Our Chat Room

Monday, January 31, 2011

Ku Teringat Masa Nan Lalu- Puan Rita Jaafar









Anda anak lepasan MPG tahun 79/80/81 dan seterus pasti kenal wajah ini. Zaman aku menjadi guru pelatih dia menjadi naib pengetua. Dia suka berkata kepada kawanku SalimKetunggap perkataan kamu menjadi,"Saliiimm lamu ni kenapa laa jadi baginii! Sifat sebagai seorang ibu cukup terserlah kepada Puan Rita. Marahnya cepat sejuk. Tidak disimpan didalam hati. Jumpa dia sendiri selesai masalah.Beres bah!

Menurut kawanku seorang dari Ranau dan seorang lagi dari Kiulu. Mereka ditangkap oleh Encik Nordin,warden pada masa kerana balik lewat malam.Dan malam itu adalah malam 'directed study'. Guru pelatih mesti berada di asrama.Mereka melanggar 'pantang larang'.Maklumlah baru dapat elaun. Elaun telah dinaikan dari Rm40.00 ke RM60.00. Mereka pergi ke Kota Kinabalu. Pergi pula dengan orang tersayang. Lupalah mereka pada malam 'keramat' itu. Pulang lewat malam. Pulang dengan teksi. Dan 'Si Orang' itu belum pulang. Perangkapnya mengena. Mereka besoknya dipanggil 'mengadap' orang yang bernama Rita Jaafar!(Maaf gambar tahun 1980)

5 comments:

  1. Masih lagi terngiang-ngiang suara nyaring dan lantang : nii... kuda kepang nya manaaaa.... !!!! semasa sambutan hari guru peringkat negeri di Dewan Masyarakat KK.
    Kuda kepang nya manaaa......bunyi sengau-sengau lagi !

    ReplyDelete
  2. Ya, Tuan Zahari,aku masih terngiang-ngiang suara sengau itu.

    ReplyDelete
  3. Datuk Rita jaafar menamatkan perkhidmatan beliau d Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)Sabah sebagai Ketua Penolong Pengarah (KPP)dalam 2003 kot (jika tak silap)

    ReplyDelete
  4. Ct terima kasih atas komen Anda.Boleh tolong dapat gambar Datuk Rita Terkini.

    ReplyDelete
  5. Teringat aku kepada Puan Rita yang selalu menasihati aku belajar hingga tamat.Selalu mengadu kepadanya sakit jiwa di sini dan nak pulang ke Semenanjung.Cikgu Nordin Warden nak bagi one way ticket kat aku sebab melawan dia.Semasa ia di Kementerian aku bertemu dengannya dan dia cukup mesra dengan aku.Aku juga berjumpa dengan En. Aziz mantan Pengetua Gaya.Aku juga pernah duduk di bawah Datuk Normah Gagoh bekas Pengarah Pelajaran Sabah semasa beliau menjadi Pengetua SMK Putatan, Kota Kinabalu sebelum aku bertukar ke Semenanjung.Datuk Rita dan Datuk Normah memiliki karektor yang sama.Kedua-duanya cukup baik dengan aku.

    ReplyDelete