Mr. Robert Singapore@ Non Siam bukanlah nama yang asing bagi guru-guru pelatih MPG
Nama ini popular semasa dia di tahun 2.Semua junior akan memanggil dengan namanya ini.Dan tidak ada guru pelatih lelaki yang tidak kenal dengan nama ini. Suaraya macam guruh.Kata Mamsin,"Non bila solat magrib suaranya sebatu boleh dengar"
Dia bukan kelas PIS. Dia kelas Perdagangan. Tapi dia kerapkali bercampur dengan pelajar PIS.
Aku,Mamsin dan Boda tinggal di LG 2
Mat Robert setahu Aku dia tidak ada bilik tetap.
Di bilik mana dia bersembang di situ dia tidur.
Dengan guru pelatih-pelatih lelaki Mat Robert suruh hafal kalimat keramat ini
" Kita bukan ada apaa-apa, buuuuu.......... adala.
Takutkan suara guruhnya "freshie" punlah ikut sama berkata.
Beliau akan masuk ke setiap bilik menyuruh 'freshie" berkata kalimat yang sama.
Selepas itu beliau keluar dari bilik dan ketawa berdekah-dekah.
Bila keluar ke Kota Kinabalu potnya ialah Kedai Rahmat.
Siapa yang duit sikit bila nampak Mat Robert cepat makan dan cabut.
Nasiblah siapa yang tak cabut. Mat Robert mesti order laksa. Jadi faham-fahamlah.
Tapi baiknya Mat Robert ni bila ada duit dia belanja kawan-kawan.
Dia tak berkira.
Itu keistimewaan Mat Robert.
Dan sampai sekarangpun macam tu.
Pantang dengar kawan-kawan dari Maktab Gaya yang turun ke Penang dia pasti call Aku Dan Mamsin ajak makan. Dulu dia suka sungguh makan laksa. Dia memang hantu laksa.
Semasa dia jadi PK1 di SMK Taman Inderawasih semua batu yang besar dia suruh JKR angkut habis.
Dan mungkin sebab itulah sekarang ini dia ditempatkan di sektor jaminan kualiti di JPN Pulau Pinang. Di sini dia dikenali dengan nama "Bang Non". Orangnyacukup cool.
Sebelum itu beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Institut Perguruan Tuanku Bainun,Bukit Mertajam dan pensyarah sambilan Universiti Sains Pulau Pinang.
Mat Boria,Yusof Educated dan Azmi Tuan pernah menjadi muridnya.
Terima kasih kawan. Ya aku akan tulis. InsyaLlah
ReplyDeleteSoory geng, aku tak dak ceritera nak share dgn hangpa .... dah ingat-ingat lupa, benda-benda yg depa dok cerita setengah tu aku tak boleh recall pun, aku tak tau cerita2 tu rekaan/fiction atau cerita betui! ha, ha. Yang hangpa dok retain as ANONYMOUS tu pasai apa? Tulis la nama, mana nak pi tau hangpa tu sapa! Bagi email address, aku akan invite hangpa jadi author/contributor, ni macam hantu, sapa pun tak kenai la!!!
ReplyDeleteAku nak call hampa macam mana? Pakai anonymous.Mangkok hayun betui.
ReplyDeleteRaja Canak tu nama dia Raja Azman Shah.Malik tinggal tak jauh dengan aku. Tunggulah nanti keluarlah cerita depa.
ReplyDelete