Inilah Pengetuaku yang terakhir dalam siri perkhidmatan sebagai seorang pendidik selama 30 tahun 17 hari. Inilah kali pertama sekolah ini berpengetuakan seorang wanita. Tidak pernah dalam sejarah sekolah ini ditadbirkan oleh seorang wanita. Beliau bakal merawat luka-luka yang lalu. Dengan sabar tekun dan lembut tutur katanya tapi tegas beliau mengemudikan bahtera pentadbirannya.
Selain daripada mentadbirkan sekolah,beliau juga masuk kelas mengajar dan mendidik. Aku berkata demikian kerana ada dua tiga kerat Pengetua yang berkurung dalam bilik seperti anak dara lanjut usia. Tahniah Puan Pengetua! Terima kasih Cikgu. Semoga berjaya apa yang dicitakan. Amin.
Itulah hakikat hidup Tn. Shakir yang bermula akan berakhir.Macam kita ni bergelar cikgu pencen yang lain-lain tu PPD pencen.Mamsin aku tak tau nak gelar apa?. Apabila tiba masanya perasaan sedih dan terharu mula nenghantui fikiran.Betapa sayangnya meninggalkan profession yang menjadi darah daging kita.30 tahun bersama anak-anak murid.Kita diikat dengan peraturan dan undang-undang kecil.Kini ikatan telah putus dan melompatlah si Shakir seperti seekor kuda liar dan dapat meragut rumput-rumput dengan bebas.Tn Shakir telah menjadi tauke Sabun.Aku akan jadi pengedarnya di KL.
ReplyDeleteAku cukup seronok dengan pekerjaan Aku sekarang.Terima kasih Tuan kerana sudi nak jadi pengedar Aku.Tahniah!
ReplyDelete