Banyak tempat aku lawati dengan bas mini serta menapak dipersekitaran sinsuran dan sagama. Tempat bapuk di belakang mahkamah dah sunyi serta bersih. Pasar ikan dan pasar tamu di tepi pantai dah berubah menjadi tempat pasar Filipin. Pulau Gaya yang dulunya jauh, sekarang ni macam dah dekat aje.
Aku terpacak seketika, di hadapan pejabat pos lama, sambil merenung bukit Signal Hill, laluan bas Harrington ke Bukit Punai, tempat kita menginap dulu. Panggung wayang dan koperasi pun dah berubah. Restoran Rahmat pada masa itu, tutup. kalau buka pun bukannya ada orang kenal aku. Rasanya macam nak pergi lagi, tapi macam banyak aje halangan. Maklumlah anak2 tengah belajar dan aku memang amt memerlukan duit belanja untuk menyara mereka di KL. Ada 3 sekali gus. Itulah..... awat beranak rapat-rapat.
Lainla seperti saudara Salim, dia ni memang traveller punya orang, saudara Shakir pula aktif dan lincah mencari peluang masukkk... . Tak apalah, suatu hari nanti, kalau rezeki aku bertambah, aku dan famili akan ke sana lagi. Doakan, Insyallah !.
Semoga Tuan dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah.
ReplyDelete