Hari ini aku kembali bertemu dgn kawan-kawan yang pernah aku tinggalkan lebih 30 tahun tanpa pesanan atau berita.Mengingati kembali zaman remaja ketika berusia dua puluhan kekadang bisa menitiskan air mata.Aku adalah di antara remaja yang agak hand----- menjadi pujaan seorang puteri? tapi kini dia tiada lagi dalam hidupku.Kenangan semasa pertama kali menaiki kapal terbang bersama mamsin, Boda dan Syakir pergi dan balik dari Penang ke Kota Kinabalu masih terngiang-ngiang di dalam ingatan.
Pertama kali berada di ruang angkasa menaiki k/terbang adalah menjadi satu kebanggaan.Sebelum itu Boda hanya dapat menaiki basikal tua di kampungnya.Aku lihat shakir begitu bergaya pada masa itu..maklum sajalah di tahun tujuh puluhan dia adalah orang pertama di kampungnya menaiki k/terbang.
Mamsin cukup smart masa itu.Dengan menggalas sehelai jaket di bahunya dan cermin mata hitam tersangkut di bajunya bagaikan seorang anak jantan yang gagah berani mengharungi laut china selatan yang sedang mengganas.Sesekali terdengar disiulnya lagu hindustan yang amat digemarinya persis Shasi Kapoor. Aku sudah lupa lagu itu.....
.
Aku sedih dengan perpisahan pada masa itu.'Jangan sedih sayang', pujuk hati kecilku.Itulah perpisahan pertama dan sebelum itu aku tidak pernah berpisah.'Kalau dibariskan seribu gadis kadazan aku tetap memilih S--------. Terpisah kami oleh laut china selatan dan aku perlu melupainya buat seketika.
Bila aku rindu aku akan lihat bulan.Aku pernah ajar ilmu puja bulan pada mamsin tapi dia lari lintang-pukang terkejut ranting patah yang jatuh didepanya pada pukul 12 tengah malam sewaktu bulan mengambang.Katanya ..Tobat aku tak buat lagi. Maafkan aku mamsin di atas peristiwa itu dan kini aku lebih suka bangun di tengah malam bertahajjud mengingati ALLAH yang maha agung.Aku kagum dengan mamsin.Dia seorang guru silat gayung yang handal.
Boda..Boda , seorang pemuda kacak berasal dari negeri jelapang padi. Semasa aku berbual dengannya jarang matanya ditumpukan kearahku.'Hang sapa?'ketungap!.... Dia panggil aku ketungap yang dia tidak tahu apa ertinya. Ketungap tidak ada di dalam kamus dewan .Aku suka sebut ketungap pada kawan-kawan yang bengap(tak reti pikiak).Akhirnya perkataan itu melantun ke arahku dan aku di kenali sebagai S..........ketungap.
AKAN BERSAMBUNG..................selepas ini.
Salim hang ingat dak minyak wangi yang bagi aku guna tu. Nanti aku ceritalah apa jadi.
ReplyDeleteminyak yang mana stu....aku pakai banyak minyak.ada minyak 'rindu malam'..'minyak seri muka' minyak kacip fatimah....tapi la ni semua aku tak pakai aku pakai minyak L----h. hang telepon aku dulu kalau aku ingat aku bagi tau kat hang.cuba hang cal mamsinie kut-kut ada masih lagi guna minyak rindu malam.non siam pakai minyak' rong tai nie non mai lap'(aku suka dalam gelap).
ReplyDeletejangan komen macam tu.Tak baik kata orang macam tu.. tlg komen yang membina sikit.atau tulis cerita supaya kami boleh komen.lebih baik bagi tau identiti.kalu nak komen jangan involve race. kawan yang boleh terima ada yang tak boleh terima.jangan main bantai saja.
ReplyDelete