Monday, January 3, 2011
Sepanjang cuti sekolah.
Dah lama aku tak muncul dan menulis.Terlalu sibuk dan menyibuk.Cuti sekolah ni ramai yang berjalan-jalan.Masa nilah ada peluang untuk berkunjung.Yang jadi cikgu tentu dapat cuti penuh.Jadi Big Boss macam Mamsin dan Zainal Siam tentu menangis dalam Ofis.Tak boleh enjoy cuti macam zahari manan dan lain sb cuti penuh hampir 2 bulan.Aku pun terima nasib yang sama macam mamsim dan non sb bini aku kerja tak cuti macam cikgu.Jadi waktu siang terpaksalah aku ronda sorang-sorang dan aku banyak lepak di Tea House dekat Central Market.Kadang-kadang aku ke SPA dekat Jalan Semarak.SPA ni kawan aku yang punya.Mandi dan relax.Kalau tension sangat datang ke sini aku boleh temankan member-member kita ke SPA.Dia berkonsepkan teknologi German.Ramai juga datang ke sini tapi banyak 'Boss-Boss'.Jangan salah anggap bukan orang perempuan yang bagi mandi tapi awak kena mandi sendiri di dalam bilik yang di sediakan.Satu bilik satu orang.Suasana mandi macam air terjun.Awak betul-betul relax.Hilang tension.hilang sakit urat dan yang semput-semput lagi bagus.Maklumlah kita dah sampai penghujung.Badan sakit sana sini.Kalau yang nak datang ke KL boleh contact aku, aku boleh bawa ke SPA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salim bawa Aku ke SPA semasa musim cuti lalu.Bayaran Salim yang tanggung. Seronok. Rugi Non Siam tak mandi!
ReplyDeleteCerita pasal SPA bang lim, aku teringat masa pergi ke kolam panas di ulu Lenggong. Lebih kurang 45 minit dari rumah ibu mertuaku.
ReplyDeleteAda sekumpulan geng budak2 muda india mandi di tahap satu ( kurang panas ). Entah macamana salah seorang dari mereka naik ke tahap tiga ( paling panas ), Dia tak terjun ke dalam, cuma menyebrang dari tepi dan berkata dlm bahasa dia, mungkin ajak kawan2 dia menyebrang kolam tu, dan dia kata dia dah buat, OK !
Sekali, geng2 lurus bendul terjun masuk dan sepantas kilat melompat keluar. Panas mengelitikk.. !! Budak yg pertama tu ketawa macam nak gila termasuk aku. tetapi kemudian terpaksa menyelamatkan diri sebab geng2 lain dah meluru bawa batu.
Aku rasanya telur separuh masak tu rasanya tak ketahuan. Kesiaaannn... !!!
Salim, nanti aku pi KL, (memang selalu pi pun, cuma tak dan nak pi jumpa hang) hang bawa aku pi spa tu noo, kalau dapat yg orang tlg mandikan, lagi la best, kan, he he he .....!
ReplyDelete