.Apabila aku ditawarkan pekerjaan di sana unclelah yang menjadi 'guarantor'.Setiap hujung minggu uncle akan berkunjung ke rumahku dan menjamu selera 'kari kepala ikan salmon' yang menjadi kegemarannya.Aku juga sering berkunjung ke rumahnya menjamu hidangan special dan uncle adalah 'chef' yang handal.
Aku suka makan 'kari ayam turkey'masakan uncle.Walaupun berpuluh tahun menetap di luar negara uncle tidak akan lupa 'kari mamak line-clear'.Uncle berasal dari Kampung Makam,Penang.Hanya 15 minit berjalan kaki ke nasi kandar'line-clear yang terletak di Penang Road.
Aku sering berbasikal bersama uncle mengikut jalan kampung yang amat mempesonakan. Suasana perkampungan Inggeris yang mengkagumkan. Sunyi, nyaman dan menarik. Kami sering singgah di kawasan pohon 'crab apple' dan blackberries yang tumbuh liar. Aku suka melihat ikan-ikan trout berenang -renang di anak sungai yang cetek.Aku juga sering ber'camping' di campsite yang begitu popular seperti New Quay.Sesekali kami ke Pub sambil menikmati minuman petang bersama sarapan 'Fish&hips' yang menyelerakan.
Setelah isterinya pulang ke England minggu lepas demi tugas uncle bersendirian lalu dia berpindah dan tinggal di Hotel Sri Malaysia Penang.Uncle tidak mahu tinggal di rumah saudaranya walaupu diajak.Dia lebih selesa tinggal di Hotel.Pengurus Hotel Wan Nor adalah kenalan rapat uncle tentulah lebih mudah untuk berurusan.Di sinilah Tn Shakir bertemu uncle Mus dan membawa uncle bersiar-siar di Pulau Pinang dan juga Seberang Perai. Adik aku di Penang juga membawa uncle bersiar-siar dan bersarapan di Telok Tempoyak.Uncle mudah mesra dengan siapa saja.Dia ibarat 'orang tuaku' semasa aku di seberang.Uncle mengambil berat tentang diriku bagaikan keluarganya sendiri.

Segala kenangan bersama uncle bertahun-tahun di sana tidak dapat aku lupakan.Kini uncle tiada lagi (bukan mati...).Aku di Malaysia dan Uncle di England.Hanya melalui telepon dan e-mail dapat mengeratkan tali silatulrahim.Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada uncle.

Pada masa ini uncle berada di Seremban dan katanya dia di serang selsema sejak dua-tiga hari yang lalu. Beliau akan pulang ke England pada 26 Feb ini 2011. Bilakah aku akan bertemu uncle lagi.Takdir yang menentukannya..............

2 comments:

  1. Aku berjumpa dengan Uncle Mus baru-baru ini. Rupanya Uncle Mus orang Changkat,dekat Nibong tebal,Pulau Pinang. Saudara mara masih ada di sini. Tapi mereka hanya mendengar nama. Mustapha adik Shamsudin yang dalam usia mudanya merajuk lalu pulang ke England.Datuk Uncle Mus pada masa itu masih hidup,sihat segar.Baru-baru ini Aku sempat membawa Uncle Mus ke rumah saudaranya di Changkat.Dahulu mereka hanya mendengar nama, rupa tiada. Hari ini mereka bertemu dengan orangnya,menatap wajahnya,Uncle Mus@Alexander Inggeris namanya Inggeris.Uncle Mus masih boleh berbahasa Melayu tapi banyak perbendaharaan kata Melayu tidak ada dalam kamus mindanya.

    ReplyDelete
  2. Dan.. tok su (chu pa) adalah adik kepada nenek saya :) .. Dalam erti kata lain, ayah saudara kepada ayah saya dan datuk saudara saya...

    Tak tahu pulak ada saudara mara di Changkat... kalau ada, maksudnya saudara mara saya jugak lah tu... :D

    Thanks for sharing his stories here :)

    ReplyDelete