Sedarkah rakan-rakan, bahawa umur kita puratanya sudah mencecah setengah abad !. Paling-paling cikai masuk maktab dulu umur dalam 18 - 19 tahun, lepas SPM. Ditambah 30 tahun berlalu masuk la garisan itu, > 50 tahun.
Aku tak pasti bagaimana perasaan kalian, bagi aku macam dulu - duulluuuuu..... bah. Biarpun saban hari kita lihat cermin dan jelas kemantangan terlajak kelihatan, tapi hati ini masih segar sebagaimana dengan ingatan kita. Kan ?
Dalam coretan sahabat di FB maupun di blog ini, sering mengisahkan pengalaman manis, atau pahit yang dah berubah menjadi manis-manis buah. Macam baru semalam ia berlalu, Kan ?.
Cuma, diselitkan dengan perkhabaran terkini, perihal kerja, keluarga, dan aktiviti semasa. Ingin ku ingatkan bersama diri ku, bahawa kita sekarang dah dalam perjalanan patah balik ( turning point ) dan perlu ada persiapan ke arah itu. Mungkin sudah ada dikalangan kita yang berubah tingkah laku secara total, namun hati kecil mereka tetap bersama kita, jika mereka melayari blog atau FB dari semasa ke semasa.
Maklumlah, ada yang telah ditemui semula, ada yang tertanya-tanya, ada yang baru saja 2 - 3 hari masuk FB ( aku dah kontek Saitin Bangkok ) dan aku percaya ramai lagi di luar sana yang tidak tahu menahu mengenai perkembangan terkini teman-taman Gaya melalui sebaran maya ini. Masa saja yang menentukan pertemuan atau mungkin tidak sempat sebab kita dah masuk FASA semi final.
Aku teringat pensyarahku Bonda Zaharah yang keibuannya amat menyerlah semasa memberi kuliah. dan, kini, aku pula menjadi seperti Bonda Zaharah di dalam kelas, ngajar-ngajar nasihat, ngajar-ngajar nasihat, lepas tu marah-marah pulak ! kemudian nasihat semula.
Begitulah agaknya kalau umur dah separuh abad, Kan ?.