Our Chat Room

Sunday, January 10, 2010

Azmi Tuan@ Mi Tuan

Nama sebenarnya Azmi Razali.
Satu opsyen dengan Non Siam.
Dia duduk sebilik dengan Aku, Mamsin dan 2 orang junior lagi.
Junior tu Rosman dan Shaari Md Dali.

'Budak-budak' dua ni cukup takut dengan Mamsin.
Mi Tuan sekadar tanya gitu-gitu sahaja.
Aku hanya sekadar suruh baca fatihah dan beberapa ayat lazim sahaja.
Freshie ni panggil kat kami Abang.
Salim ari tu entah sebab apa dia lempang sorang freshie sampai berdarah mulut.
Kalau tak silap akulah freshie tu berlagak sikit dan tak bagi salam.
"Kita tak oriented depa, aksen! aksen sungguh! runggut Salim.
Selepas peristiwa itu Salim dan Aku jumpa Mi Tuan.
Mi Tuan ni banyak duit.
Dia ni macam banker kami.
Dia bukan Along.
Dia suka tolong.
Sawah bendangpun ada berelong-relong.
Musim cuti dikampung dia jual belacan dan rambutan.
Mungkin sebab tulah dia ada duit banyak. Kadang-kadang pergi menjala udang galah.

Tuan,pinjam duit sikit. Heh!,heh,heh,heh!
Berapa?
RM10.00 Tuan.
Tak pernah tak bagi. Garenti bagi punya.
Dapat. Aku panggil Salim.
Salim hang panggil 'freshie' yang hang lempang tadi.
Buat apa?
Kita belanja dia makan ais krim kat Loyang.
Biak dia syok sikit.
Kah,kah,kah,kah, kah, Salim ketawa macam jebon.
Pastu, Salim menyanyi
Lagu,til,til,til , meri hati
aku tak sampai hati,
til,til,til,rugi lagi,
's' pun tak antar surat lagi.
Jom,jom pi Loyang! Merapuuu!



No comments:

Post a Comment