Kami guru pelatih Maktab Perguruan Gaya Sesi 79/80 berunifom.
Baju putih seluar biru tua.
Macam budak sekolah menengah.
Katanya peraturan Maktab
Jadi tidak ada yang berani menyoal.
Senior kami pun pakai.
Kami guru pelatih PIS 79/80 mula merancang dan berfikir membuat perubahan.
Aku,Mamsine,Borhan,Badar,Wan Zainuddin dan Salim.
Yeop Mat tak ikut sama.Dia tak setuju.Kami tau dia kaki bodek.
Jalan terbaik jumpa Pengetua Maktab,Abd Aziz Hj Ab Aziz.
Kami ada Exco tapi kesian,mereka tak berani.
Kami dari PIS79/80 yang memulakan.
Jumpa Pengetua.
Kami panggil dia Cikgu Abd Aziz,
Kecil orangnya,nampak garang
Bermisai tebal,tiada janggut
Berjalannya terhinggut-hinggut
Kami berdialog dan kadang kaedah provokasi digunakan
Pengetua dihujani dengan soalan yang dia sendiri tidak boleh jawab!
Akhirnya kami berjaya.
Besoknya kami tidak lagi berbaju putih berseluar biru tua.
Yang bukan PIS hairan!
Yeop Mat masih tak ikut kami.
Dia tokoh yesman.
Kami pakai baju berwarna.
Nordin tengok kami macam nak marah.
Tapi tak jadi marah kerana kami kata tanyalah Pengetua!
Selepas itu Pengetua buat pengumunan rasmi
Tidak perlu pakai unifom.
Maka segala tukang kipas,
Tukang anggok kanan,
Tukang anggok kiri,
Baru berani bertukar pakaian!
No comments:
Post a Comment