Our Chat Room

Tuesday, January 12, 2010

Sindrom Tsa'labah

Dalam hidup di dunia ini ada manusia yang disempitkan rezekinya buat seketika.
Ada yang diberi rezeki melimpah ruah.
Ini semua ialah ujian belaka.
"Dan sekiranya Allah melapangkan rezekinya kepada hamba-hambaNya tentulah mereka akan melampaui batas dimuka bumi ini. Tetapi Allah menurunkan rezeki dengan ukuran yang dikehendakNya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat(Al-Quran 42: 27)

Ketaatan kepada Allah masih tetap utuh walaupun dalam kesempitan. Mereka tetap patuh sungguh.
Kesempitan yang mereka alami merupakan sebahagian daripada kebjaksanaan Tuhan Semesta Alam. Mungkin golongan yang kesempitan ini kiranya dikurniakan kekayaan menjadi lupa daratan ataupun menjadi 'Malim Kundang'. Malah ketika miskin jarang tidak ke mesjid. Sembahyang jemaah tidak pernah tinggal.

Ada masa untuk berzikir bersama kawan.
Berbual mesra.
Bertanya khabar.
Waktu untuk bersama keluarga tidak pernah kesempitan.
Keluarga menjadi cukup mesra.

Bila perniagaan kita belum maju ada masa untuk berjumpa dengan kawan serta menziarahi sanak saudara.
Masa untuk berbual dengan jiran sentiasa ada.
Bukankah kita mula bertegang leher apabila organisasi mempunyai dana yang cukup besar.
Sering bertengkar sesama sendiri.
Mula ada sifat curiga mencurigai.
Fitnah sudah menjalar kesegenap pelusuk hati.
Bisikan syaitan memakin menjadi ikutan.
Rasuah semakin menjadi-jadi kerana ingin menjadi jutawan dan hidup senang lenang.

Orang soleh tergelincir kerana kesempitan lalu menjadi orang salah.
Ketika rezeki melimpah ruah waktu untuk beribadat semakin tiada.
Solatpun jarang-jarang.
Malah sudah berani melakukan maksiat. Simpan perempuan jalang buat melempias nafsu berahi. Tidak lagi segan untuk minum minuman keras! Malah semacam suatu kebanggaan.

Ketika menjadi mahasiwa daya juangnya cukup tinggi. Dia menjadi aktivis yang terkenal.
Suaranya cukup lantang. Sanggup tidur dimesjid kerana kesempitan wang. Di mesjid dihabiskan sebahagian malam berzikir dan bertahajud.

Tetapi setelah tamat pengajian dan berjawatan besar sebahagian besar malamnya dihabiskan di kelab malam menari,minum dan berpesta-pestaan.
Tidak ada zikir munajat dan bertahajud lagi!

Ketika menjadi aktivis kampus suaranya lantang memperkatakan ketidakadilan pemerintah.
Rakyat miskin dan tertindas menjadi agenda utamanya.
Istilah proletar,Marx sentiasa bermain dibibirnya.
Golongan kapitalis keparat sentiasa terpancut daripada ucapannya.



Wang boleh menukar segala yang ada.
Yang lurus boleh dibengkok.
Yang bengkok boleh diluruskan.
Orang yang lurus boleh dibisu dengan wang.

Ketika Tsa'labah memohonkan kepada baginda Rasulullah supaya didoakan agar dirinya diberi rezeki yang melempah ruah, Baginda Nabi saw bersabda, "Harta sedikit yang dapat engkau syukuri lebih baik dari harta yang melimpah ruah yang tidak sanggup engkau syukuri."

Tsa'labah semacam tidak menghiraukan nasihat Nabi saw. Dia terus mendesak.
Nabipun mendoakannya,
Tuhanpun mengabulkan doa Nabi.
Tsa'labah menjadi kaya raya.
Hari demi hari kekayaannya bertambah.
Hari demi hari semakin jauh dia dari masjid.
Hari demi hari semakin jarang bertemu dengan saudara-saudaranya kaum Muskmin

Sebuah ayat Al-Quran turun memberi peringatan kepadanya. Keluarkanlah zakat!
Keluarganya menangis kerana tahu ayat itu ditujukan kepada Tsa'labah.
Tsa'labah langsung tidak menghiraukannya.

Beliau mati dalam keadaan cukup tragis.
Mati dalam kemunafikan dan kebakhilan.

Jika hari ini kita kekurangan berdoalah supaya diberiNya kekuatan dan ketabahan.
Jika hari ini kita kaya, ingatlah dengan 'sindrom Tsa'labah.

Oleh Shakir Md Taha

2 comments:

  1. yg ini aku rasa gang gaya tak dak kot kita gang gaya semua baik2 cerita nii hg dapat ilham dr mana sakir?

    ReplyDelete
  2. Gelagat sorang kawan yang lupa kawan.Ramai kawan yang berjawatan tinggi masih kenal aku walaupun sudah 30 tahun tidak berjumpa.Mereka masih ada waktu untuk minum-minum,sembang-sembang.Sorang dua tu biarkanlah.Yang ini adalah kaduk.Kaduk mana mungkin naik junjung.Yang boleh naik junjung ialah sireh.Sireh boleh dibawa dalam majlis orang besar,orang kecil.Kaduk buat rampai si ikan keli.

    ReplyDelete