Aku senang bila dia mengajar. Dia pensyarah aku semasa di Maktab Perguruan Gaya,Kota Kinabalu Sabah.Orangnya berkulit sawo matang.Tinggi lampai. Berambut kerinting sedikit. Selalu berbaju kemeja panjang. Bila mengajar sentiasa senyum Seingat Aku dia tidak pernah marah dalam kuliah.Suaranya sedikit garau.Semasa mengajar dia tidak pernah bergurau.
Aku,Salim,Mamsin tidak pernah ponteng kelasnya. Cuma sekali sekala masuk lambat. Dia tidak marah walaupun terlewat masuk. Tidak pernah tanya kenapa lewat.Beliau anak kelahiran Sabah dan khabarnya Melayu Brunei keturunannya. Cukup berpengalaman dalam pembelajaran dan pengajaran.
Aku cukup suka mendengar kuliahnya.Kuliahnya memakan dua waktu,kira-kira 80 minit. Beliau cukup suka menggunakan perkataan "maknanya" dalam kuliahnya.Mulanya Aku tak kisah sangat. Tapi kerana dia suka menggunakan perkataan "maknanya" berkali-kali dalam kuliahnya,Aku mula memberi perhatian terhadap kalimat "maknanya".
Setiap kali kuliah Aku pasti mencatatkan jumlah kalimat "maknanya" yang digunakan dalam kuliah sepanjang 80 minit. Aku jumlahkan semuanya dalam sebulan.
Aku dapati secara purata beliau menggunakan perkataan "maknanya" sebanyak 120 kali dalam setiap kuliah. Aku tidak pasti semada kawan-kawan Aku dalam opsyen PIS sedar atau tidak hal ini.
Pastinya yang tinggal hanyalah kenangan yang manis!
Sapa Shakir, Kotli ka? Aku dah tak berapa ingat lagi dah. Yg aku dok ingat Pn hanim, he he he ....
ReplyDeleteNamanya Encik Awang Piut. Hang tentu kat Puan Hanim,dia cun melecun dan pun aku tak lupa kat dia,kah,kah,kah,kah!
ReplyDeletealfatihah buat arwah cikgu ag piut bin matumar,semoga rohnya dicucuri rahmat,amin!Dia seorang guru yang berdedikasi dan amat disenangi oleh pelajar d mpg.sy sekampung dengan arwah dan memang kenal dengan keluarganya di weston.
ReplyDeleteAlfatihah buat Cikgu Awang Piut. Semoga rohnya dimasukkan bersama orang soleh.TERIMA KASIH PUAN CT atas maklumat Anda.Perginya seorang guru yang cukup dedikasi.
ReplyDeleteAl Fatihah untuk cikgu ku juga, En Awang Piut.
ReplyDeleteSeingat aku, orgnya nampak mcm brutal, tapi baik dan mudah dibuat kawan.
Masih terngiang-ngiang suaranya yg lantang dan tegas tapi lembut. Kalau buat rakaman album pada masa tu, rasanya dah glamour dia.
Salam doaku pada Pensyarah kita. Aminnn...