Puan Hanim Omar pensyarah Bahasa Inggeris kami.Tinggi lampai oangnya.Putih kulitnya,pandang tak jemu. Masih cun lagi kata Tuan ketika ditemui pada tahun 1991.Menurut Tuan Mamsin,Puan Hanim masih ingat namanya. Puan Hanim mengajar kami pada tahun 79 hingga 80.
Ramai kawan aku, tak berani sangat bercakap dengannya. Tak berani bukannya kerana dia garang. Tidak. Dia cukup baik.Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayunya cukup 'powerful'.Jadi segan.
Bila bercakap bahasa Inggeris dengannya aku terpaksa berhati-hati takut silap sebutan. Kena buat persediaan dahulu.Buka kamus dahulu. Dia tidak menegur tapi 'body languagenya' menampakan kita melakukan kesilapan. Bila bercakap dengannya dia memandang terus ke muka kita dengan penuh perhatian.Matanyapun tidak sedikitpun berkelip-kelip.
Bila bercakap Bahasa Melayu beliau menggunakan bahasa baku dan kadang-kadang bahasa Melayu Riau. Aku jadi janggal. Nak tetawapun ada. Cuma ketawa dalam hati. Jadi aku lebih banyak bercakap Bahasa Inggeris dengannya seperti Tuan Mamsin.
Suaminya seorang pilot, sebagaimana yang diceritakan oleh Tuan Wan Z yang pernah berkunjung ke rumahnya di Luyung.
Puan Hanim setahu lebih banyak bercakap bahasa Inggeris. Suatu hari aku ke 'staffroom' dan aku dengar dia berbual dalam Bahasa Inggeris dengan pensyarah lain. Kalimat yang dia suka sebut,"Oh my dear husband."
Saya sering membaca blog ini tapi di mana nak dicari rakan lama. Kalau boleh sertakanlah nama sekolah tempat kawan-kawan mengajar.
ReplyDeleteRakan lama
Tolong email,alamat email Anda kepada saya. InsyaLlah akan saya email yang seadanya. Adalah menjadi polisi kami tidak menyiarkan nama sekolah kawan2 lama melainkan dengan kebenaran.
ReplyDelete