Rasa-rasanya baru kelmarin Aku berada di SMK Simpang Empat. Rupa-rupanya sudah 21 tahun aku di sekolah keramat ini. Sebuah sekolah harian biasa. Dikategorikan sebagai sekolah luarbandar. Pernah mengukir nama di bawah pentadibiran Tuan Hj Abdul Karim Ismail, Tuan Hj Abdullah Rahman dan Tuan Hj Abu Hassan Yahaya. Aku mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan mereka sehingga kini. Bila ada kesempatan pasti aku singgap sebentar di rumah mereka. Isteri Hj Abd Karim suka masakan kampung dan masakan itulah yang dihidangkan kepada ku. Tuan Hj Abd Karim tinggal di Baling dan masih sihat lagi.
TuanHj Abdullah Rahman mempunyai isteri yang pandai memasak. Masakannya cukup sedap.Khabarnya sekarang ini Tuan Hj Abdullah tinggal di Alor Setar.Orangnya cukup peramah.
Semasa mejadi pengetua disini beliau berjaya mendapat MA di Universiti Sains Pulau Pinang.
TuanHj Abu Hassan sekarang tinggal di Kubang Semang. Anak-anak Aku cukup mesra dengan dia. Mereka memanggilnya dengan nama 'Pak Abu'.AnakAku yang nombor 4,5 dan 6 cukup suka singgah di rumah kalau waktu balik ke Alma melalui Kubang Semang. Mereka cukup suka dengan biskut yang dihidangkan oleh isteri Pak Abu. Isteri Pak Abu selalu memberi sebalang biskut untuk dibawa pulang. Kalau musim buah-buahan pasti belakang kereta penuh dengan buah rambutan dan manggis. Pak Abu ada dusun. Ada buah manggis, ada buah durian,rambutan dan macam-macam lagi. Di pejabat Pak Abu tidak banyak berbicara. Tapi bila aku ke rumahnya dia cukup mesra dan peramah.
No comments:
Post a Comment