Our Chat Room

Monday, January 3, 2011

Kenduri Arwah........

Aku dah lupa tarikh semasa aku berkunjung ke rumah bonda shakir di Kepala Batas.Dia menjemput aku semasa mengadakan majlis kenduri arwah.Aku sempat bertemu semua kaum keluarganya.Shakir anak ketiga di dalam keluarganya.Kakanya yang sulung berkahwin dengan seorang Datuk Professor Dr Abu Bakar...dulu pensyarah kat UPM tetapi sekarang dah jadi orang Korporat tinggal di Bukit Jelutong.Orangnya cukup mesra dan peramah.Makanan sedap berlaukan sayur organik dan ayam kampung.Mamsin juga datang tapi lewat sikit.Aku bertolak dari Alor Setar dan menghubungi Mamsim untuk ke tempat kenduri shakir.Seorang adik shakir juga sama-sama belajar di UK bersama Mamsin.Aku dan isteri menjamu selera yang cukup enak.Suasana kampung yang nyaman dan tenang.Kami berbual mesra sambil menjamah makanan yang dihidangkan.Aku tak makan daging tapi hari itu aku sebat kari ayam organik sampai licin.Aku bertolak ke KL hari itu juga jam 5 petang.Aku beritahu shakir dan mamsin akan pulang ke Penang lagi minggu depan untuk kenduri kahwin anak saudara aku di Penang dan di Perlis.Maaf sebab aku cuma [panggil mamsin dan shakir nanti kalau anak aku kahwin aku akan jemput semua ex-gaya.

5 comments:

  1. Salim datang bersama isterinya.Agak lewat sedikit sampai ke rumaah Aku. Lewatpun sampai juga.Selepas itu Mamsinpun sampai. Kami sembang panjang.

    ReplyDelete
  2. Sedih kawan, Tuan Shakir tak jemput kawan pi kenduri rumah dia.

    ReplyDelete
  3. Nanti aku jemput hang Wan.Hang naik kapalselam kat Teluk Sepanggar kemudian timbul kat laut Penaga.

    ReplyDelete
  4. Wan ! nasib baik aku tak kecil hati sebab dah kena bubuh pasembur di Kupang, Baling.

    ReplyDelete
  5. Correction sikit Salim, yg sama aku kat UK tu bukan adik Shakir tapi abang dia, Zaki. Yang classmate aku semasa Form 4 & 5 ialah adik perempuan Shakir, Khatijah. Shakir pulak ialah super-super senior aku kat sekolah. Si Shakir ni pun satu jugak, ha ha ah, masa dia jemput aku dia tak cakap kenduri kat mana, aku dok ingat rumah dia lah, bila aku pi, tak dak orang pun, rupa-rupanya rumah parents dia, sebab tu la aku sampai lewat, jauh juga bukan dekat!

    ReplyDelete