Our Chat Room

Saturday, January 15, 2011

JANDA BAIK bukan JANDA BERHIAS



Sudah 6 kali aku ke Janda Baik dan 2 kali tidur diteratak Paklah menghayati suasana Kampung Janda Baik yang menghijau di atas Banjaran gunung Titiwangsa.Dulu tempat ini tidak berapa terkenal tetapi selepas beberapa rumah penginapan atau chalet didirikan ramai pengunjung datang ke sini terutama di hujung minggu.Untuk ke Janda Baik melalui Tol Gombak tidaklah berapa jauh cuma 30-40 minit sahaja.Suasana perkampungan orang Melayu yang nyaman dan dingin berada di paras yang agak tinggi telah menarik ramai pelancong.Kini perkampungan Janda Baik telah menggamit ramai ahli korporat mendirikan rumah kedua sebagai 'holiday home'.Sebut saja 'Dato' pasti ada sebuah rumah rehat di sini.Di kampung tersebut mengalir beberapa batang sungai menjadi tumpuan orang tempatan dan luar berkelah dan mandi-manda.

Aku memilih 'teratak Pak Lah' yang agak unik dan nostalgic di mana mengalir sebatang anak sungai di hadapan chalet-chalet yang dibina oleh Pak Lah dengan harga sekitar RM30-RM50.Mungkin ada dikalangan kita yang kurang selesa berehat dan tidur di chalet yang dibina dengan kayu atau papan yang berkonsep suasana kampung.Ada chalet-chalet di Janda baik dibina exclusive dan pengunjungnya terdiri dari ahli-ahli korporat dan juga artis-artis terkenal tanah air.
Aku lebih suka tinggal di pondok untuk mengembalikan nostalgic zaman remaja yang kita berasal dari kampung bermain lumpur sawah yang dipenuhi pacat dan lintah.Hidup di kotaraya penuh tragis dan nilai-nilai kerohanian semakin lenyap.Hidup di kotaraya tidak ada malam.Penghuninya tidak tidur.Hampis seluruh Kota di Eropah pernah aku tidur.Manusia begitu rakus berseronok di setiap penjuru .Kutu-kutu malam dan ratu-ratu malam berkeliaran berseronok tanpa ada batasan.Suasana begini dapat kita lihat di kawasan yang dilabel sebagai'Red Light Street.Begitu juga di negara kita seperti Lorong Haji Taib,Brickfield dan Bukit Bintang sungguh seronok pada waktu malam.Di tempat ini tidak ada 'malam'.Rumah-rumah urut wujud macam cendawan kebanyakannya diimpot dari China.Anak-anak bangsa kita juga tidak ketinggalan memainkan peranan lebih-lebih lagi apabila malam minggu menjelma.Malam-malam begini dihujani oleh mat rempit.Sayang anak siapakah mereka.Mereka kehilangan ibu-bapa.
Di Kota raya terdedah dengan kes ragut.Dulu Kotaraya adalah lubuk emas tempat mencari rezeki tapi kini yang mendapat rezekit ialah'peragut'.Mereka tidak perlu ada sijil atau ijazah atau bekerja ikut pejabat.Mereka perlu buat latihan'menyambar'.Macam anak ayam disambar helang.Hebat.
Jalan raya pula ada cerita..... Beli tiket bas harga RM35 belum tentu selamat.Bulan lepas saja beberapa kemalangan ngeri berlaku melibatkan bas ekspres.Bayar RM35 - 50% hidup 50% mati.Kalau nasib tidak baik alamat al-fatihah.
Baru-baru ini aku ke Bangkok,Thailand.Seorang rakyat Malaysia memberitahu aku tidak pernah dengar ragut di Kota Bangkok.Kotanya 10 kali lebih besar dari KL.Di Thailand juga jarang berlaku kemalangan ngeri melibatkan bas ekspress.Begitu juga di England.Pemandu bas cukup disiplin.Aku tak pernah dengar kaki ragut.Di Eropah juga begitu.Kita bebas berjalan-jalan di jauh malam.Kemalangan tetap berlaku di mana-mana tetapi taklah sekerap di negara kita.
Di teratak Paklah ada kedamaian.Kita boleh bersantai di tepi sungai.Pondok-pondok'santai' juga dibina selain daripada chalet-chalet tempat menginap.Pada waktu malam pula suasana diterangi dengan lampu-lapu neon di kawasan tersebut.Disekeliling kawasannya bersih dan kita dapat berbual-mesra sehingga larut malam sambil mendengar alunan lagu'Nak Dara Rindu'.

3 comments:

  1. Malaysia negara Islam.Ragut semakin menjadi-jadi.Tapi Thailand,negeri Tok Sami aman dari kegiatan ragut.Kemalangan jalanraya pun kurang.Aku pernah ke selatan Thailand lebuhraya luas dan tidak ada tol!! Kesian kita di Malaysia.Di bandar diragut,di lebuhraya kena ragut,kemalangan semakin mejadi-jadi.

    ReplyDelete
  2. That's the REALITY OF LIFE Tn Shakir, want it or not we HAVE to accept the fact.

    ReplyDelete
  3. Fulamak ! cantik punya promote ! kawasan yang di videokan tu memang baik punya janda. Org yang sibuk kerja macam mamsin memang sesuai di sini. lain la kalau mai dari kampung, biasa dah !.
    Kisah realiti peragut, aksiden, rempit, korup, tamak, lupa daratan dan sebagainya adalah kisah lapuk org kita. Aku teringat kata2 mantan PM dulu - we have the every first class facilities but sadly, we have that third class mentallity. Macam betul aje bunyinya, mat salleh kata - so what ?. what can you do about it ? and there goes that song ; dey serra serra, what ever will be will be ! and let that luncai dive with his labu2nya. And evrybody is happy about it and make don't know.
    Sori geng, got carried away sebab geng dgn terrorist PIS of Gaya College. Ha ha ha.
    Looks like we are not much different from that tiny fish as shown in the video. Small and no where to go. While others are looking and laughing at the small fish.

    ReplyDelete