Our Chat Room

Thursday, January 13, 2011

REUNION

Tuan-tuan dan puan-puan, REUNION bila nak buat, ni dah 2011 .... D-Day 2012 dah dekat ... ha ha ha .... takkan nak tunggu masuk 5-feet under kot ... macam Tn Zahari kata lah, kita semua dah almost or past half-a-century-old dah ... tak mau le jumpa kawan-kawan masa mata dah tak brapa nak nampak, kaki dah tak brapa nak boleh jalan, cakap dah orang tak berapa nak paham .......

9 comments:

  1. Bila sebut reunion Aku nak ketawa besar.Tak berapa serious.Kawan-kawan di Sabah seperti Wan Z,Siti Dayang,Momin dan Marianah,Hashimah,Paulina,Jasmin cukup serious dalamhal ini.Cuma respon daripada kawan2 dari Semenanjung agak lembap.

    ReplyDelete
  2. Aku pun tak faham.30 tahun tak pernah jumpa pun tak teringat nak jumpa semula.Aku dan shakir sanggup ke Sabah untuk jumpa kawan-kawan di sana.Kita tinggal di semenanjung lagi senang nak jumpa.Tak perlu beli tiket k/terbang dan belanja besar.Dulu aku ada cadang kita buat kat Janda baik.Tempat dia baik untuk bertemu.Shakir dan mamsin cadang nak reunion kat Penang. Semua tak dapat respon.Banyak kerja.Aku nak tengok muka kawan-kawan yang telah dimamah usia.Atau kita bertemu di alam.......Harap kawan-kawan kita dapat tinggal anak isteri sekejap.Bukan lama hanya 1 atau 2 hari sahaja.Itu belum keluar 40 hari lagi atau 3 bulan.Aku ada cal member ada bercakap tapi lepas itu depa tak pernah contact aku lagi.Nak kata duit tak dak pun semua gaji besak.Tak dak masalah. Aku pun dah frust.Lebih baik aku contact kawan-kawan aku yang berada jauh di seberang sana.Kami selalu berhubung mesra melalui telepon.Pada 1hb feb.ini uncle Mus dan isteri dari London akan ke sini. Mereka akan menginap di Hotel Tanjung Bunga.Nanti aku akan bawa bertemu shakir dan mamsin.Kita reunion kita cukuplah.Beberapa kawan aku juga akan turun ke sini nanti bolehlah kita bertemu dan mengetahui budaya masing-masing.Minggu lepas kawan aku dari Saudi Arabia berkunjung ke rumahku tapi mereka menginap di Hotel Bukit Bintang.Tiap-tiap malam aku berada di Bukit Bintang.Makan, makan,makan makan.High blood pressure aku pun dah naik.Bahana daging kambing.Faham-fahamlah orang Arab.

    ReplyDelete
  3. Aku masih lagi belum putus asa dan harapan dalam menanti REUNION itu menjadi kenyataan. Walaupun kepayahan aku rempoh dan dugaan aku hadapi ibarat melihat rumah aku terbalik iaitu bumbung ke bawah dan tiang serta lantai menghala ke langit untuk menyudahkan tesis PhD aku, tapi aku tetap teguh menanti hari yang disebut REUNION itu. Aku akan sumbang apa saja untuk menjadikan REUNION jadi kenyataan. Hello kekawan.. apa lagi masalahnya..... Duit ke, masa ke, tempatnya ke, atau dah tak ada hati kot nak jumpa kekawan yang dah 50++ tahun ni.....

    ReplyDelete
  4. Syabas Wan.Anda terus menanti.Aku percaya dengan anda.Tahun lepas aku ke Sabah.Tuanlah diantara sahabat yang bersusah payah ke sana ke mari selain daripada Abang Siti Dayang-Taidin,Siti Dayang,Paulina,Siti Salmiah,Fauziah Jepun,Harini,Momin dan Marianah,Jasmin,Jaafar,Zakaria dan lain-lain.Aku yakin REUNION akan menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  5. Let's plan and work out our plan to make the 2011 reunion a REALITY! Berapa-berapa yang ada sajalah, yang tak berminat tu nak buat camna. So, let's start work now. What say you Shakir, Salim, Wan?

    ReplyDelete
  6. Biar impian kita menjadi kenyataan.Tidak hanya sekadar harapan. Yes, Tuan Mamsin, we've to work out our plan to make the 2011 reunion a REALITY.Berapa yang adalah.Kita teruslan dengan bilangan yang ada.

    ReplyDelete
  7. Aku memang nak jumpa kawan2 semua , bagi tau jelah sebab umur kita tak tau sampai bila dan kawan2 dah ramai meninggalkan kita.....sedih teringat kenangan pahit manis di KK dan MPG.

    ReplyDelete